Bab 23

5.8K 562 10
                                    

Adam memandang kosong wajah Emier yang kini berada di hadapannya, yang sedang menundukkan kepalanya sambil menguis-nguis jarinya. " Aku cuma nak tolong kau."

Rianna yang hanya memerhati kini duduk di sebelah Adam, dengan kakinya yang kini berbalut. " Sebab kau kaki aku berbalut."

" Sebab kau kaki dia berbalut." Tambah Adam.

" Bukan sebab kau tutup pintu ke kaki dia berbalut?"

" Sebab kau kaki dia berbalut." Kata Adam lagi dengan wajah tidak bersalahnya.

Emier hanya mampu mengeluh perlahan. ' Kenapalah aku dapat kawan macam ni...'

" So, apa jadi dengan kawan yang kau kata nak minta tolong tu?" Rianna mula membuka topik serius. Jika dilayannya topik merapu mereka berdua itu, sampai bila pun tak habis.

Emier mengeluh lagi. Otaknya menjadi bertambah berat apabila Farish mula terbit di fikiran. " Ohh, dia. Dah minta tolong dah. Around five minute lagi dia sampai."

" Sampai apa?"

Dengar saja ada suara yang menyampuk, mereka bertiga serentak menoleh ke arah pintu. Kelihatan Emy dan abang-abang tiri Adam berada di muka pintu.

" Ada gathering apa lagi ni?" Soal Firhan bernada kasar. Bukan niatnya hendak kurang ajar, tapi sememnagnya suaranya begitu. " Makin lama makin riuh rumah ni."

" Tu lah, I pun rasa ya..."

" Farhan." Firhan menggeleng perlahan sambil meletakkan jari telunjuk di bibirnya. " Shh, tak apa. Jangan bercakap."

" Riann, kenapa dengan kaki you?!"

" Sebab Emier kaki Rianna berbalut." Jari Adam sekali lagi menunding ke arah Emier. Lelaki itu hanya pasrah. Biarlah dirinya dipersalahkan asalkan kawannya itu bahagia.

Emy tergelak kecil sambil memgerling memandang Emier. Pasti lelaki itu hanya mampu akur saja dengan kata-kata kawan baiknya itu.

" So, apa jadi dengan basikal kau?" Firhan kini mengambil tempat duduk berdekatan Adam. Wajah adik tirinya itu sesekali dipandang. Rasa simpati berlegar di hati namun egonya terlampau tinggu untuk dia akui. " Hope you catch the culprit soon."

" Thanks." Selalunya apabila mereka mula berbicara, pasti ada saja pertikaman lidah yang berlaku. Namun sejak kejadian di mana mereka semua secara tidak sengaja berkumpul di rumah banglo usang ini, hubungan mereka lebih akrab. Malah di kolej, mereka sentiasa bersama.

" Well, I think he should be here any..."

" I wanna go home." Belum sempat Emier menghabiskan ayatnya, kelihatan Farish kini berdiri betul-betul di hadapan pintu rumah Adam. Namun kini lelaki itu bersedia untuk membuka langkah beredar dari situ.

" Wa-wait, Far!" Bakat lariannya tidak dipersiakan apabila dia terus melompat lalu berlari bagi mendapat Farish dengan menarik bajunya. " Kau baru sampai, apasal nak balik pulak?!"

" I hate people."

Spontan, selamba namun penuh makna. Emier sudah masak sungguh dengan perangai Farish yang betul-betul tidak suka dengan suasana bising dan ramai dengan orang. Lihat sajalah rekod kehadirannya di sekolah menengah dahulu. Dia bernasib baik kerana memiliki otak yang genius, kalau tidak pasti dia tidak akan dapat menghabiskan persekolahannya.

" Aku boleh suruh half dari diorang balik kalau tu yang kau nak!"

" Fir, you rasa dia nak halau siapa?" Soal Farhan sambil matanya masih memandang Farish.

" Mestilah kau." Jawan Firhan sambil memgangguk perlahan. Rasa berpuas hati dengan jawapannya.

" Hensemnya mamat tu!" Emy mula menguis-nguis jari kecilnya. Wajah Farish masih lagi ditatap lama. " Hensem dia lain macam lah weyh!"

" Syazrin lagi hensem."

Dengar saja kata-kata Rianna, Adam yang berada di sebelahnya perlahan-lahan mula menekuo wajahnya. Cuba untuk menyembunyikan wajahnya yang kini semakin merah.

Jumbol yang datang entah dari mana turut sama seperti Emy dan Farhan. Matanya tidak lepas dari memandang Farish. Pada saat Farish memandangnya kembali, segera ayam tu mengibas-ngibaskan kepaknya lalu melompat ke arah Farish. " Kok kok!"

Masih lagi tidak beremosi, namun hanmtinya sedikit terhibur dengan lagat ayam comel itu. Kepala ayam yang kini berada di dalam dakapannya di gosok lembut. " There there, nice chicken you are." Sedang dia asyik dengan Jumbol, matanya terpandang wajah Adam. " Is he the one? The Cinde..."

Belum sempat bicaranya habis Emier bersama dengan Adam yang tadinya sedang melayan malu tiba-tiba menekup kuat mulut Farish. Bagai nak tercabut jantung mereka apabila Farish mula berkata seperti itu.

" Gila lah kawan kau ni, Mier. Macam mana dia tahu?"

" Like I said, instict power dia ni memang kuat kau tahu?" Balas Emier pula.

" Yen hiu has whet mi woo?"

" Hah?" Serentak, Emier dan Adam membalas sambil kening masing-masing terangkat. Lama baru mereka sedar bahawa tangan masih lagi sedang menutup mulut Farish.

" Korang ni dah kenapa?" Soalan Rianna hanya mampu dibalas dengan gelengan laju dan senyuman sumbing dari Emier dan Adam. Siapa sangka, Farish dapat mengagak identitinsebenar Cinderella dengan hanya sekali pandang.

" So, she dosen't know..." Farish berbisik perlahan dengan wajah tanpa ekspresinya. Seolah-olah dia dapat merasakan sedikit hiburan di hati tatkala dia mula mendengar akan kes ini daripada Emier.

" Can you help?" Sekali lagi, soalan yang sama diulangi. Emier memerlukan kepastian dari Farish, memandangkan lelaki itu adalah salah seorang lelaki yang termasuk dalam carta LELAKI YANG TAK MUNGKIN DAPAT DIAGAK.

Farish tidak memberikan sebarang respon, malah dia kini hanya memerhati kawasan sekeliling. " First, halau beberapa orang yang paling banyak mulut dekat sini."



Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah LelakiWhere stories live. Discover now