2

584 16 0
                                    

Lama aku merana. Namun kata orang rasa cinta itu datang dan pergi. Setahun kemudian aku mula selesa dengan hidupku tanpa kehadirannya sekalipun ada kalanya aku terbangun pada malam hari dengan pipi yang basah oleh air mata kerana merinduinya.

How did I get here with you?
I'll never know
I never meant to let it go so personal
And after all I tried to do,
Stay away from loving you
I'm broken hearted that I can't let you know
And I won't let it show,
You won't see me cry...

Lagu Cry nyanyian Rihanna berkumandang di stereo yang baru ku pasang itu. Aku yang masih berbalut dengan selimut tersenyum sendiri dengan rasa sepi teramat sangat. Terbit keluhan daripada bibirku sambil merenung kosong ke luar jendela. Sejak berpisah dengan Amirul enam tahun yang lalu, aku menutup rapat hatiku untuk mana-mana lelaki. Aku sebenarnya belum bersedia lagi untuk dilukakan sekali lagi.

Aku menguatkan lagi volume sambil menyambar tuala mandi lalu merangka-rangka dalam otak apa aktiviti yang akan dilakukan hari ini untuk menghilangkan rasa yang membuku dalam hati ini.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now