Epilog II

63.5K 2K 116
                                    

Ada yang kata Fahrin tak tahu lagi cerita sebenar pasal Dani. Haipp baca betul-betul gaiss! Ada kat chapter #33.




"Tunggu I kat sini kejap eh. I nak naik atas, Shuk dah tunggu,"

Setelah memberikan sebuah ciuman pada pipi Rose dan Reza, kedua-dua orang kesayangannya itu ditinggalkan di lobi syarikatnya. Fahrin bergegas ke ruangannya untuk berbincang beberapa perkara tentang projek terbaru syarikatnya dengan Syed Shukri.

Rose duduk di sofa di lobi itu bersama-sama Reza. Para pekerja yang lalu-lalang banyak menegurnya dan kadang kala sempat mengagah Reza. Siapa je tak jatuh sayang dengan anak kecil ini?

"Ma. Ma." Sebut Rose sepatah-sepatah cuba mengajar Reza.

"Mammammamaaa.."

Pipi bulat itu dicubit geram sambil ketawa. Haishh, cuba ikut cakap orang!

"Pa. Pa."

"Papa,"

"Oh, papa pandai sebut eh! Tak aci!"

Tubuh montel itu ditarik ke atas pangku dan digomol kuat pipinya. Sesekali Rose mengemam pipi pau anaknya sampai mengekek ketawa budak kecik tu.

Padan muka! Geram!

Setelah reda, Reza menarik leher mamanya agar mendekati dan sebuah ciuman dihadiahkan. Ciuman penuh air liur.

"Reza!"

Perut anaknya pula menjadi mangsa. Ditiup-tiup perut bulat itu sambil jarinya ligat menggeletek pinggang Reza.

"Assalamualaikum,"

Segera Rose melepaskan gomolannya pada Reza. Seorang lelaki kacak berdiri di hadapannya, menjadi orang yang menghulur salam.

"Waalaikumussalam. Ya?"

"Rose, you... betul-betul tak ingat I?"

"Err..." kepalanya yang beralas tudung digaru perlahan sambil tersenyum serba kaku. "I was involved with an accident before so, I don't really recognize people. I'm sorry,"

"It's okay," jawab lelaki itu sambil tersenyum manis. Duduknya dilabuhkan pada sofa di hadapan Rose.

Reza yang sedang duduk cuba memanjat Rose dengan menarik bajunya. Melihatkan keletah anaknya, Rose segera mengangkat Reza dan meletakkanya ke dalam pangkuan.

Lelaki itu memandang setiap gerak geri dua beranak itu dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Anyway, who are you actually?"

"No one you should remember. Just one of your acquintance,"

Rose mengangguk faham walaupun hatinya penuh tanda tanya. Tidak tahu mahu berbicara apa lagi dengan lelaki kacak di hadapannya ini.

"I'm... I'm so sorry," sebut lelaki itu perlahan sambil memandang Reza yang sedang bermain dengan soft toy di atas pangkuan ibu muda itu.

Sekali pandang pun dia tahu rambut dan anak mata hitam pekat bayi itu ikut siapa. Syukurlah.

"Sorry untuk apa?"

"Untuk semuanya,"

Mendengar jawapan aneh itu membuatkan kening Rose berkerut. Siapa lelaki ini, tiba-tiba minta maaf?

Kepala Reza diusap lembut oleh lelaki yang tidak Rose kenali itu.

"Again, I'm deeply sorry. Live a happy life, Rose. You deserved it," ujar lelaki itu sambil tersenyum segaris dan bangun berpaling.

Mata yang sudah terasa berpasir disorokkan dari pandangan Rose Amanda, tidak mahu wanita itu semakin keliru.

"Wait! Don't I deserve to at least know your name?"

"Dani,"

Rose hanya mampu memandang belakang badan Dani yang sudah melangkah pergi dengan penuh persoalan. Sumpah, dia tak ingat langsung Dani!

Bahu yang tiba-tiba ditepuk membuat tubuh Rose terenjat. Terkejut weh!

"Rain! Terkejut I!" Lengan Fahrin dipukul manja sambil menjeling Shukri yang sedang ketawa. Ohh... seronok eh gelak?

"Siapa lelaki tu? Nak ngurat you?"

"Taklah. Dia kata dia kenal I dulu, tu je,"

Fahrin mencebik. Elehh, trick lapok! "Eii, dia tak nampak ke you pegang baby? Tu pun nak try ke?"

"Boleh jugak I nak try dia kan? Dani is such a fine gentleman anyway," ujar Rose mengusik sambil buat muka gatal.

"I tak je-" serentak Fahrin dan Shukri berpandangan.

"Dani?!"

Segera dua orang sahabat itu berlari keluar dari bangunan syarikat tersebut bagi mencari Dani yang disebut Rose.

Namun saat mereka tiba di lot parkir, kereta mewah berwarna hitam siap degan pemandu itu sudah bergerak pergi. Membawa Dani yang tersenyum pahit dengan genggaman tangannya diletakkan pada dada.

Berkawan sejak zaman sekolah membuatkan mereka mencipta pelbagai bahasa isyarat bersama. Dan yang kali ini bermaksud....

I'M SORRY.







Yeayyy! Yang ni betul dah habis eh hahahha. Dah dah gi tido!

Esok aku nak bebel. Padan muka korang. 😝😝😝

Honey ✔Where stories live. Discover now