Comeback Kim Taehyung

100 15 7
                                    

'Selamat tinggal Kim Taehyung...

...My precious alien hyung....

....Selamat tinggal untuk selamanya..'

End Of Flashback

Jungkook POV

Aku tau ramai antara korang dah lupa yang sebenarnya semua ni flashback je. Sekarang kita back to the future. Tahun lepas aku dan Wendy akan buat satu majlis peringatan untuk mengingati kenangan kami bersama Taehyung. Begitu juga tahun ni. Semenjak Taehyung pergi. Hidup aku jadi kosong. Bila aku bangun pagi, takde lagi orang yang akan melompat kat atas badan aku. Bila aku mandi, takde lagi yang nak curi tuala aku. Bila aku makan, takde lagi yang akan ambik sayur sawi dari pinggan aku. Takde sesiapa lagi yang nak keluar ikut tingkap.  Takde sesiapa nak gelakkan aku bila aku tak dapat sambut surat khabar. Takde sesiapa nak pakai baju aku dah. Setiap hari aku bosan. Sangat bosan. Hidup aku sunyi. Macam dah tak berguna.

Kadang kadang aku teringat macam mana Taehyung habiskan masa waktu petang. Dia akan keluar dan cari pasal dengan anjing jiran. Kadang kadang selamat, kadang kadang balik dalam keadaan penuh luka. Kadang kadang tak balik terus. Kalau bukan kejar anjing dia akan buat khidmat tebang pokok kat belakang rumah  orang. Bukan khidmat pun. Saje tebang. Takde keje la tu. Pernah sekali dia cuba tebang pokok guna pisau kek. Hahahah. aku rindu saat tu.

Pada waktu aku skolah pulak, dia akn duduk kat rumah. Kadang kadang dia akan pujuk aku supaya tak pergi sekolah. "Taehyung. Jungkook kene pergi sekolah"

"Tapi hyung taknak duduk rumah sorang sorang"

"Apa yang hyung buat bila saya pergi sekolah?" Tanya aku macam tanya budak kecik.

"Tunggu awak balik la" Mata Taehyung berkaca . Dia ni terlajak tengok spangebob lah...

Tapi itulah, semuanya dah tinggal kenangan.  Dan kenangan itu semuanya aku rekodkan dalam diary supaya aku takkan lupa. Bosan bosan aku akan baca diary tu. Dan bila kawan aku gelakkan aku sebab mempunyai diary. Aku tak kisah. Ada jugak yang curi curi baca diary aku dan anggap aku gila sebab menceritakan tentang seorang Alien yang mendarat kat bumi dan tiba tiba jadi kawan. Kalau aku jadi dia pun aku akan cakap aku gila. Cuma Wendy yang memahami aku. Sejak Yoongi hyung curi diary tu dan sebarkannya pada surat khabar sekolah, diorang semua labelkan aku sebagai budak tak betul. Kemana saja aku pergi, diorang sibuk berbisik bisik pasal aku. apa masalahnya kalau seseorang tu mempunyai daya imaginasi yang kuat? Lagipun , Kim Tae Hyung memang wujud. Seorang Alien yang berumur beribu tahun yang datang dari planet Icy. Aku ada bukti tentang kewujudan dia. Buktinya adalah pinggan di rumah aku yang semakin berkurangan dan sabun strawberry yang sangat laku pada bulan tersebut.

Argh!! Bodohnya aku tak pernah terfikir untuk bergambar dengan dia. Yang aku tau, selfie sesorang, tak pun dengan Wendy atau J-hope. Cakap pasal J-hope aku lupa cakap yang kami berdua dah terpisah memandangkan keputusan peperiksaannya yang sangat cemerlang membuatkan dia dapat belajar di luar negara. Sekarang cuma tinggal aku sorang sorang. Gila..  Gila sebab tak dapat bersama dengan seorang Alien yang suka makan tisu tandas. Nasib baik tak pernah kutip dari tong sampah dalam tandas je. Kalau pernah, memang euww lah.

Hari ini 20 Disember 2016 , aku dan Wendy berada dihalaman belakang rumah untuk menyambut hari pemergian Taehyung kali ke dua. Wendy membeli Kek Strawberry memandangkan dia tau yang Taehyung sangat sukakan strawberry.  Majlis ini juga dipenuhi dengan Tisu tandas, kapas dan sayur sawi. Jangan lupa juga pad berjenama Kotex sumbangan Wendy. Lipstick Kylie juga memenuhi meja makan. Ni nak buat jamuan makan ke nak buat jualan Year And Sale?

Tapi dalam perjalanan aktiviti kami.. Suatu keajaiban berlaku..Apa aku nak cakap adalah...

KEBUMMM!!!

My Alien Hyung [Jungkook Story]Where stories live. Discover now