bab 4

152 3 3
                                    

Yeay minggu ini mama dengan ayah balik. Sibuk betul mama dengan ayah. Dalam seminggu tu berapa kali je dapat jumpa.

Sakit betul hati aku dengan Sofea itu. Kalau sakit hati tak payah la sakitkan hati orang. Aku rasa macam tak ada hutang apa-apa dengan dia. Nonsense. Aku dengan Reza itu sepupu. Memang la aku rapat dengan dia. Si Sofea ini salah faham pulak dan aku tak nak bagi dia faham. Rugi layan orang macam itu.

Tiba-tiba teringat Nazmi tanya hari itu.

"Wei, siapa Reza tu?"

"Damia aku tanya ni?!"

"Ala penting sangat ke benda tu. Kenapa kau nak kisah sangat. Serabut la kepala aku. Semua nak pressure aku. Mak dengan ayah aku pun tak macam tu."

"Aku tahu siapa aku Ana. Aku balik dulu la."

Pelik aku dengan Nazmi tu. Penting sangat ke hubungan aku dengan Reza tu. Lepas hari itu je, Nazmi cuba elakkan diri dari aku.

*****

"Damia, Pn. Leong nak jumpa kau dekat bilik dia."

"Okay. Terima kasih Aisyah."

*****

"Pn. Leong." Hatiku berdetik, kenapa Pn. Leong nak jumpa.

"Oh Damia! Mari masuk." Terus aku duduk depan Pn. Leong.

Tanpa menunggu lama Pn. Leong terus bersuara, "ini berkenaan Nazmi. Katanya dia nak berhenti belajar dengan kamu. Dia cakap dia dah cukup faham dan dia boleh belajar sendiri."

Semakin pelik aku dengan Nazmi ini.

"Saya pun nampak perubahan Nazmi. Dia dah boleh adapt dengan silibus dia. So cikgu nak ucapkan terima kasih pada kamu, Damia."

"Takpe Pn. Leong, saya suka tolong sebab saya lagi faham subjek tu."

Pn. Leong tersenyum. "Kalau semua pelajar saya macam kamu. Untung saya."

"Tak ada apa pun Pn. Leong. Seronok dapat tolong kawan-kawan. Sama-sama berjaya. Saya mintak diri dulu Pn. Leong."

"Terima kasih sekali lagi Damia."

Aku hanya mampu tersenyum.

*****

Hari ini seperti hari biasa, dari rumah pergi sekolah balik rumah. Tiba-tiba aku rasa satu perasaan pelik. Aku rasa macam ada benda yang hilang. Tapi aku tak tahu apa benda itu. Hari itu aku terserempak dengan Nazmi. Dia cuma senyum dan tak cakap apa-apa pun. Macam aku ini orang yang dia tak kenal. Pelik.

Lepas dari hari kejadian, aku terus jumpa Fakhrul merangkap kawan rapat Nazmi. Aku nak korek rahsia. Hati ini rasa tak puas hati selagi aku tak tahu jawapan kenapa dia macam itu.

"Fakhrul!"

"Kenapa kau nak jumpa aku ni Damia?" Fakhrul terus duduk di hadapan Damia. Kami sepakat berjumpa di perpustakaan.

"Erm.. kau tahu kan yang aku dengan Nazmi dah tak belajar sama-sama." jawab Damia.

"Ye. Nazmi ada bagi tahu aku. Tapi aku rasa dia tu pandai je, tak perlu pun mintak tolong kau. Entah kenapa dia nak sangat belajar dengan kau sampai mintak pertolongan Pn. Leong."

Damia terkedu. "Maksud kau dia sengaja nak belajar dengan aku?"

"Dia tak pernah kongsi apa-apa dengan aku. Aku boleh nampak la dia layan kau lain berbanding dengan kawan-kawan perempuan yang lain. Sebagai lelaki, aku rasa dia sebenarnya suka dekat kau cuma cara dia tu macam lain sikit. Dia tak express diri dia" balas Fakhrul sambil merenung muka Damia.

Lama Damia termenung. Memikirkan persoalan-persoalan yang bermain di fikirannya.

"Fakhrul aku rasa aku nak pergi dulu la. Aku ada hal. Terima kasih jumpa aku hari ini." Terus Damia berlalu.

my HOT boyfriend!Where stories live. Discover now