7 HORROR STORIES (Jhope) 1/3

1.2K 90 1
                                    

"Hyung nak gi mana?"
Jimin memanggil jhope yang sedang bergegas menuju ke kereta mereka di luar lokasi pengembaraan.

"Hyung nak ambil telefon jap tertinggal kat dalam kereta."
Jhope mengesat tangannya yang penuh dengan serbuk keropok di seluar pendeknya.

"Berani ke hyung??~~ dah malam ni."
Jimin cuba untuk menyakat jhope yang sedang memandang tajam ke arahnya.

Malas rasanya hendak melayan kerenah jimin yang sengaja menyakatnya ketika itu. Perasaan takut di dalam hatinya mula hadir sedikit apabila jimin sengaja menguji perasaannya. Tapi jhope tetap dengan tindakannya ketika itu.

"Kereta depan tu je, lagipun staff yang lain masih ada kat luar, alah tak ada apalah."
Jhope cuba untuk menenagkan hatinya yang mula memuncak hebat. Dia menolak pintu karat bagunan lama yang menjadi tempat atau lokasi untuk pengembaraan muzik video mereka yang masih dalam perancangan sepenuhnya. Jhope melihat sekeliling. Terdetik dalam hatinya.

"Berani ke aku ni?"
Apabila melihat tiada siapa di luar, jhope memandang ke belakang semula dia cuba untuk memangil jimin tapi jimin sudah tiada di situ. Jhope diam. Dia meneruskan tindakannya.

Tiba-tiba,
"Worghhh!!! Koff!! Koff!! Worgh!!"
Bunyi anjing bersahut-sahutan memeranjatkan jhope yang sedang leka melihat sekeliling.

"Anyeong~~~"
Walaupun terkejut, Jhope masih cuba untuk melayan anjing-anjing tersebut dia melambai ke arah anjing itu.

"Worghhh!!! Koff!! Koff!! Worgh!! Worgh!!!!!! Worgh!!!!"
Salakan anjing-anjing itu bertambah kuat dan mula membuatkan jhope terdiam. Dia memandang lama pada mereka semua. Hatinya mula merasakan sesuatu yang tidak kena. Jhope memandang sekelilingnya. Bulu romanya mula berdiri tegak terutama di bahagian leher. jhope memeluk tubuhnya dan bergerak ke kereta. Sebaik sampai di kereta, jhope membuka pintu dan masuk ke dalam, begnya di bahagian tempat duduk belakang menyukarkan untuk mengambilnya dari luar. Dia masuk ke dalam dan meyelongkar beg sandang hitamnya tapi tiada.

"Mana iphone aku ni?"
Jhope termenung seketika untuk memikirkan kemana hilangnya iphone milik dia.

"Tok, tok,"
Jhope memandang ke belakang. Bunyi tingkap kereta diketuk dari luar menandakan ada seseorang di situ. Tapi... tiada siapa di luar. Jhope terdiam lama. Jhope keluar dari kereta tersebut dan melilau memandang sekeliling. Langkahnya teragak-agak untuk melihat ke belakang kereta kerana hari sudah malam. Langit yang ditutupi dengan warna hitam membuatkan tiada satupun warna lain yang dapat menenangkan fikiran dan hati. Suasana yang sunyi seperti sengaja membiarkan jhope dalam situasi tersebut. Jhope masih kaku di tempatnya. raut wajahnya mula berubah. Cepat-cepat jhope menutup pintu kereta dan menuju masuk ke dalam lokasi pengembaraan mereka. Langkahnya dicepatkan sehabis mungkin.

"Tap, tap, tap, tap,tap,"
Bunyi tapak kasut di belakang jhope kedengaran tiba-tiba.
jhope tergamam lama, langkahnya terhenti secara tiba-tiba. biji matanya menjeling ke arah kiri dan kanannya untuk melihat kebelakang walaupun cara itu tidak dapat membantunya. Hati jhope mula berdetak kuat bersama dengan hembusan nafasnya yang mula kedengaran. Jhope menanti lama untuk memastikan bunyi itu mungkin datang dari dirinya sendiri atau mungkin dari benda lain. Lama menunggu, tiada sebarang bunyi yang terhasil. dia meneruskan langkahnya kembali.

"Worghhhhhh!!!!!!!!!!!!!"
Jeritan kasar kedengaran betul-betul di belakangnya.

"Arghhh!! Apa?! Apa benda tu?!"
Jhope jatuh terduduk di atas tanah. Peluhnya di Dahi mengalir laju seperti lajunya degupan jantung ketika itu. Fikirannya tidak mampu berfungsi seperti biasa. Dia mati akal bersama dengan pergerakannya. Lirikan matanya mula terbuka luas secara tiba-tiba apabila dia melihat sesuatu benda yang pelik, badannya kurus kering dan tinggi merangkak laju dari belakang kereta menuju ke dalam semak dan hilang. Jhope tergamam lebih lama seperti orang yang mati akal

Tiba-tiba, bahu jhope dipegang dari belakang.
"Arghhhh!!!!"

"Apasal ni?"
Kelihatan namjoon sedang memandang pelik ke arah jhope yang sedang terduduk lemah di atas tanah.

"ak.. aku.. aku... nam..."
Suara jhope kedengaran terketar-ketar bersama dengan peluhnya yang mengalir laju.

"Kau ok tak ni?"
namjoon memandang sekeliling. Apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan jhope.

Jhope masih terduduk lemah, dia memandang ke arah semak tersebut.

"Kenapa kau duduk sini? Bangun,"
Jhope mengenggam kuat tangan namjoon, lututnya terasa sangat lemah, membuatkan jhope terjatuh kembali.

"Apasal dengan kau ni?!'
Dahi namjoon berkerut melihat tingkah laku jhope yang pelik. Raut wajah jhope yang pucat serta getaran kuat yang terhasil dari tubuhnya lagi meyakinkan namjoon yang jhope dalam keadaan terkejut atau takut. Namjoon membantu memapah jhope bangun dan membawa masuk ke dalam.

"Aku nak balik, boleh tak?"
Soalan jhope membuatkan namjoon memandang lama ke arah jhope. Namjoon diam. Dan mengganguk. Mereka menuju ke kereta, namjoon membantu jhope duduk.

"Aku nak bagitahu manager jap."
Jhope memegang lengan namjoon kuat. Dan menggelengka kepala menandakan dia tidak mahu dibiarkan keseorangan. Namjoon diam lagi, pelik dengan perangai jhope.

"Kau kenapa sebenarnya hoseok?"

"Aku takut."
Raut wajah namjoon berubah, perkataa takut yang disebut oleh jhope membuatka bulu roma namjoon meremang. Dia memandang sekeliling.

TO BE CONTINUE........

7 HORROR STORIES (Who Do This??!)Where stories live. Discover now