YILU13

10.1K 288 0
                                    

"Mama.." sapa Farisha.Dia memasuki
ke dalam ward diiringi Rafieq yang tidak bermaya.

"Bukan Fieq demam ke??" soal Datuk Sri Fairuz.

"Ngada nak ikut" kata Farisha bagi pihak Rafieq.Rafieq tersengih.

"Awak duduk" Farisha mengarahkan Rafieq supaya duduk.

Rafieq hanya menurut.Yang lain hanya tersenyum melihat gelagat suami isteri itu.

"Mama dengan papa macam mana??" soal Farisha.

"Mama okay papa pun okay.. alhamdulillah doc cakap takde apa-apa yang serius" jawab Puan Sri Faridah.

"Biar adik jaga mana dengan papa malam ni.." kata Farisha.

"Tapi Rafieq kan tak sihat" kata Fazura.

"Takpe..Fieq okay.." kata Rafieq.Dia tersenyum.Bibirnya pucat.

"Macam mana boleh demam Fieq??" soal Puan Sri Faridah.

"Emmm..."Rafieq menggaru kepalanya.

"Degil ma..Orang cakap taknak dengar.." kata Farisha.Rafieq mencuit lengan Farisha.

"Abang memang macam tu.." kata Thaqif pula.

"Sebok la Qif.." kata Rafieq.

"Dah la..awak rehat..saya nak turun sekejap" kata Farisha.Rafieq hanya mengangguk dan merebahkan badannya di sofa yang terdapat di ward VIP.

🌸🌸🌸

Farisha kembali semula bersama Fazura sejam kemudian.Dia masuk ke dalam ward dan terlihat Rafieq yang sedang tidur.

"Mom..dah lama ke Fieq tidur" Farisha meletakkan beg pakaian di dalam almari dan duduk di sebelah Rafieq yang sedang nyeyak tidur.

"Baru setengah jam.." jawab Datin Raimah.Farisha mengangguk. Diletakkan tangan kanannya di atas dahi Rafieq.

"Dah kurang sikit demam dia" kata Farisha.

Yang lain hanya menyembunyikan senyuman.Sweet Farisha dengan Rafieq niii...

"Mama tadi doc cakap lusa mama dengan papa boleh keluar" kata Fazura.

"Akhirnya..bosan la duduk hospital" kata Datuk Sri Fairuz.

Yang lain hanya ketawa tetapi masih terkawal volume nya supaya Rafieq tidak tersedar.

"Sha balik Melaka lusa la.." kata Farisha.

"Mom dengan dad balik melaka bila??" soal Frisha kepada mertuanya.

"Mom dengan dad ingat nak balik esok..ada kerja yang belum selesai la" kata Datin Raimah.

"Okay la kalau macam tu" kata Farisha.

"Sha..kalau Fieq tak sihat lagi, tak payah balik Melaka dulu la..stay sini lama sikit takut pulak..kamu tu baru je baik demam..pasal sekolah don't worry dad uruskan" kata Dato Amran.

Farisha hanya mengangguk,

"Ahh..lupa pulak..ni ada makanan" Farisha mengambil beg plastik Mcdonal yang diletakkan di atas meja.

Mereka semua mengambil burger seorang satu.Farisha mengambil bubur yang dibeli khas buat suami tercinta.

"Rafieq...wake up" Farisha mengejutkan Rafieq.Rafieq menggeliat sedikit sebelum membuka matanya. Comel.

"Kenapa??" soal Rafieq suaranya serak.

"Makan dulu..then you can continue your rest" kata Farisha.Rafieq hanya menurut.

Farisha membantu Rafieq duduk.

"Bukak mulut" Farisha menyuapkan bubur ayam Mc donald yang dibelinya.

"Tak sedap la" kata Rafieq.Dia mengerutkan dahinya.

Farisha pelik.Dirasa sedikit bubur itu.

"Sedap je.." kata Farisha.Dia menyuakan lagi sesudu penuh kepada Rafieq namun ditolak.

"Tak nak.," kata Rafieq.

"Awak please.." Farisha memujuk.

"Tak nak sayang..." Rafieq mula merengek.

"Okay fine tapi nanti perut awak kosong lagi teruk jadinya" kata Farisha.

"Awak nak makan apa saya belikan" kata Farisha.

Rafieq menggeleng kepalanya.Farisha mengeluh.

"Takpe la kalau awak tak nak..dah..sambung lah tidur.." kata Farisha.

"Kejap lagi saya mintak selimut dekat nurse" kata Farisha.Baru sahaja Farisha ingin berlalu pergi, tangannya ditarik.

"Kenapa??" Farisha memandang wajah pucat Rafieq.

"Sayang marah ke??" soal Rafieq.

"Nak marah apa nya..saya pun pernah demam and saya tahu kalau demam tu memang tak boleh nak paksa untuk makan" kata Farisha.Dia tersenyum.

"Dah tidur" Farisha melalukan tangan kanannya di atas wajah Rafieq untuk menutup mata Rafieq.

"Sweet nya korang" kata Fazura.

"Kitorang memang sweet..kan mom kan.." seloroh Farisha.

Yang lain hanya ketawa.

🌸🌸🌸

Malam itu semua orang masih berkumpul di ward.Jam menunjukkan pukul 8.00 malam.And Rafieq masih tidur.

Tiba-tiba Rafieq tersedar.

"Hi..dah bangun awak.." tegur Farisha yang tadinya sibuk berbual.Dia mendekati Rafieq yang masih mamai.

"Awak nak balik rumah tak?? kesian tengok awak tidur atas sofa gini.." kata Farisha.

"Ikut la.." suara Rafieq serak.
Auch..sexy!!

"Kitorang balik la malam ni..kesian kat Rafieq..tak cukup tidur" kata Farisha.

"Sha balik je la..Sha pun belum sihat betul tu.." kata Puan Sri Faridah.

"Okay ma..jom" Farisha menghulurkan tangannya kepada Rafieq.Dan Rafieq menyambutnya.Comel.Macam budak kecik.

"Macam baby la abang ni" kata Thaqif.

"Qif diam.." kata Rafieq dan Farisha serentak.Mereka yang lain ketawa.

Semasa di dalam kereta.Farisha yang sedang memandu menjadi tidak tenang.

"Boleh tak awak stop pandang saya??" soal Farisha tidak puas hati.Aku nak bawak kereta pun tak selesa.

"Sayang drive je la..saya tak kacau pun"  Rafieq meneruskan aktivitinya iaitu merenung wajah Farisha.

"Rafieq please.." kata Farisha.Rafieq mencebik dan memusingkan tubuhnya ke hadapan semula.

"Fine" katanya.Farisha tersenyum melihat gelagat Rafieq.Muka je tough..perangai macam baby.

Tiba-tiba Rafieq memusingkan badannya kembali memandang Farisha.Farisha mengeluh.

"Apa lagi Rafieq Ammar.." lembut panggilan Farisha.

"Lapa.." Rafieq membuat puppy face nya sambil tangannya memegang perut.Comel nak mampus tau tak??

"Okay kita beli drive thru mcD bole??" kata Farisha.Rafieq mengangguk dan kembali duduk memandang hadapan.

Perjalanan pulang ke rumah ditemani gurau senda dan ketawa oleh Farisha dan Rafieq.

Malam itu mereka tidur dengan nyenyak.Maklumlah penat.

Yes I Love You!!!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang