[Bab 12]

3.2K 272 17
                                    


Beberapa Hari Kemudian,

Kesemua ahli Bangtan Boys sudah bersiap sedia untuk melakukan konsert solo mereka yang akan diadakan beberapa minit sahaja lagi.

Yura dan Hae Ri sudah mengambil tempat duduk di seat VVIP yang paling hampir dengan pentas.

Ramai ARMY bersorak riang apabila ketujuh- tujuh jejaka kacak itu keluar dari belakang pentas.

"Annyeong, Army!" Sapa Nam Joon.

Army membalas dengan sorakan kuat. Hoseok ketawa melihat Army yang tidak henti-henti memberikan mereka cinta. Terharu katanya.

Kemudian, Tae Hyung tersenyum dan berkata, "Today, I have surprise for all of you. And my sweetheart, Hae Ri." Ujar Tae Hyung. Army bersorak lagi.

"Are you ready ?" Soal Jimin.

"Yeahhhhhh" Balas Army dengan bersemangat.

"Let's party tonight!" Jerit Jung Kook dan disambut dengan sorakan dan teriakan bertenaga dari para Army.

Kemudian, lagu mula dimainkan. Dan BTS mula melakukan persembahan. Tarian mereka yang begitu bertenaga dah lincah mampu menghiburkan para penontan yang hadir.

Army yang berada di bawah pentas, turut mengikut gerakan tarian mereka.

Ditengah persembahan , BTS berhenti seketika untuk melakukan fan service kepada peminat.

Mereka berjalan ke depan pentas dan mula beramah mesra dengan peminat.

Tae Hyung terpandangkan Yura dan Hae Ri yang duduk tidak jauh darinya. Yura tidak sekali pon mengangkat wajahnya. Hanya fokus pada iPhone ditangannya sahaja. Apabila melihat Yura begitu, baru Tae Hyung tersedar sesuatu.

Army benci Yura.

Tanpa melengahkan masa, Tae Hyung pantas berlari ke tengah pentas dan berusaha menarik perhatian semua orang dengan berkata

"Hey, Army!"

Suasana yang tadinya bising terus senyap. Mereka semua menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Tae Hyung.

Tae Hyung sengih.

"Saya ada sesuatu untuk diberitahu." Kata Tae Hyung. Yura yang tadinya hanya tunduk main telefon ditangan, kini sudah mengangkat kepalanya.

"Ini tentang kekasih dan bakal isteri saya, Park Yura." Ujar Tae Hyung lagi. Reaksi negatif daripada Army mulai kedengaran. Yura pula hanya mengeluh dan kesal.

"Saya minta maaf andai kata saya telah melukakan dan menyakiti hati anda. I love you, Armys."

Suasana senyap sepi.

"Saya tahu ramai army yang marah kerana saya membuat keputusan untuk berkahwin dengan Yura. Saya tahu awak semua sakit hati, terluka dan selainnya." Tae Hyung berhenti seketika.

Lalu menyambung,

"Tapi bagaimana pula dengan saya ? Awak semua ada terfikir kalau saya kecewa dan terluka apabila army memberikan reaksi negatif kepada pilihan hati saya ?

Army ialah cahaya bagi BTS kerana telah menyokong kami sehingga sekarang. Tanpa cahaya, mana mungkin BTS mampu bergerak dalam kegelapan. Army ialah kekasih BTS.

Tapi, kami juga manusia. Kami juga boleh membuat pilihan untuk berkasih dengan siapa saja yang kami mahu. Tidak semestinya seseorang itu ialah Army atau Kidol wanita.

Saya betul-betul kecewa dengan awak, Army. Awak hanya memikirkan tentang perasaan awak. Bagaimana pula perasaan saya dan Yura ?

Awak pernah terfikir jika Yura menanggung segala keperitan untuk menerima kata-kata pedih dari Army?

[C] Appa, Please Marry Her! + kth Where stories live. Discover now