#4 - Demam

4.8K 434 55
                                    

Bila demam, perkara wajib berlaku pada aku, kau dan mereka adalah selsema, muntah, batuk dan headaches. Penyakit ni memang wajib lah kalau demam. Boleh dipanggil sebagai, WAJIB DEMAM (Dalam PI ada wajib haji-kan? Aku tukar sikit). Yang paling teruk mana? Mestilah headaches.

Setiap kali aku demam, aku akan mengalami sakit kepala yang sangat teruk. Sakit tu biasa takpe tapi setiap kali aku kepala, aku akan mula baca semua fikiran manusia secara serentak dan akan muncul satu suara jahat di kepala aku.

.__________.


[Tidur lagi anak aku ni rupanya.]

Ah, mak! Perlahan-lahan aku buka mata, hanya bayang tubuh mak kelihatan kerana aku sedang berselubung dalam selimut. Badan sudah menggigil-gigil. Suhu sejuk menggigit hingga ke tulang. Satu suara pun tidak terkeluar dari bibir aku tatkala ini. Sakit sebab sejuk? Atau sebab lain?

"Afik, bangun. Pukul enam setengah dahni. Nanti tinggal subuh." [Em, baru pukul enam sebenarnya.]

Aku nak bangun tapi badan aku sendiri kaku tidak boleh bergerak. Cengkaman sejuk tu terlalu kuat hingga air mata mengalir saat ini. Belum campur dengan suara-suara yang aku dengar saat ini. Semuanya bercampur-campur. Sakit. Sangat sakit!

(Afik, kau jangan berkata-kata.)

Ah suara itu lagi!

"Afik?" panggil emak. [Sakit ke anak tunggal aku ni?] Dia mendekati aku, kemudian menarik selimut aku. Entah kenapa, tiba-tiba aku rasa sedikit bebas dari cengkaman kesejukan tadi. Oh, rupanya mak tutup aircond sebab nak paksa aku bangun. Ah, masih badan tetap berat. Sakit. Telapak tangannya ditekap pada dahi aku. "Ya Allah, demam ni! Jap, mak panggil ayah!" teriak mak serta kemudian terus berlari ke bawah.

Suara-suara fikiran mula menguasai aku kembali. [Ya Allah, anak aku!] [Esok kena bayar hutang, ah lari dulu lah] [Harini nak jog dekat tt,-lah. Mesti jumpa mamat semalam macam dalam tv tu. Ihihih jodoh!] [Macammana aku nak bagitahu isteri aku tentang ni?] [Kalau boleh, aku taknak kahwin. Habis harta aku kumpul.]

"Afik! Bukak mata! Jangan tutup!" teriak ayah sambil menolak kerusi roda. Entah mana ayah dapat kerusi roda tu. Pelik, bukan? Kemudian aku dikejarkan ke hospital. Kenapa hospital? Katanya, lebih baik daripada klinik. Kalau ada yang teruk, tak perlu nak terkejar ke hospital.

"Demam panas melampau sangat anak mak ni." kata mak , berdiri di sebelah aku yang terbaring di atas katil wad. [Haih, macammana penyakit ni boleh melekat dekat anak aku? Ya Allah, dulu abang dia.] Mak tersenyum memandang aku, dahi aku diusap-usap olehnya.

Abang? Itu ke sebab sebenar aku dikejarkan ke hospital? Aku ada penyakit lain? Dan.. aku ada abang?

Aku cuba buka mulut, "Em..ma..mak."

"Haaaa ya afik. What do you want?" cemas mak merapatkan tubuhnya dengan aku.

"Af..afik sakit apa?"

"Just fever, dear." jawab mak lalu tersenyum lagi. [Ya Allah, kuatkan anak aku.]

Dan mak tak pernah jawab soalan tu sampai sekarang. Mungkin ada perkara yang aku tak patut tahu dan aku perlu belajar menghargai apa yang ada. Bukan? Tapi seriously, aku ada abang? Just where the hell is he now? Takkan tak kisah langsung dengan keluarga dia? Plus, tak kesian dekat aku yang hampir dua dekad tak ada langsung adik-beradik? Ah, mudah benar fikiran negatif menjengah fikiran. Dan disebabkan 'demam', aku ditahan di wad selama seminggu. Ini lagi satu, the-heck?

Pada hari kedua, Cicak dan rakan-rakan kelas datang melawat aku. Bagus jugak diorang datang. Muka aku dah macam ayam dekat sini sorang-sorang. Kalau ada teman pun, doktor yang kadang-kadang datang meninjau dan akak-akak nurse atau nurse praktikal datang bagi ubat.

"Aok sihat?" sapa Cicak. Yang mana soalannya macam...

"Sihat Cak, Alhamdulillah. Kejap lagi aku ada pertandingan larian satu hospital. Kau nak join?"

"Erk." Cicak tersengih. Belakang kepala digosok-gosok. [Ha'ah kan?] Cegen-lah tu?

"Lagu mana hang boleh demam?" tanya Afrina. [Em kesiannya..] Ini lagi seorang.

"Hujan lah, bengap." balas Cicak bagi pihak aku.

"Aku demam tak masuk hospital pun. Hahahaha kau mesti kurang air kan? Kurang vitamin?" celah Mat Jan. Hazim di belakang mereka hanya memerhati aku dengan pandangan menyampah. Menyampah tak payah datang, sampah!

"Apsal dengan kau, Ajim?" soalan Mat Jan aku endah kemudian aku pandang Hazim.

[Jangan fikir, Ajim. Nanti dia tahu.]

"Kau takut aku tahu apa?" tanya aku. Ah, terlalu peribadi pula hal ini. Aku tahu tentang sixthsence Hazim. Dia boleh lihat masa hadapan tetapi masa hadapan itu mengikut pada apa yang seseorang itu lakukan pada masa sekarang. Aku takut sekiranya..

[Aku sedang berlari, memanjat satu-persatu tangga. Ah, tingkat dua? Sikit lagi! Krakkk! Pintu terus aku tolak sekuatnya. Jantung berdegup laju seiring dengan ketakutan dan kepenatan. Aku lihat Afik di penjuru sudut. Dia sedang melutut sambil menutup kepalanya. Aku tak nampak apa yang membuatkan dia takut. Dia ada kuasa lain? Dia boleh...] Hazim tersedar. Air liur ditelan beberapa kali, tersedar semua rakan sedang memerhatikannya. Setakat ini, yang tahu dia ada kuasa hanya Cicak, Adam dan aku.

"Kau kenapa?" tanya Adam. Adam memandang Hazim, menikam tepat matanya. Beberapa saat kemudian, dia mengurut dada. Aku tahu apa yang dia rasa.

Aku belum bagitahu tentang sixsence rakan-rakan aku? Lain bab-lah ya?

"Awat hang ni?" soal Afrina, memecah suasana yang tiba-tiba hambar. 

Hazim hanya menjawab dengan gelengan kepala.

Ah sudah.

"Kan aku dah kata, kalau taknak tak payah ikut." kata Adam.

"Ak-aku nak pergi toilet kejap." Dalam beberapa minit, tubuhnya hilang dari pandangan kami. Ah, kenapa pula? Satu persatu mula terjadi. Mungkin aku harus mula mengumpulkan cerita harian aku (bukan harian Baim,ya?) Aku harus kumpul dan aku harus tahu kenapa aku dikurniakan kuasa seperti ini? Mungkin aku perlu gunakan kuasa ini untuk membantu orang lain? Ah, malas tapi..

Budak Sixth Sense [Completed]Where stories live. Discover now