+4 ; Kisah Sahabat Baik (2)

3.3K 587 185
                                    

Aku syorkan korang dengar instrumental -
KISS THE RAIN BY YIRUMA,
atau apa-apa sahaja lagu yang sedih.

••••••••••

Aku duduk ditepi jambatan yang berdekatan dengan sungai. Cahaya lampu jalan dan cahaya kenderaan yang lalu lalang menerangi malam yang kelam ini. Angin sejuk pada waktu malam menjadikan bulu romaku berdiri tegak.

Aku mendongak ke atas. Langit kelihatan kosong tanpa bintang. Sekali lagi si bulan ditinggalkan keseorangan, tanpa peneman yang menjadi pelengkap keindahan langit.

" Oi! Kat sini rupanya kau! Puas aku cari dekat tempat kau! Ingatkan kau kena bunuh tadi. Ngehehehe. " satu suara yang amat aku kenal mengejutkan aku dari belakang. Aku menoleh ke arahnya.

Jung Hoseok. Aku tersenyum ke arahnya dan meminta dia duduk disebelahku. " Maaf. " kata Hoseok seusai sahaja dia duduk disebelah aku. Aku mengerutkan dahiku.

' Kenapa minta maaf? '

Hoseok tersenyum. " Tadi aku cakap dengan kau yang aku pergi cari makanan sekejap. Tapi malam baru aku balik. Maaf sebab buat kau tertunggu-tunggu. " terang Hoseok lalu menyerahkan sebungkus makanan yang terdapat didalam bekas polisterina.

' Ah gwenchana. Aku dah makan. '

Aku tolak pemberiannya. Tak mungkin aku akan menumpang kesenangan atas daya usaha orang lain. Tetapi Hoseok memaksa aku untuk menerimanya. Namun aku berjaya menolaknya secara baik.

Hoseok terpaksa akur. Bungkusan makanan tadi diletakkan ke tepi. Hoseok termenung jauh. Wajah cengkungnya aku perhatikan dari sisi. Riak wajahnya menunjukkan dia mempunyai masalah.

Lirikkan matanya menunjukkan dia sedang bersedih. Sentuhan tanganku pada bahunya membuatkan dia menoleh ke arahku. Dan aku terkedu.

Hoseok menangis namun senyumannya masih lagi terukir. Senyuman yang penuh dengan kesakitan. Sepanjang aku berkawan dengan dia, aku tak pernah melihat dia menangis.

Dia mencapai tangan aku dan memegangnya erat. " Hyung, gomawoyo. " ucapnya dengan suara yang terketar-ketar. Pandangannya kembali dialihkan kehadapan.

Satu atmosfera yang tidak pernah aku rasai selama ini menyelubungi diriku. Dan aku tahu Hoseok penyebab atmosfera itu.

Air matanya dikesat laju. Ketawa kecil keluar daripada mulut Hoseok. " Ah maaf hyung. Tiba-tiba aku emosional hehehe. " kata Hoseok lalu memandang ke arahku.

Aku memeluk bahunya erat. Aku ingin katakan yang semua akan baik-baik sahaja tetapi aku tidak mampu. Hoseok tersedu lagi. Perasaan risau menyelubungi diri aku. Hoseok memandang semula ke hadapan.

" Terima kasih sebab ajar aku macam mana nak hidup sebagai tikus jalanan. " ucap Hoseok tanpa menoleh ke arah aku.

" Terima kasih sebab berikan aku kasih sayang yang tak pernah aku rasa.

Terima kasih sebab sudi terima si bodoh dan tak berguna ni sebagai kawan kau.

Terima kasih sebab pernah selamatkan nyawa aku.

Terima kasih sebab terima pertolongan aku yang tidak seberapa.

Terima kasih sebab selalu beri aku semangat.

Terima kasih sebab jadi orang yang sanggup dengar luahan bodoh aku tanpa merungut.

Dan.... Terima kasih sebab jadi penyebab utama kenapa aku masih bersemangat untuk hidup. " Hoseok menoleh ke arah aku dengan senyuman palsunya. Giginya diketap bagi menahan air matanya daripada mengalir.

' Tak perlu berterima kasih. Aku akan ada selalu untuk kau. Aku sayangkan kau. '

Hoseok mengerutkan dahinya untuk cuba memahami apa yang cuba aku sampaikan. Setelah itu dia tertawa kecil. Tubuh aku dirangkul dan dipeluk seerat mungkin. Tidak lama kemudian dia melepaskan pelukan.

Dia mendongak memandang langit. Secara tidak sengaja cecair jernih menyapa keluar dari matanya. Matanya tertumpu pada si bulan.

" Itu hyung. " kata Hoseok lalu jarinya menunjuk bulan. " Bulan tetap nampak cantik walaupun tiada bintang disisinya, kan? " Hoseok tersengih sendirian. Aku mengangguk perlahan.

" Dan aku pasti kau juga akan tetap baik-baik sahaja tanpa aku. " kata-kata Hoseok membuatkan aku tersentak. Apa maksudnya? Tak. Dia tak akan tinggalkan aku kan? Tolonglah.

Aku lantas memegang lengannya erat. Aku tak akan benarkan dia pergi jauh dari aku. Setelah 8 tahun aku berseorangan, dia hadir dalam hidup aku sebagai sahabat terbaik. Tolong jangan pernah katakan yang dia akan tinggalkan aku.

Siapa yang akan jadi pemujuk setia bila aku menangis tanpa suara?

Siapa yang akan jadi penghibur aku dikala aku duka?

Siapa yang akan jadi Doktor yang merawat dikala aku sakit nanti?

Dan siapa yang akan jadi adik yang paling terbaik untuk aku?

Aku tertunduk ke bawah. Air mataku mengalir laju. Aku tidaklah sekuat Hoseok yang boleh menahan dirinya daripada menangis berkurun lamanya. Aku mengeratkan lagi pelukanku pada lengannya.

" Kau kena cari pengganti aku tau hyung. " dahiku dia kucup perlahan. Semakin lama lengannya yang aku peluk tadi semakin menghilang.

Aku mendongakkan kepalaku. Kelihatan debu-debu cahaya pada diri Hoseok semakin menghilang. Bayangan Hoseok tersenyum manis sambil tangannya melambai ke arah aku.

" Kalau hyung rindukan aku, pegang dada hyung. Aku akan berada disitu selamanya. " kata Hoseok sebelum debu-debu cahaya itu hilang sepenuhnya.

' Tolong jangan tinggalkan aku sekali lagi. '

••••••••••

Bunyi anjing menyalak mengejutkan aku dari mimpi. Mata aku terasa sembab. Wajahku basah dengan air. Aku mengeluh kecil. Aku menangis lagi ketika tidur. Hoseok tidak pernah tidak berjaya buat aku menangis tatkala termimpikan dia.

Sudah dua tahun dia meninggalkan aku keseorangan. Dia mati akibat dibunuh oleh samseng jalanan yang selalu membuli dia.

Aku rindukan sahabat baikku. Aku terlalu rindukan dia. Aku memegang dadaku. Dia kata dia akan selalu ada disini.

Tenanglah engkau wahai sahabat baikku. Semoga engkau mengecapi kebahagiaan disana.

Monologue » Kim Seokjin «Where stories live. Discover now