BĪLįk Nő 25

2.2K 78 9
                                    

Misteri Katil Kosong Dan Kes Bunuh Diri Di Pusat Matrikulasi Seremban

Pusat Matrikulasi Kolej XXXX Seremban (KXS). Terletak di ‘Lake XXX’ Seremban. Sebenarnya KXS ini adalah MRXX pertama di Malaysia iaitu MRXX Seremban. Lama sudah bangunan itu. Rekabentuk bangunan yang unik dengan tangganya berpusing (Spiral) hingga tingkat paling atas.

Bangunan asramanya juga adalah bangunan lama dan penuh dengan pelbagai cerita-cerita di sebalik batch demi batch pelajar yang menginap di bangunan asrama itu.

Salah satu peristiwa hitam yang pernah berlaku di bangunan asrama itu adalah seorang pelajar lelaki yang menggantungkan dirinya pada kipas dan meninggal di dalam bilik itu. Kalau ikut cerita daripada mulut ke mulut bilik tersebut telah ditutup takut ada gangguan kepada pelajar lain.

1998 adalah tarikh aku melangkah masuk ke alam Matrikulasi. Yer…aku dapat KXS. Masa masuk ke KXS aku tidak tahupun semua sejarah yang pernah berlaku. Sehinggalah semester pertama selesai. Cerita demi cerita mula disampaikan dari mulut ke mulut.

Asrama lelaki cuma ada dua blok sahaja. Bangunan asramanya adalah dua tingkat. Seperti biasa lelaki ke menara gading memang sikit. Asrama perempuan pula besar dan ada 5 tingkat tidak silap aku.

Bilik yang berkunci tidak berpenghuni di asrama lelaki itu memang ada. Biliknya di tingkat bawah berkunci dan dijadikan stor untuk menyimpan katil dan tilam-tilam.

Ikut kata makcik Dewan Selera memang itulah bilik dimana kejadian bunuh diri itu berlaku. Ada masa kipas dalam bilik berkunci itu ‘on’ secara tiba-tiba dan kipas yang berpusing dalam bilik itu bekeriuk bunyinya mungkin sebab sudah uzur atas sudah rosak.

Suasana KXS ini memang nyaman sebab dikelilingi oleh pepohon besar pokok-pokok yang telah berpuluh tahun usianya. Memang redup dan sedikit berbukit kawasan KXS ini. Apabila tiba waktu senja memang akan timbul rasa seperti bukan kami sahaja yang menghuni kawasan di ‘lake garden’ itu.

Bilik aku…
Yer bilik aku terletak di tingkat satu paling hujung sekali. Sebelah bilik aku hanya ada kawasan lapang dan pohon pokok besar yang ditanam sebaris di sepanjang pagar kawasan asrama di atas bukit. Pandangan tingkap pula meninjau kawasan belakang asrama dan ampaian kain.

Setiap bilik akan ada 3 orang penghuni. Namun aku dapat bilik ‘special’. Cuma ada dua orang sahaja. Aku dan Hirman. Namun bilik itu tetap ada 3 katil. Maksudnya bilik kami memang ada extra katil tidak bertuan. Kenapa yer bilik aku dan Hirman hanya untuk dua orang sedangkan bilik rakan-rakan lain semuanya dengan 3 orang roomate?

 Kenapa yer bilik aku dan Hirman hanya untuk dua orang sedangkan bilik rakan-rakan lain semuanya dengan 3 orang roomate?

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Aku tak fikir apa-apa masa tu. Aku enjoy dapat bilik yang lapang dan tidak sempit kerana hanya aku dan hirman sahaja sebagai roomate. Malah ada satu locker kosong juga. Aku dan hirman decide untuk guna sama katil kosong dan locker yang ada.

Tempoh pengajian Matrikulasi yang aku ambil cuma setahun sahaja. Maksudnya ada 2 semester. Aku ingat lagi masa semester pertama ketika minggu orientasi ada satu malam ini ustaz buat program di surau selepas Maghrib membawa ke waktu selepas Isyak untuk kami semua warga baru KXS bersama-sama membaca surah Al-Baqarah dan habis membacanya beramai-ramai pada malam itu juga. Masa itu semua pun budak baru. Ikut sahaja tanpa banyak soal.

KISAH SERAMWo Geschichten leben. Entdecke jetzt