Bab5: Pertemuan II

122K 4.2K 300
                                    

Telinganya ditutup dengan kedua- dua belah tangannya. Daddynya itu kalau membebel memang mengalahkan perempuan. Semak! Tan Sri Idham menggeleng melihat anak terunanya yang seorang itu. "Kamu ni dengar ke tak apa yang daddy cakap?" soalnya. Adam membuat muka menyampah. "I'm not a kid that you can control anymore. Please, stop telling me what is right and wrong. Adam boleh uruskan life Adam sendiri."

Nak ditangankan si Adam ni, dia dah besar panjang. Nak dinasihatkan, dia takdengar. Apa lagi yang perlu Tan Sri Idham perlu buat supaya anaknya itu berhenti mempergunakan perempuan? "Adam, kalau kamu dah gatal sangat, kahwinlah. Jangan mainkan diorang. Daddy malu dengan kawan- kawan daddy. Macam mana kalau diorang tahu perangai Adam yang teruk ni?" nasihatnya. Ya, dia tahu Adam memang bijak menutup perangai buruknya tu, tapi sampai bila dia mampu untuk tutup perangai dia tu?

"Me? Marry? Not gonna happen in hundred years." jawab Adam. Sungguh, dia bosan bila isu kahwin dibangkitkan. Kenapa dia perlu kahwin kalau dia boleh tukar- tukar perempuan setiap masa? Bosan! Tan Sri Idham mngurut dadanya perlahan, cuba bersabar dengan anaknya itu. Wajah Adam dipandang dalam. "Habis tu kamu nak terus macam ni? Kamu ingat perempuan ni tempat kamu..,"

"Yes they are. Daddy, I have work to do. Nanti- nanti jerlah daddy bebel dekat Adam." dia bingkas bangun dan meninggalkan bilik kerja Tan Sri Idham. Mengucap panjang Tan Sri Idham dengan jawapan Adam. Dinding biliknya dipandang kosong, memikirkan tentang masalah anak terunanya itu. Di mana salah dia dalam mendidik anaknya itu?
***

Adam berjalan- jalan di pusat membeli- belah bagi menenangkan fikirannya. Langkahnya terhenti bila matanya tertangkap kelibat seseorang. Bibirnya mengukir senyuman sinis. Tali lehernya dilonggarkan sedikit. Kalau diikutkan hatinya, nak ajer dia lempang perempuan yang dilihatnya itu. Namun marahnya itu cuba dikawal. Langkahnya diatur mendekati gadis itu.

"Encik ni Adam Mikhail anak Tan Sri Idham kan?" soal seorang lelaki yang bersama gadis itu. Sebelah kening Adam terangkat seketika. "Yes I am. And you are?" soalnya kembali. Lelaki itu tersenyum mesra sebelum menjawab. "Saya Taufiq. Ini tunang saya, Raihana Batrisya." Adam dapat melihat jelas bahawa Raihana kurang selesa dengan kehadirannya. 'Ohh.. dah bertunang. Fikir aku kesah?' ujar hatinya. "Its a pleasure to know you both." balasnya.

Taufiq kelihatan gembira kerana dapat berjumpa dengan lelaki sehebat Adam. Iyalah, siapa yang tak kenal dengan lelaki itu? Dia kan seorang CEO muda yang berjaya. Menjadi kegilaan ramai pula tu! "Encik Adam buat apa dekat sini?" soalnya ingin tahu. "Saja.., I tengah buat survey for my new project." dalihnya. Takkan nak kata dia jalan- jalan sebab kena marah dengan big boss pula kan?

"New project? Mesti berjayakan? Takmacam saya ni. Ada bisnes pun macam apa jer." entah kenapa, mulut Taufiq ni tiba- tiba jer ringan nak bagitahu Adam tentang masalah bisnes dia tu. "Are you having problems with your business? I taktaulah kenapa tapi I berminat nak tahu pasal bisnes you. Boleh kita jumpa nanti?" soalnya. Tiba- tiba idea jahat menjalar di benaknya. Semua manusia suka duitkan?

Huluran kad namanya disambut pantas oleh Taufiq. Matanya seakan memancarkan sinar cahaya. "Boleh boleh.. Bila- bila masa jer encik nak, saya boleh datang." ucapnya. Bersyukur sungguh dia rasa. Waktu- waktu dia sedang ditimpa bala inilah muncul seseorang yang sudi membantu. Taufiq tersenyum girang, langsung takmenyedari 'permainan' Adam. Raihana pula hanya mendiamkan diri. Kenapa dia rasa macam ada sesuatu yang takkena?

Selesai sahaja mereka berborak dan berkenalan, Adam terus meminta diri. Bibirnya mula mengukir senyuman jahat. Langkahnya mula mengatur pergi. "Raihana Batrisya.. Let see if your fiancé love you more than everything." ujarnya sendirian. "Aku dah cakap, takde siapa boleh hina Adam Mikhail. Aku akan jadikan kau perempuan paling hina dalam dunia ni." sambungnya lagi.
***

Pintu bilik hotelnya diketuk berkali- kali. Tudungnya yang digantung di hujung katilnya dicapai dan dipakai. "Sekejap!!" teriaknya, meminta agar orang diluar bilik yang dihuninya agar bersabar. Pintu biliknya dibuka luas. "Yang awak ketuk pintu kuat- kuat kenapa?" soalnya. Tangannya disilangkan. "Saya nak jumpa Adam. Awak jangan pergi mana- mana tau?" pintanya.

Jantung Raihana muka berdegup tak menentu. "Takpayahlah.. Buat apa nak jumpa dia? Jangan pergi eh?" wajah Taufiq dipandang lama. Taufiq menggeleng pantas. "Mana boleh saya lepaskan peluang keemasan macam ni. Saya pergi dulu ya? Bye sayang." balasnya. Bibirnya mengukirkan senyuman. Langkahnya diatur meninggalkan Raihana sendirian.

Pintu biliknya ditutup kembali. Satu keluhan berat dilepaskan. Dadanya diurut, cuba untuk mengurangkan perasaan risaunya. "Ya Allah.., kenapa aku rasa macam ada benda yang tak kena ni?" soalnya sendirian. Raihana mengatur langkahnya ke bilik air. Dia segera mengambil wudhuk dan melakukan solat sunat dengan harapan agar diberikan petunjuk. Sesungguhnya, Allah telah berfirman;

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."

(Surah Al-Baqarah: 186)

TBC

Isteri Yang diBeliWhere stories live. Discover now