LAPAN

3.9K 303 1
                                    

"Apa dah jadi ni?"tanya Nazri.

"Ya Tuhanku!"ucapku.

"Alysia kamu okey tak ni?!"jerit ibunya.

Matanya terus mengalirkan air mata darah.

May cuba membaca fikirannya.

"Alysia?"tanya aku.

Dia senyap.

"Syakilla?"tanya May.

"Ya?"jawab Alysia.

Ini dah jadi semakin parah. Badan Alysia dah dikawal sepenuhnya oleh perempuan bergaun hitam labuh yang bernama Syakilla.

Aku nak tahu sangat apa yang May dapat baca.

                         *****
                         MAY

Aku pandang wajah Alysia yang matanya dah sepenuhnya hitam dan mengalirnya air mata darah sehingga tertumpah ke lantai rumahnya.

Fikirannya kosong.

Tapi aku dapat dengar sesuatu.

"Syakilla...syakilla."

Amende tu?Aku tak tahu apa bendanya tu tapi aku syak ada kena-mengena dengan wanita bergaun hitam labuh tu.

"Syakilla?"soalku.

"Ya?"dia jawab.

Fikirannya sekarang penuh dengan maklumat identiti dia.

Umurnya 34.Dia dan anaknya pakai gaun berwarna hitam labuh dan merancang nak pergi ke satu parti hari jadi kawannya yang bertemakan 'Halloween'.

Ni yang aku dapat baca :

("Mak cantik tak baju Balqis?" suara budak perempuan yang aku rasa berumur 5 tahun kedengaran.

"Cantik sangat Balqis.Ada tak hadiah yang mak balutkan semalam?"soal Syakilla.

"Ada.Pandai mak bungkus."

"Hadiah yang Balqis pilih pun mesti boleh ceriakan kawan Balqis tu,"kata Syakilla.

Balqis pegang kotak hadiah yang dah dibalut.

"Mak jomlah cepat.Balqis tak sabar nak hadiahkan benda ni," kata Balqis dengan teruja.

"Ya,ya.Sekejap ya?"tanya Syakilla.

Dia sempat pakai tanduk berwarna hitam pada tudungnya. Pakaiannya tu dah menepati tema 'Halloween' tu.

Tiba-tiba pintu locengnya berbunyi.Pintu tu sebiji macam pintu rumah Alysia ni.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam,"jawab Syakilla lalu membuka pintu.

Kelihatan seorang lelaki berbadan gempal dan berkepala botak di hadapan pintu rumahnya.

"Eh tuan rumah?"

"Aku ada berita buruk nak beritahu kau,"kata lelaki itu.

"Tapi saya dengan Balqis kena gerak sekarang.Birthday party kawan dia dah nak start,"ujar Syakilla.

"Esok kau kena kosongkan barang kau dalam rumah ni dan cari rumah lain,"kata tuan rumah itu.

Syakilla tergamam.

"Hai Uncle Bob!"sapa Balqis.

"Hai Balqis,"sahut lelaki botak itu mesra.

"Ibu kenapa nangis?"tanya Balqis.

MATIWhere stories live. Discover now