BAB 10

5.4K 162 4
                                    

Tengku iskandar berjalan pantas ke honda civic miliknya. Tanpa dia menyedari, fikry memerhati dari jauh. Sungguh dia rasa tercabar. Tak sangka Dia Khalilah yang di pilih oleh abang iparnya untuk di jadikan isteri.

Pelik pula dia, macam mana perempuan tu boleh kenal dengan abang is ? Ishh aku kena siasat ni. Macam ada yang tak kena je.

Bahagiakah Dia Khalilah Zulaikha di samping Tengku Iskandar? Huh... Bahagia sebab dapat duit je kan? Takkan abang iparnya betul.sayang pada perempuan tu? Dia.. Dia... Kau takkan bahagia . Aku tahu , cinta kau hanya untuk aku. Fikry menghampiri abang iparnya itu.

"Assalammualaikum bang.." tegur Fikry. Ramah. Langkah Tengku iskandar terhenti. Dia menoleh.

"Waalaikumsalam.. Haa fik, abang tak nampak bayang fik dalam office tadi. Kenapa?"

"Maafkan saya , bang.. Lissa tetiba je pitam tadi. Itu yang meeting saya tak masuk."

Tengku Iskandar mulai risau. Mana tidak nya, itu sajalah adik bongsu perempuan yang dia ada. Apa pun yang terjadi, Melissa adalah tanggungjawab dia juga.

"Ya Allah.. Kenapa tak beritahu abang, fik? Keadaan dia macam mana? Abang risau pada dia dan anak dalam perut tu." Keluh Tengku ISkandar.

"Eh takpe bang. Jangan risau.. Lissa cuma penat je.. Fik dah bawa dia ke klinik tadi."

Lega tengku iskandar mendengarnya. Dia kemudian merenung jam di tangan.

"Okaylah, abang minta diri dulu. Akak ipar kau dah tunggu abang kat rumah. Petang ni kami berangkat ke Shanghai. Abang ada meeting dekat sana."

Fikry terkejut. Nak pergi outstation pun kena bawa Dia juga ke? Tiba tiba cemburunya datang.. Untungnya kau perempuan... Huh.. Senang hidup kau kan sekarang ni...takpe.. Tunggu dan lihat okay...

"Err.. Flight abang jam berapa?" Soalnya. Suaranya hambar.

"Jam 4 petang ni.. Okaylah, nanti jumpa lagi. Sampaikan salam abang pada lissa. Apa apa hal, whatsapp abang, fik"

"Okay bang.. Err hati hati memandu.."

Tengku Iskandar membalas dengan senyuman. Fikry membalas. Entah mengapa dia teringin pula hendak berbual dengan perempuan yang pernah dia bersama suatu masa dahulu...

Tengku Iskandar sampai ke rumah dalam jam 2 petang. Dia khalilah sudah menunggu di mula pintu dengan senyuman. Tengku iskandar keluar dari kereta sambil menjijit plastik kfc. Masa dalam perjalanan balik, sempat pula isterinya pesan makanan.

"Sayang sihat? Anak papa?" Dia memegang perut Dia khalilah zulaikha.

"Ish awak ni, budak ni membesar pun belum.. Mana kfc saya?" Dia sudah tidak sabar.

"Eh awak, sabar la sikit.. Masuk rumah pun belum lagi, dah minta kfc.."

Dia tergelak..lupa pula dia! Ishh.. Perlahan dia memeluk lengan tengku iskandar...

"Apa yang awak fikir ni?" Soal Dia Khalilah Zulaikha lembut. Pantas Tengku Iskandar menggeleng. Tangannya sempat melihat handphone di tepi katil.

"THIA CALLING.."

Tengku Iskandar meletakkan silent mood. Tidak mahu di ganggu. Dia Khalilah Zulaikha yang perasan mood suaminya berubah, hanya kekal dengan wajah yang ceria.

Secebis Kasih Untuk Dia..Where stories live. Discover now