M.I.M.P.I

2.9K 104 5
                                    

Malam pertama aku dan Leah berada di dalam rumah warisan peninggalan arwah datuknya.

“Tasha, wake up!”
“Tasha!”

Suara Leah!
Aku terjaga. Jam 3.00 pagi!

Suasana bilik gelap. Hanya bersuluhkan cahaya bulan purnama. Aku menarik nafas lega. Ternyata aku tidak berada di tanah perkuburan lama. Pipiku basah dan seluruh tubuhku berasa lengguh.

“Babe, awak ok tak? Napa nangis dalam tidur ni? Terkejut aku.” Pipiku diusap lembut. Leah memandang tepat wajahku. Menanti jawapan daripadaku. Aku hanya membatukan diri. Adakah aku bermimpi sekali lagi? Jika mimpi, benarkah Leah adalah makhluk yang sering mengejar aku selama ini? Mindaku secara automatik mengeluarkan persoalan yang pastinya tidak akan terjawap. Yang pasti, kali ini mimpiku jelas. Tidak seperti mimpiku sebelum ini yang hanya samar-samar.

“Hey, kenapa ni?” Melihat aku masih kaku, Leah lantas memelukku. Mungkin ingin menenangkan emosiku.
“Dah. Awak tidur balik k.” Leah berbisik.

Huh! Ayat itu seperti pernah aku dengar. Ya! Ayat yang sama dalam mimpiku. Adakah ini benar-benar permulaan satu kisah nyata? Ketakutan mulai terbit di lubuk hati. Bulu romaku berdiri. Dengan spontan, aku menolak keras tubuh Leah. Pelukan terlerai. Tubuhnya terdorong ke belakang. Leah tersentak dengan tindakanku yang tidak diduganya.

“Tasha! Kenapa ni?! Kenapa tolak aku?!”

Aku terkedu mendengar suara Leah. Tenungan matanya tajam. Dadaku berdenyut kencang. Mata Leah berubah menjadi merah. Berdarah!

“Kenapa kau tolak aku ha?! Kenapa?!”

Suara keras itu… bukan suara Leah!
Tersedar akan hal itu, aku bangun dan berlari mendapatkan sius lampu bilik tidur.

Klik! Jariku mencapai sius lampu. Bilik tidur menjadi terang. Aku sepantas kilat menoleh ke arah katil. Kosong! Leah tiada.

Ke mana Leah? Adakah yang memeluk aku tadi bukan Leah? Jadi siapa? Pelbagai persoalan berpusu-pusu menyerang mindaku. Kakiku lemah secara tiba-tiba. Aku tersandar pada dinding bilik dan terduduk lesu sambil berpeluk tubuh. Cuba mengawal perasaan takut dari terus menguasai diri. Dalam hati, aku berdoa.

Ya Tuhan! Jika ini adalah mimipi, sedarkanlah aku. Dan jika ini realiti, berilah aku kekuatan menghadapi semua ini. Lindungilah aku dalam kasihMu.

Klik! Bunyi suis lampu dipadamkan. Gelap. Siapa yang tekan? Ketakutan perlahan-lahan menguasai diri. Semangat semakin pudar. Dalam sekelip mata, haruman bunga kemboja memenuhi ruang bilik. Bagaikan di pukau, pandanganku terarah ke satu sudut. Kelibat seorang perempuan sedang duduk di hujung katil! Tidak bergerak. Seperti tahu ‘ia’ diperhatikan, tubuhnya mulai dihayunkan ke kiri kanan berulang-kali.

Krekkkk…krekkkk...krekkkk… (Bunyi katil bergoyang)

Semakin lama semakin laju. Rambutnya yang panjang mengerbang ikut terhayun. Kepalanya tunduk memandang bawah. Bajunya putih dan panjang mencecah lantai. Debaran di dada semakin kencang. Aku mulai menangis teresak-esak. Ingin saja aku bangun dan melarikan diri tapi tubuhku bagaikan diikat ketat. Seperti mengerti akan niat hatiku, kelibat itu tiba-tiba berhenti dan…

Kekekekekekekekekekekekekeke…
Kekekekekekekekekekekekekeke…
Kekekekekekekekekekekekekeke…

Hilai tawanya mulai bergema di dalam rumah pusaka itu. Aku menggenggam erat tubuhku untuk mengumpul kekuatan. Kelibat itu perlahan-lahan berdiri dan terbang menghampiriku. Ingin saja aku berteriak meminta pertolongan tapi mulutku turut bagaikan dikunci. Mata, aku tutup serapat-rapatnya. Senyap!

Tidak sampai sesaat, hujung jari kakiku disentuh sesuatu yang lembut. Rambut panjang menyentuh halus kulit tangan dan kakiku. Firasatku kuat mengatakan ‘ia’ sedang duduk mencangkung di hadapanku. Aku pasti! Badanku masih ‘diikat’. Batinku menjerit meminta pertolongan. Seluruh tubuhku mengigil. Kini, ketakutan 100% berjaya menguasai diri.

KISAH SERAMWhere stories live. Discover now