•BAB 1•

7K 23 3
                                    

"Zahra, mari sini sekejap. Mummy ngan daddy nak bincang something dengan kamu", panggil puan Ainul kepada anak perempuannya Tengku Adelia Az-zahra binti Tengku Aziz Malik. Zahra hanya akur dengan arahan mummynya itu. Dia duduk di atas sofa yang empuk berhadapan dengan mummy dan daddynya.

"Hm kenapa mummy ? macam penting je". Jawab Zahra acuh tak acuh.

"Memang penting pun, tapi mummy harap kamu tak sedih lah". Zahra hanya diam dan menunggu apa yang hendak dibincangkan oleh mummy kesayangannya itu.

"Em sabtu ni, kita kena pindah KL , dan kamu akan bersekolah di sana". kata Puan Ainul. Zahra terkejut dan diam tanpa berkata apa-apa. Selang beberapa saat, dia meminta izin untuk naik ke biliknya di tingkat atas tanpa apa-apa jawapan yang diberikan kepada mummynya.

----------------------------------

Zahra duduk bersila di atas katilnya yang bersaiz king itu sambil termenung. 'What?! pindah? Ish tak suka lah pindah pindah ni. Aku taknak pindah! Dah lah sabtu ni. Aku akan tinggalkan kawan-kawan kat sini. Hm memang tak boleh bayang bila aku pindah nanti'. Ronta Zahra di dalam hati. Tiba-tiba, kelopak matanya menitiskan air mata. Air mata kesedihan.

"Hm, macam mana aku nak bagitahu Emma nanti. mesti dia menangis bila aku bagitahu yang aku nak pindah". Emma adalah kawan rapat Zahra sejak dia berada di tingkatan 1 lagi di SMK Dato' Penggawa Barat.

Zahra terhenti dari lamunan apabila dia terdengar pintu biliknya diketuk. "Oh mak kau!", latah Zahra apabila dia terkejut dengan ketukan yang agak kuat itu. Lantas dia mengelap air matanya yang masih bersisa di pipi putih kemerah-merahannya itu. Dengan pantas dia turun daripada katil dan menuju ke pintu biliknya. Pintu bilik itu dikuak luas.

"Lah, abang rupanya. Ish! Lain kali ketuk pintu slow- slow lah. Ni ketuk macam nak roboh bilik Zahra tau." Marah Zahra kepada abangnya, Fattah.

"Ahahahah sorry lah. Alah adik abang ni. Kenapa emo sangat. Jangan lah macam ni. Tak comel dah" jawab Fattah sambil mecubit pipi tembam adiknya.

"Auch! Sakitlah! Ish abang ni!" Zahra memanjakan suara kepada abangnya. Fattah hanya tergelak kecil apabila melihat telatah adiknya yang manja itu. Maklumlah, adik beradik hanya dua orang saja. Dia lah tempat bergurau, bermanja, bergaduh.

------------------------------

"Baiklah abang kesayanganku, nak apa datang bilik Zahra ni ?" Zahra membuat muka annoying. Mata diatas , tangan dibahu. Itulah rutin yang selalu dibuat kepada satu-satunya abang yang dia ada.

"Haha adik perli eh? ni abang datang sini pun sebab mummy suruh panggil nak dinner sama-sama. kalau tak abang pun tak ingin nak pergi bilik adik yang bau kepam ni. Yeks! hahaha". Usik Fattah sambil ketawa terkekek-kekek.

"Hahaha jahat ! Bilik Zahra wangi ea. Bilik abang tu yang bau kepam.". Zahra mencubit tangan abangnya.

"Auch, sakitlah gila". Fattah menjerit kesakitan dek kerana cubitan Zahra. Dia tergelak-gelak apabila melihat muka abangnya yang menahan rasa sakit dek kerana cubitannya yang berbisa.

"Em kejap lagi Zahra turun ea. okay bye !". Zahra melambaikan tangannya ke arah Fattah sambil menutup pintu bilik dengan perlahan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 30, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Crushku Isteriku Where stories live. Discover now