Sunyi

106 11 5
                                    

Sunyi itu,
Suara tanpa bunyi,
Hanya bersuara dalam hati,
Tanpa terdengar sebarang bunyi.

Sunyi itu,
Suara yang mengelirukan,
Kekadang menenangkan,
Kekadang membosankan.

Sunyi itu,
Suasana yang...entahlah,
Boleh jadi hati kau mentelaah,
Boleh jadi akal kau mengalah.

Sunyi itu,
Suasana tanpa suara,
Kalau kau rasa nak bersuara,
Bersuara sahaja agar kurang sengsara.

Sembang Sikit!Où les histoires vivent. Découvrez maintenant