Diakah Putera Idamanku? (Final)

254 14 1
                                    

Satu bulan kemudian...

"Wei, tengok tak majalah yang ada gambar Ray pakai mask? Dreamy giler!"-kawan A

"Haah. Handsome gila-gila. Senyuman dia ya Allah, melting doh! Untung siapa yang jadi model dengan dia."-kawan B

"Haah, kau cakap baru perasan. Yang model sekali dengan dia pun cantik. Padan gila. Nampak natural je muka dia even bertopeng."-kawan C

"Ya ke? Entah-entah edit je. Nampak je natural. Susah nak cari yang cantik semula jadi sekarang ni. Banyak plastik je. Make up dua tiga inchi."-kawan D

"Ala, positif lah sikit. Mana boleh kita terus buat spekulasi sendiri. Kalau betul dia cantik semula jadi tak ke jadi fitnah. Berdosa tu."-kawan B

"Sudah, cukup sampai sini. Orang lain dah habis makan korang baik cepat. Kelas lagi 30 minit. Kita tak solat lagi ni."-kawan A

Begitulah perbualan empat sahabat tadi. Hanna duduk membelakangi mereka di kafeteria bersama dengan Hazwani. Khusyuk mendengar. Gila tak nak dengar?! Orang cakap pasal aku tu!

Tapi, aku memang cantik semula jadi. Tak ada tambah apa-apa. Tak ada calit sana calit sini. Ni muka ori tau. Puji diri sendiri kejap.

"Yang kau tersengih-sengih tu pasal apa? Kena sampuk?" kata Hazwani hairan. Tak pernah-pernah si Hanna ni nak senyum. Tiba-tiba senyum ke telinga pulak. Manalah tahu kut kena sampuk ke. Kalau betul kena sampuk nak lah panggil ustaz atau ustazah minta tolong ubatkan.

"Ish, mana adalah. Aku okay je. Sepatutnya kau gembita tau kawan kau ni senyum sampai ke telinga. Kau pun selalu cakap senyum kan sedekah," jawab aku. Senyuman aku matikan.

"Ada tengok majalah yang Ray model?" Aku yang mendengar soalan dari Hazwani tersedak. Tengah minum kut. Mujur tak tersembur. Kalau tak malu siut!

"Asal kau tersedak ni?" Tanya Hazwani sambil menggosok belakang aku.

Setelah aku kembali tenang, "Majalah apa?" tanya aku.

"Majalah yang Ray jadi model. Siap jadi cover muka depan lagi dengan gadis misteri. Bukan kau dah minat Ray ke?"

"Owh, majalah tu. Ada kat rumah. Majalah tu pun ada abang aku jadi dapat awal."

"Abang kau pun model dalam majalah tu? Patutlah dapat awal. Tapi serius, muka Ray gentle giler dalam majalah tu. Seronoknya model perempuan tu dapat shoot dengan Ray."

Hazwani meletakkan kedua-dua tangannya di pipinya. Matanya dipejamkan. Membayangkan bahawa dia lah yang model perempuan itu. Berangan je Hazwani ni.

Aku pulak rasa lain macam tengok si Hazwani ni. Dasyat betul penangan Ray ni. Kalah arak dengan dadah. At least tak membahayakan. Tapi kalau lah dapat tahu Ray dah ada awek mesti kesian awek dia. Boleh berlaku kes pembunuhan ni. Ish ish ish. Dunia tidak sekejam itu. Tapi siapa tahu kan?

~Kringgg!!! Kringgg!!!~

Telefon aku berdering. Siapa pulak lah yang telefon aku ni.

Aku terus angkat bila tengok nama angah yang tertera.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Hanna kena balik sekarang! Urgent! Angah datang ambil kat universiti adik. Tup!"

"Hello! Hello! Eh angah ni. Suka hati dia je suruh orang balik. Mentang-mentang hari ni dia yang hantarkan." Aku bebel sendiri.

"Asal dengan angah?" Tanya Hazwani.

Cerpen : It's All About LoveWhere stories live. Discover now