part 2 [konsert kpop tergempar]

475 30 0
                                    


"Faz! Apa kena dengan awak? Tiba-tiba sahaja menjerit. Terkejut kami dibuatnya!" Nana mengesat pipi Sazz yang comot dengan kesan gincu. Hendak mengoles gincu di bibir jadi terlajak conteng sampai telinga pula. Semua gara-gara Fazura yang tiba-tiba berteriak sepenuh jiwa.

"Mengapa? Ada apa?" Diana terus merampas majalah yang dibaca oleh Fazura lalu memandang sekilas muka surat yang membuatkan Fazura menjerit separuh histeria itu.

"Waaaahhh!!" Tiba-tiba Diana memberikan respon yang sama seperti Fazura juga.

"Hei! Mengapa awak berdua terjerit-jerit sejak tadi? Bingit telinga kami dibuatnya." Fasha sudah mendekati Fazura dan Diana yang seolah-olah tersampuk hantu itu.

"Ini memang berita tergempar! Kumpulan Kpop popular dari Korea iaitu Bang Bang bakal mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia! Saya memang minat betul dengan kumpulan ini." Diana memberitahu berita tergempar yang membuat Fazura dan dirinya terjerit-jerit macam itik tersepit.

"Saya juga sama! Saya minat betul dengan ketua kumpulan mereka iaitu G.G.D. Gaya fesyennya memang stailo dan mengikut arus terkini. Tambahan pula, wajahnya memang kacak sungguh! Oh, saya tidak mahu melepaskan peluang ini! Saya mesti mahu tengok konsert kumpulan Bang Bang ini secara langsung!" Fazura sudah memeluk-meluk majalah yang memaparkan wajah bintang pop Korea yang menjadi pujaannya itu.

"Saya juga! Saya juga! Kita pergi bersama-sama ya, Faz?" Diana kini menyertai Fazura yang sedang tergedik-gedik mengusap-usap gambar GGD di halaman majalah berkenaan.

"Awak berdua mahu pergi ke konsert itu? Wait a minute! Saya ada benda hendak cakap...." Keterujaan Fazura dan Diana tergendala seketika apabila Fasha tiba-tiba bersuara serius. Mereka berdua terus memandang ke arah Fasha yang sedang merenung dengan tajam.

[ Cⓥ ] The Wannababes Dan Misteri Perculikan Bintang Kpop™ | CC StoryWhere stories live. Discover now