+1

6K 649 78
                                    

Hujan lebat turun membasahi bumi. Bagi sesetengah mereka yang sedang berduka, mereka menganggap bahawa hujan yang turun ini seolah-olah memahami isi hati mereka yang sedang berduka lara.

Kotak-kotak yang tersusun rapat aku ambil untuk dibuat sebagai pelindungku. Meskipun kotak itu akan lunyai ditimpa hujan, tetapi aku masih bersyukur kerana masih ada sesuatu yang Tuhan berikan pada aku untuk berlindung dibumi ini.

Aku memandang langit yang kian menghitam. Tiada tanda-tanda yang hujan ini akan berhenti sebentar lagi. Aku mencapai sebuah buku kosong yang aku temui dua hari lepas dibawah jambatan.

Kulit buku itu berwarna hitam dan ada tercarit disana sini. Tetapi helaian kertas yang terdapat didalam buku ini berwarna putih suci. Memang benarlah kata arwah ibu, kita tidak boleh mengkritik sesuatu atas dasar luaran.

Aku mengambil pen yang masih didalam bungkusan plastik. Pen yang berdakwat hitam ini baru aku beli dikedai menggunakan duit hasil jualan tin-tin yang aku kutip dipinggiran jalan.

Aku membuka buku itu. Aku menggariskan sebuah senyuman sebelum aku menarik nafas dalam.

Nama aku Kim Seokjin. Status kedudukan aku adalah seorang pengemis jalanan. Umurku 25 tahun. Deria yang berada didalam tubuhku tidaklah sempurna seperti mereka yang bertuah.

Aku bukan buta. Aku bukan pekak. Malah aku bukanlah si lumpuh yang tidak boleh merasa apa-apa yang bersentuhan dengan kulit. Tetapi aku bisu.

Si bisu yang tidak boleh meluahkan perasaannya melalui kata-kata. Aku bukanlah bisu sejak dilahirkan. Tetapi aku bisu sejak aku berusia 11 tahun.

Dari aku kecil, aku seorang yang sangat pendiam. Aku tidak suka bercakap dengan orang sekeliling termasuk arwah ibu dan ayah. Mereka memujuk aku untuk bercakap tetapi aku menolak.

Dan sejak itu, kotak suara aku mulai rosak akibat terlalu lama tidak digunakan. Tetapi aku bersyukur, sekurang-kurangnya aku tidak tergolong daripada mereka yang sibuk mencerca orang lain tanpa usul periksa.

Tujuan aku menulis bukanlah untuk menceritakan tentang kisah percintaan aku. Tetapi aku ingin menulis tentang hal dunia yang berlaku disekililing aku. Apa yang aku lihat, aku dengar, aku rasa dan aku lalui akan ditulis didalam buku ini.

Kerana aku si bisu yang hanya mampu bermonolog.

Monologue » Kim Seokjin «Where stories live. Discover now