Part 7 : The Kiss

2.7K 215 2
                                    

You Are My Husband
Part 7
The Kiss

☆♥☆♥☆♥

Bona bangkit dari pembaringan sambil memegang kepalanya. Kepala berasa sangat pening dan berat.

"Banyak sangat ke aku minum?" Soal Bona apabila dia teringat yang dia mengajak Taehyung minum Soju tengah malam tadi.
Baru sahaja dia hendak melangkah turun, dia mendapati dia berada di biliknya. Dia memandang sekeliling.

"Macam mana aku boleh sampai sini?" Bona menjungkitkan bahunya lalu turun dari katil. Kakinya mula melangkah kearah bilik mandi.

♥♡

Taehyung melangkah menuju kearah dapur sambil menguap. Tangannya menggosok rambutnya yang kusut masai.

"Morning." Mendengar sapaan Bona, mata Taehyung yang separuh terbuka kini terbuka luas. Bona meletakkan pinggan roti bakar diatas meja makan.

"Morning too." Balas Taehyung lalu membuka pintu peti ais. Sekotak susu dikeluarkan dan diletakkan diatas meja berdekatan denga pinggan roti bakar tadi.

"Basuh muka dulu, Tae." Kata Bona tanpa memandang wajah Taehyung. Tangannya sibuk menyapu jem ke atas roti. Baru sahaja Taehyung hendak mencapai gelas, dia tersentak apabila Bona menyebut nama panggilannya.

******

'Basuh muka dulu, Tae." Kata Hana apabila melihat Taehyung yang baru sahaja terjaga dari tidur hendak mengambil sandwich buatannya.

"Sireo." Balas Taehyung dengan suara serak. Memang selalu Hana ke kediaman keluarga Kim setiap pagi. Sebelum lelaki itu bangun, dia sudah berada di kediaman Kim.

"Sireo? Kalau macam tu..." Pinggan sandwich keju diambil dan diletakkan berjauhan dari Taehyung.

"Yah.."

"Basuh muka dulu, baru boleh makan." Kata Hana lalu menyilangkan tangannya didada.

"Kenapa ni, Taehyung?" Puan Kim yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam ruang makan itu menegur sambil mengusap rambut anak lelakinya yang masih kusut masai.

"Omma.. Tengak Hana, dia tak nak bagi Tae makan sandwich tu. Dia suruh Tae basuh muka dulu baru dapat makan. Tae nak sanwich tu...." Adu Taehyung seperti budak kecil. Puan Kim menggelengkan kepalanya perlahan melihat sikap Taehyung yang masih seperti kebudak-budakkan.

"Kalau kamu nak makan, ikut cakap Hana. Kalau omma, omma pun suruh benda yang sama juga." Kata Puan Kim lalu melangkah keluar dari ruang makan. Taehyung memuncungkan mulutnya.

"Kalau awak tak nak makan, biar saya yang makan. Sandwich ni favorite saya juga." Kata Hana lalu mengambil sandwich keju buatannya lalu digigit. Dia mengunyah sandwich itu sambil tersenyum melihat Taehyung yang menelan air liurnya melihatnya.

"Palliwa.. Sebelum sandwich ni habis." Baru sahaja Hana mahu mengambil satu lagi sandwich, tangannya terhenti apabila mendengar bunyi pili air dibuka. Hana tersenyum melihat kekasihnya sedang mencuci muka di sinki.

"Eii.. Laplah muka tu dulu." Kata Hana selepas Taehyung mengambil sandwich keju diatas pinggan berdekatan dengannya. Taehyung menggeleng sambil mengunyah sandwich kesukaannya. Hana turut menggeleng lalu mengambil beberapa helai tisu, wajah Taehyung yang basah dilap manakala lelaki itu masih lagi dengan sandwich kejunya.

"I love you." Tangan Hana terhenti apabila mendengar ayat itu keluar dari mulut Taehyung. Dia tersenyum nipis.

"I love you more." Balas Hana. Dia menyambung mengelap wajah kekasihnya. Dia terkaku apabila bibirnya bertemu dengan bibir Taehyung seketika. Membulat matanya memandang mata Taehyung. Lelaki itu kemudian tersenyum lalu mencium pipinya.

[Completed] You Are My HusbandWhere stories live. Discover now