TUJUH

4K 314 3
                                    

                          MAY

Aku,Alysia dan Fiz jadi panik sekejap bila ternampak bayangan perempuan tu dalam cermin. Gaunnya berwarna hitam dan labuh sehingga ke kaki.

"Kau berani bawak kawan jumpa aku pulak ya Alysia?"soalnya.

Macam apa yang diceritakan oleh Alysia,wanita itu lesap dan cermin tu pecah.

"Dia masih lagi dalam bilik ni," kata Alysia dengan yakin.

"Nak panggil Firas dengan Nazri ke?"tanya Fiz.

"Aku pergi panggil diorang!" aku pun melangkah ke arah pintu.

"Jangan buka pintu tu!"jerit Alysia.Aku terbuka sedikit dan terus aku ditolak dengan kuat ke dinding.

Wanita itu berada di hadapan kita orang semua iaitu di pintu.

"Meh aku ajar kau,"kata wanita itu.

Tapi bila dia nak bunuh aku dengan serpihan cermin dalam tangan dia,Fiz dah kawal badan dia.

Aku tak boleh baca fikiran pompuan ni!Yelah nama pun hantu kan..

(May pergi panggil diorang cepat)

Itu suara dalam minda Fiz. Aku angguk dan terus keluar dari bilik tu dan mengetuk pintu dua lelaki bujang tu.

"Pahal?!"jerit Firas.

"Pompuan tu dah muncul!" kataku.
 
                           *****
                        FIRAS

May panggil aku dengan nada ketakutan.Aku dan Nazri pun keluar dari bilik tu dan berjalan ke bilik sebelah.

Kelihatan wanita itu dikawal pergerakannya oleh Fiz dan Alysia pulak duduk di atas katil.

"Cepatlah!"jerit Fiz.

Aku pun baca ayat suci daripada al-Quran tapi aku tak nak benda tu lesap.

Benda tu dah diamkan diri dan aku pun melangkah ke arahnya.

Aku pandang wajah dia tu.

"Apsal kau kacau Alysia ha?!" kataku.

"Itu bukan urusan kau!"kata wanita itu dengan marah. Aku dapat rasa air liur dia terpercik kat pipi aku.

"Kau jangan main-main dengan aku!Ikut hati aku,aku boleh je hapuskan kau tapi aku nak tau satu benda..apa sebenarnya jadi pada sehari sebelum Alysia dan keluarga dia pindah ke sini?" soalku bagaikan Detective Conan.

"Lepaskan aku la bodoh!"jerit wanita itu lagi.

"Kawal dia Fiz,"arahku.

Dia angguk.

"Kalau aku dapat terlepas,kaulah orang pertama yang aku akan bunuh,"kata wanita itu lagi.

"Aku dilahirkan dengan kuasa untuk hapuskan hantu,jadi kau tak payah nak cakap besar dengan aku,"kata aku dengan berlagaknya.

"Aku tak terlepas lagi kau boleh cakaplah,"kata wanita itu sambil memandang aku dengan matanya yang menyeramkan tu.

"Alysia aku rasa baik kau pergi kat mak dan adik-adik kau," arahku.Dia pun bangun dari katil dan turun ke tingkat bawah.

Aku pandang May.Dia angguk tanda faham dan terus ikut Alysia.Tinggal aku,Nazri dan Fiz dalam bilik tu cuba mencari jawapan daripada mulut hantu durjana ni.

"Baik kau cepat Firas..dia cuba nak lepaskan diri,"kata Fiz dengan raut wajah cuba menahan perempuan itu sekuat mungkin dengan mindanya.

"Baik kau jawab soalan aku!" kata aku dengan nada marah.

Wanita itu senyap seketika.

"Jawablah cepat!"jeritku.

Tiba-tiba serpihan cermin tu bergerak perlahan ke arahku. Aku pandang sekeliling aku. Penuh dengan kaca yang bersepah atas lantai.

Wanita ni bukan calang-calang hantunya..

"Kau nak jawapan?"dia soal aku. Ni satu permainan psikologi.

"Apa maksud kau?!"soal aku balik.Aku cuba lepaskan diri dari permainan dia.

"Lepaskan aku dulu dan aku akan beritahu,"kata wanita itu. Aku rasa tak sedap hati.Dia ada muslihat.

"Aku tak tahan dah Firas!"kata Fiz.

"Tunggu sekejap!"jeritku.

"Lepaskan aku,"katanya perlahan.

Aku tak tahu nak buat keputusan.Aku boleh jadi gila kalau berterusan.

"Pernah dengar kisah Anak Ayam?"

Siapa tu?!

Fikiran aku jadi pening.

Lagu Anaklah Ayam yang jadi persoalan kita orang muncul dalam fikiran aku tiba-tiba.

"Firas!!!!"jerit Fiz.Dia pun jatuh dan pengsan atas katil.

Wanita tadi terus menerkam aku macam binatang buas.

"Nazri!"kataku.

Nazri yang berada di hadapan pintu terus ambil serpihan kaca dan tikam belakang hantu tu.

Tapi tak berjaya.

"Alamak!"jeritnya ketakutan.

Wanita tu memandangnya.

Aku pun baca ayat Kursi.

"Kembali la kau ke tempat yang patut kau berada atas nama Tuhan!"jeritku.Tu bukan mantera ya?

Wanita tu terus lesap.

Satu benda yang aku pelik cermin tu tak kembali jadi macam apa yang Alysia ceritakan.

"Angkat Fiz cepat!"kata Nazri.

"Okey!"kataku.

"Firas!Nazri!Fiz!"jerit May dari tingkat bawah.

Nazri pun pergi jenguk dan berdiri di atas anak tangga.

"Ya Tuhanku!Firas!"katanya. Aku pun keluar sekejap dan biarkan badab Fiz di atas katil untuk seketika waktu.

"Apahal?"soal aku.

"Tengok tu. Alysia,"katanya.

Aku pun pandang wajah Alysia.

Matanya jadi sepenuhnya hitam macam gaun wanita tu.

Wajahnya pucat gila.

Darah mula keluar dari matanya.

"Ya Tuhanku!"jeritku.

"Alysia.."kata ibunya.

Aku kata "kembalilah ke tempat yang kau patut berada" pada wanita tadi.

Mungkin tempat tu ialah...

Badan Alysia?!!

                 

MATINơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ