Bab 22

6.1K 560 8
                                    


    Mata Adam terbeliak besar. Badannya kaku, seolah-olah dipasung. Jantungnya bagaikan hendak tercabut. Hatinya kini membara dengan api kemarahan. Sesiapa saja yang melakukan ini, pasti telah memilih orang yang salah.

    Emier yang berada disebelahnya turut terpaku. Panggilan dari Adam sebentar tadi benar-beenar memeranjatkannya. Nasib baik saja dia belum beredar dari kawasan kolej. " Siapa yang buat semua ni?"

    Adam hanya mampu mendiamkan diri. Dia tidak ingin mengatakan apa-apa kini. Bukan niatnya untuk tidak menghiraukan Emier, tapi dia takut akan ada bahasa kesat yang keluar dari mulutnya. 

    Dengan membiarkan soalan Emier tergantung, Adam kini perlahan-lahan merapati basikal barunya yang tiga hari lepas berkilat dan bersinar lebih dari basikal Pak Hussain, tukang kebun kolej tetapi kini kelihatan lebih buruk dari basikal lelaki berumur 60-an itu. Bagai kepala terpisah dari badan, bagai kaki terpisah dari peha. Hancur berkecai basikal Adam dibuat oleh seseorang. Semuanya berderai, tiada apa yang masih melekat sesama sendiri.

    Salah satu skru kecil diambil. Tangannya mula menggenggam penumbuk. Walaupun baru tiga hari dipakainya, dia amat sayang akan basikal barunya. Lebih-lebih lagi apabila basikal ini dihadiahkan oleh Rianna buatnya, walaupun ianya sebagai balasan kerana merapatkan hubungannya dengan Syazrin, tetapi Adam tetap menghargainya. 

    Emier yang hanya memerhati mula berasa risau. Bukan risau akan Adam, tetapi risau akan si pelaku yang memburaikan basikal Adam. Sehinggakan ada bahagian yang mengalami kerosakan teruk. Dia risau jika si pelaku itu hanya tinggal nyawa-nyawa ikan apabila Adam bertemu dengannya.

    Sejak dia berumur 8 tahun lagi dia sudah mengenali Adam. Dia sudah masak benar dengan perangai Adam apabila bergaduh memandangkan pertemuan kali pertama mereka bukanlah seperti hubungan mereka kini. Agak teruk, sehinggakan mereka berdua terpaksa mengambil cuti selama seminggu dari sekolah.

    " Adam, whatever you think, please jangan buat. Kita boleh settle cara elok." Emier cuba untuk mendekati Adam, namun kakinya seolah-olah berat, seperti tidak mahu bergerak. Satu pesanan ikhlas dari Emier buat semua, jika Adam marah, tolong jangan dekati dia.

    " Its too late." Bisik Adam perlahan. " Aku akan pastikan dia menyesal sebab cari pasal dengan aku."

    Emier tersentak kecil. perlahan-lahan, dia menelan air liur kelat. Dia tahu dia harus berbuat seusatu. Mungkin dia patut cari siapa pelakunya dahulu, baru dia cari jalan bagai mana hendak menghentikan niat Adam yang ketika ini benar-benar dikawal sepenuhnya oleh api kemarahan.

    Tiba-tiba, otaknya rerfikir sesuatu. Kini, telefon yang berada di dalam poket cepat-cepat dibawa keluar. ' Sebelum aku selamatkan siapa je yang buat ni, better aku call dia dulu.' Bisiknya perlahan.

*****

     Rianna mencebik perlahan. bawah bibirnya berkali-kali digigit, tanda dia berasa geram. Ke hulu ke hilir dia berjalan, dari hujung ruang tamu sehinggakan hujung laman rumah belakang. " Who the hell did this?"

    Selalunya dia tidak semarah ini apabila barangan dia atau orang lain rosak kerana bagi dia ' money can fix everything'. tapi tidak tahu mengapa, apabila ianya melibatkan Adam, marahnya menjadi lain macam. Seolah-olah Adam itu seperti sangat bermakna buatnya walaupun hatinya tertawan pada Syazrin,

    Sedang dia bermonolog sendirian, satu sapaan telah membawanya kembali ke dunia realiti. " Riann!"

    Toleh saja gadis itu kebelakang, wajah risau dan gusar Emier kelihatan. Jujur dia kata, sepanjang dia mengenali Emier walaupun hanya terserempak di kolej, tidak pernah dia lihat jejaka itu tidak tersenyum. Selalunya, gigi taring yang menjadi tarikannya pasti akan kelihatan, tidak dimana atau apa jua situasi. 

Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah LelakiOnde as histórias ganham vida. Descobre agora