Pt. 3

932 72 5
                                    

"Sorokkan dia, cepat! Jimin bawak dia!"

Jimin cepat-cepat menarik tangan Dayana dan membawa Dayana ke salah sebuah bilik yang ada dalam bilik yang ada dalam dorm BTS.

Jimin terus menuju ke sebuah almari di dalam bilik tersebut. Dayana sempat melihat keadaan bilik itu. Satu je perkataan yang boleh describe bilik tu. B-E-RS-E-P-A-H.

Jimin membuat 'hand gesture' menyuruh Dayana masuk ke dalam almari. Dayana akur.

"Awak tunggu kat sini dulu tau. Jangan pergi mana-mana. Nanti saya datang balik. Duduk sini diam-diam, Okay?" jelas Jimin. Penjelasan Jimin tu bukannya Dayana faham pun.

'Apa benda dia cakap ni...' Dayana hanya mengangguk perlahan.

"Tunggu sini, nanti saya datang" Jimin terus menutup pintu alnari dan bergegas keluar.

(❁'▽'❁)(❁'▽'❁)(❁'▽'❁)

"Sekejap~~ Your fetus is coming~~~" Jungkook berlari anak ke arah pintu. Bukak sahaja pintu, Manager Sejin sudah pun terpacul di hapadan pintu.

Manager Sejin tersenyum.

"Kenapa korang tak bukak pintu lambat lagi? Hyung memang suka tunggu lama-lama kat luar ni. Hyung rela tunggu kat luar ni lama-lama hehe." perli Manager Sejin.

Jungkook hanya tersengih. Manager Sejin terus meluru masuk ke dalam dorm mereka. Semua ahli BTS telah pun berkumpul di ruang tamu.

Manager Sejin melihat sekeliling.

"Hyung sedih tengok keadaan dorm korang. Macam kapal karam. Mungkin dorm korang ni kapal Titanic lepas karam. Tunggang-terbalik. Tsk tsk.." Manager Sejin sudah mula membebel. Suga membuat muka.

"Hyung datang sini memang nak membebel ke apa?" celah Suga. Parah kalau manager mereka sambung bebel.

Manager Sejin terdiam. Dia berfikir sejenak. Tiba-tiba, sebiji mentol muncul di atas kepalanya. Ha!

"Haa! Baru hyung ingat! Tujuan hyung datang ke sini sebenarnyaa..."

Mata-mata ahli BTS kini tertumpu sepenuhnya pada Manager Sejin. Mereka nampak curious. Ternanti-nanti ayat-ayat yang bakal keluar daripada mulut manager mereka.

"Sebenarnya... Hyung nak tanya je. Memandangkan korang diberi cuti selama sebulan selepas penat lelah jelajah satu dunia buat concert lepas comeback. Korang ada bercadang nak pergi bercuti tak?" Manager Sejin menyatakan tujuan sebenarnya.

Lost ; BTS [COMPLETED] Where stories live. Discover now