Keluarga Baru

493 5 0
                                    

"Ini rumah pakcik. Masuklah Hanim."

Suara Encik Taufik yang lembut dijawab dengan anggukan kecil oleh Hanim. Masih berwas2 dengan keadaan dirinya yang baru.

Encik Taufik membawanya ke satu bilik yang agak besar. Penuh perabot dan perhiasan kamar yang menarik mata sesiapa sahaja yang melihat.

"Ini bilik Hanim. Hanim rehatlah dulu."

Hanim mengangguk lagi. Tak tahu mengapa dirasakan Encik Taufik ini begitu baik dengan dirinya. Semoga perasaan ini akan kekal sebegini.

***

Hanim memandang ke luar tingkap. Hujan renyai menghiasi pemandangannya. Sungguh dia merasakan rindu yang teramat sangat pada ibu dan ayahnya. Walaupun apa yang berlaku, dia masih menyayangi Pak Daud.

"Ibu, ibu sayang Hanim tak ?"
Mak Limah yang sedang menggoreng ikan menoleh. Dilemparkan senyuman manis untuk anak daranya itu.

"Mestilah sayang. Hanim sahaja intan payung ibu."

Hanim tersengih. Senang hatinya mendengar perkataan itu.

Pak Daud yang baru pulang dari kerja menapak ke arah keluarganya. Diusap perlahan kepala Hanim dan dicium ubun-ubun anaknya itu.

"Ayah pun sayang Hanim."

Hanim menahan sebak. Sudah terlalu lama peristiwa itu berlaku. Dan sampai sekarang, masih terngiang-ngiang perkataan sayang di telinganya.

Hanim turun ke bawah. Tiada guna dia masih bersedih di dalam biliknya. Itu hanya mimpi manis. Tapi ini realitinya sekarang. Dia berada di satu rumah asing bersama keluarga baru hanya kerana ayahnya berhutang. Itu realiti.

Dia menapak ke dapur. Dibuka fridge dan meninjau sesuatu untuk dimasak. Perutnya lapar minta diisi. Encik Taufiq dari tengahari tadi tidak kelihatan. Hanim tidak kuasa mencari. Takut dikatakan melanggar hak privasi tuan rumah.

"Look who is here."

Hanim tersentak. Suara garau menegurnya tiba-tiba. Dia mendongak memandang ke pintu dapur. Siapa ini ?

Hye there. Olla ! Honey nak ucap terima kasih yg sudi read my first work. Ya, ini kali pertama saya menulis dan diharapkan ada support ye 😉

Ohh btw, siapa tu ? Hero dah sampai kah ?
Sorry guys kalau cerita nii hambar. Sudi2 comment so boleh improve mana yang kurang.

Muaahhh !

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 09, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Realiti Si PemimpiWhere stories live. Discover now