Bab 2.1

2.1K 50 1
                                    

SETELAH dua bulan pemergian Nia Suraya. Kehidupan yang dilalui Dya Zara umpama kosong, tiada ertinya.

Dia menyalahkan dirinya di atas pemergian kakaknya. Makan dan minumnya tidak terurus. Pilu hatinya bila dipaksa berkahwin dengan bakal suami arwah kakaknya sendiri.

Malah Farish Haiqal bagai menurut sahaja apa yang mama dan uminya cakapkan. Dya Zara buntu bagaimana ingin menolak perkahwinan ini.

"Kak Nia," Dya Zara bersuara perlahan.

"Kak Nia, adik rindu sangat dekat Kak Nia. Adik minta maaf..." Dalam tangisan Dya Zara mengungkapkan kata-kata itu.

"Adik tak nak kahwin dengan Abang Farish. Adik tak nak," Menangis hiba Dya Zara di tanah perkuburan Islam berhadapan kubur kakaknya itu.

Dya Zara telah meminta pertolongan sahabat baiknya Syadza Aisha untuk menghantarnya ke sini.

Dya Zara tidak cekap dalam pemanduan, sebab itulah dia tidak berani lagi untuk memandu kereta. Walaupun, lesen memandu telah lama berada dalam dompetnya.

Kalaulah dia tidak mengharapkan kakaknya untuk menjemputnya petang itu. Kalaulah dia boleh memandu sendiri. Kalaulah dia hanya pulang menaiki bas atau teksi sendiri.

Bagai terngiang-ngiang ayat itu ditelinganya. Semua itu salahnya. 'Kak Nia pasti takkan mati.'

"Dya, tak elok kau menangis macam ni. Kau buat kakak kau tak tenang. Tahu?" Syadza Aisha menasihatkan sahabat baiknya itu. Syadza Aisha merupakan sahabat baiknya dari sekolah rendah lagi. Selain kakaknya, Syadza Aisya merupakan orang yang terpenting dalam hidupnya selain mama dan papanya.

"Syadza, ini semua salah aku, kan?" Dya Zara bertanyakan soalan yang tak mungkin ada jawapan kepada sahabat baiknya itu.

Tergamam Syadza Aisha bila mendengar soalan itu. Tapi, Syadza Aisha harus bijak memikirkan jawapan, agar Dya Zara tidak menyalahkan dirinya lagi.

"Dya, kau jangan macam ni. Tak tenang Kak Nia kat sana. Kau kena tabah, kena redha. Ini semua sudah tersurat. Ajal maut ditangan Tuhan, kita hanya mampu merancang Dya. Tapi, Dia lagi berkuasa. Allah maha kaya. Dia yang menentukan segalanya. Kau fahamkan maksud aku ni. Kau kena tabah, redha dengan ujian yang di berikan olehnya. Setiap yang tersurat, pasti ada yang tersirat." Sambil memeluk erat bahu Dya Zara, Syadza Aisha meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Apa yang patut dia ungkapkan.

"Tapi, aku yang bersalah." Dya Zara masih menyalahkan dirinya lagi.

"No, kau tak boleh cakap macam tu. Sabarlah Dya. Kau tak kasihan ke tengok mama dengan papa kau. Mereka sedih tengok kau macam ni. Tambahan lagi, mama kau! Aku rasa dia yang lagi sedih sebab dia yang mengandungkan kau dan kakak kau. Kau kena faham tu. Please Dya, Dya yang aku kenal tak mudah mengalah. Kau harus tenang dan redha. Semua ini dah tersurat. Ajal maut, jodoh pertemuan, rezeki semua ditangannya. Kita hanya mampu merancang tapi DIA yang menentukan. Kita sebagai makhluknya perlu redha, tabah..." Jelas Syadza Aisha pada sahabatnya itu. Panjang lebar mengungkapkan kata. Agar Dya Zara faham maksud yang ingin disampaikan.

"Syadza. Aku rasa..." Belum sempat Dya Zara bercakap, Syadza Aisha telah memotong percakapannya.

"Dya, kau ingat tak cerita 'Aku Mahu Terbang'?" Hanya anggukan yang diberikan oleh Dya Zara kepada Syadza Aisha.

Aku Mahu Terbang drama yang diarahkan oleh Mohamed Feroz Kader, cerita yang disampaikan oleh pengarah dan penulis amat memberi kesan kepada penonton. Cerita yang ada pengajaran yang tersurat dan juga tersirat.

"Aku ingat lagi masa Kapten Betto cakap pada Rizki. Sebab apa Allah jadikan malam, sebab apa Allah jadikan kita siang. Sebab Allah jadikan malam, supaya kita boleh tengok bintang-bintang yang cantik dilangit, dan sebab Allah jadikan siang supaya kita boleh lihat matahari dan juga kita dapat bekerja untuk mencari rezeki. Begitu jugalah kita sebagai manusia Allah ciptakan hidup dan mati. Kau fahamkan maksud aku?" Dengan panjang lebar juga Syadza Aisha bercerita kepada Dya Zara.

Syadza Aisha berharap yang Dya Zara akan mengerti apa yang ingin di sampaikannya itu.

Dya Zara hanya berdiam diri seketika, tetapi air mata tak kering dimatanya. Masih menitis hiba.

"Dya, pencipta kita. Menjadikan hidup dan mati supaya kita..." belum sempat Syadza Aisha meluahkan, Dya Zara terlebih dahulu mengungkapkan kata-katanya.

"Ya Allah. Apa yang aku dah buat ni Syadza. Akumacam melawan takdirkan? Tapi aku sedih bila tengok mama papa aku. Aku tahumereka tak salahkan aku. Tapi aku tak dapat maafkan diri aku sendiri, aku puncaakak aku meninggal. Aku!" Jelas Dya Zara pada Syadza Aisha.

Bersambung...


Suka Benci Cinta KitaWhere stories live. Discover now