Hari sukan telah tiba.Para ibu bapa mula memenuhi ruangan padang.
"Mom dengan Dad datang tak??" soal Farisha.
"Datang..jap lagi la kot" kata Rafieq.
Farisha mengangguk.Kemudian dia memandang ke arah kanan.Farisha mengeluh.
"Fieq..sayang awak dah sampai" kata Farisha.Farisha terus bergerak ke tempat lain.
Rafieq pelik.Sayang aku?? siapa??
"Hai Rafieq.." kata Laura.Rafieq mengeluh.Patutla Farisha macam tu.
"Apa you nak??" soal Rafieq bosan.
"Just wanna say good luck" kata Laura manja.
"Hmm..you too" kata Rafieq lalu pergi dari situ.
"Diminta peserta 100 meter lelaki berada di garisan permulaan" kata seorang guru lelaki di mikrofon.
Kelihatan Rafieq,Irfan, Akil dan Syafiq serta empat lagi peserta lain berada di garisan permulaan.
Bangg!!
Bunyi pistol menandakan bermulanya acara seratus meter lelaki A.Rasa macam korang dah tahu siapa menang.
Rafieq la siapa lagi."Ape ni Irfan.." kata Farisha.Dia menghulurkan air kepada Irfan dan Rafieq.
Mereka berdua tercungap-cungap.Farisha juga menyerahkan air kepada Akil dan Syafiq.
"Laki awak ni..adumak degil la" kata Irfan.
Rafieq tergelak.
"Diminta peserta seratus meter perempuan berada di garisan permulaan." kata suara itu lagi.
"Iris dah nak lari la.." Farisha berdiri menunggu di garisan penamat.Rafieq dan yang lain juga begitu.
Di garisan permulaan kelihatan Iris, Laura dan beberapa pelajar lain.Fea juga berada di situ.
Perlumbaan dimulakan dengan sangat sengit.Tiba di pertengahan, Laura tiba-tiba menolak Iris sedikit menyebabkan Iris jatuh.Tiada siapa perasan yang Laura penyebab Iris jatuh kecuali Farisha.
"Iris kau okay tak??" Farisha berlari mendapatkan Iris.Irfan dan Rafieq juga mengikut.
"Tak..kaki aku sakit" Iris menitiskan air mata.
"Bodoh la main tipu" marah Iris.
"Beb kau nampak tak apa jadi??" soal Iris.
"Ye aku nampak.." pasukan medic tiba.
"Pity you Iris..nah air" Laura yang baru tiba menghulurkan sebotol air kepada Iris.
Iris menepis kasar.Farisha hanya melihat.Kau memang nak perang fizikal pulak ke macam mana Laura??
"Dah..medic bawak Iris pergi tepi.." kata Farisha.Irfan dan Rafieq yang tidak tahu apa-apa hanya diam.Pelik mungkin melihat Iris dan Farisha yang berubah tiba-tiba.
"Orang ni kalau hati tu dah busuk tetap busuk" kata Farisha tenang.
Rafieq dan Irfan berpandangan sesama sendiri.Rafieq mengangkat keningnya kepada Irfan isyarat untuk bertanyakan mengapa.Irfan hanya menggeleng dan mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
"Kau jangan ingat aku tak nampak la kau tolak Iris tadi!!" Farisha mula mengeluarkan amarahnya.Rafieq terkejut.
"Kau tolak Iris?!?" Rafieq bertanya kasar.Walaupun dia mahu memang tetapi dia tidak mahu menang dengan cara menipu.Dia bencikan itu.
"Watch out Laura..kau akan jumpa aku lepas ni..Irfan, potong nama Iris, biar saya ganti dia dalam dua ratus meter dengan dua ratus meter berpagar lepas ni..kau cabar aku kan?? Fine kau terima padahnya" Farisha berlalu pergi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Yes I Love You!!!
RomancePerkahwinan di alam persekolahan sangat complicated.Daripada tidak pernah mengenali, terus dinikahkan di atas kemahuan keluarga.Itulah yang dihadapi Farisha Qaizira dan Rafieq Ammar. Farisha yang dulunya bersekolah di Johor Bahru terpaksa berpindah...