ASSASSIN SQUAD

1.8K 118 3
                                    

Luqman P.O.V

Aku memeriksa keadaan sekeliling biliknya. Memastikan barang yang di dalam beg mencukupi.

"Ok...semua dah siap...cik Raffie cakap...tak lama 2 atau 3 hari je latihan...tak perlulah aku bawak barang banyak-banyak..." omel aku tersenyum melihat beg yang sudah dipacking.

"Sekarang mana glove aku..?" Aku melihat sekeliling, dan terlihat sarung tangannya di atas meja. Terus aku menuju ke sana, kemudian tersentak sedikit apabila terlihat ada kotak terbuka berisi loket di sebelah sarung tangan.

Aku memerhati dengan teliti loket itu.

"Macam pernah nampak kat mananye." Aku memeras otak aku untuk ingat semula.

"Arhhh!! Macam mana aku boleh lupa.." aku menampar dahi baru teringat loket ini aku beli di kota gadget,asalnya aku nak berikan kepada Aila.

"Abang cik Raffie suruh cepat.." adik aku Intan tiba-tiba menyelinap masuk ke dalam bilik aku.

"Huh...ok...jap macam mana kau masuk...?" Ujar aku mencekak pingga sambil memegang loket.

"Pintu tak kunci...ehh..cantiknya..." balas Intan lalu mengalihkan pandangan ke arah loket yang pegang.

Aku segera menyimpan loket itu ke dalam kotak semula lalu meletakkannya di dalam laci dan menguncinya.

"Untuk siapa bang..?"

"Untuk sesiapa sahaja..." selamba aku tersenyum.

"Hm..."

"Dah cik Raffie tunggu abang tu... later.." aku menepuk lembut kepala adik aku dan keluar dari bilik.

==============================

Siddiq, Aqirah dan Nazryn keluar dari pintu istana menemani Luqman yang membawa beg sandang yang kecil.

"Betul ke saya tak perlu ikut..?" Soal Nazryn melihat Luqman.

"Untuk keempat kali tak..!" Luqman bengang dan melihat di luar istana Raffie menunggu Luqman sambil mencekak pinggangnya.

"Mana kak Aila putera...?" Aqirah menjengah melihat Luqman.

"Aila..? Um...aku tak nampak dia dari pagi..." balas Luqman memikirkan tentang Aila.

"Luqman..." suara lembut Aila kedengaran dari luar istana.

Luqman tersentak dan melihat Aila yang duduk di bangku laman menunggu Luqman, Raffie mengeluh.

"Makin lambat la..."Raffie memalingkan badannya dan berjalan ke arah pintu gerbang istana. Dia terlihat bayang-bayang dua orang jejaka.

"Apa awak buat kat sini Aila..?" Soal Luqman setelah menghampiri Aila.

"S-saya...saya...." Aila tundukkan kepalanya dan nada suaranya kedengaran malu.

"Saya..?" Luqman kehairanan.

"Boleh tak kalau...saya nak ikut awa-" tiba-tiba tangan Luqman di atas kepala Aila.

"Maaf..." Luqman tersenyum sahaja dan menuju ke arah Raffie yang sudah di luar kawasan istana.

"Luqman..."

Aku janji akan jadi lebih kuat...

Luqman melihat Raffie sedang berbual dengan 2 orang jejaka di luar istana. Aqirah tiba-tiba berlari melepasi Luqman.

"Aqirah...siapa tu..." soal kepada Aqirah yang sedang berlari.

Tale Of Young Prince (Chronicles Kaiser Trilogy)>>[ completel ]Where stories live. Discover now