Koleksi kata-kata pendek untuk bertukar-tukar pendapat dengan korang. Sembang-sembang sekadar menjana minda untuk berfikiran sedikit kritis dan kreatif sebelum memulakan pekerjaan korang yang mungkin memberatkan kepala otak. Jom, sembang sikit. Jemputlah, buat macam rumah sendiri. Kata-kata dalam naskhah ini mungkin pendek atau terlalu pendek, mohon bersiap sedia dengan emosi anda supaya tak sakit hati selepas membacanya. Terima kasih kerana sudi 'Sembang Sikit!'