Bab 1 - Part 1

359 17 4
                                    

Selesai membeli plaster dan satu tiub kecil Dettol antiseptic cream, Ahnaf kembali berlari ke tempat tadi. Bahunya jatuh apabila dia melihat sudah tiada sesiapa pun di situ. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan, tidak mahu menerima kenyataan bahawa si mata cantik yang dia langgar tadi sudah pun pergi.

Sungguh, memang tak ada sesiapa pun kat situ. Dia ketawa kecil bagi menutup perasaan malunya. Plastik di tangan direnungnya lama.

Tak ada rezeki nampaknya, hmm?

Dia melangkah perlahan ke arah kereta. Fizikalnya ada di situ tetapi mindanya dah menerawang ke arah lain. Siapa nama dia? Belajar jurusan apa? Kenapa mata dia cantik sangat? Dan pelbagai soalan lain yang memenuhi mindanya.

Ahnaf mengeluh. Sungguh dia tak pernah berperasaan kecewa begini. Ini pertama kali dia rasa kecewa, rasa macam dia hilang sesuatu yang sangat penting dalam hidupnya. Damn kau, Ahnaf! Kau sepatutnya tanya nama dia! Paling tidak pun masa kutip buku-buku dia, kau jelinglah tajuk buku tu, balik nanti boleh Google! Dia sekali lagi mengutuk kebodohannya. Eh dia ada jeling fail yang dibawa si mata cantik itu tetapi sekarang ni dia dah lupa apa yang dia nampak di atas fail tersebut. Kenapalah dia bukan macam Isyraf yang nampak atau dengar sekali je terus ingat?

Masuk ke dalam kereta, dia hidupkan enjin dan memandu ke Male Sports Complex. Dia dah berjanji mahu bertemu dengan Thaqif petang itu. Dia nak ajak Thaqif keluar tapi Thaqif sedang sibuk dengan MASUM, jadi Thaqif ada training setiap petang daripada pukul 5 petang hingga 7 petang. Nak tak nak terpaksalah mereka berjumpa di UIA sahaja.

Sampai di Male Sports Complex, Ahnaf parkir keretanya di tepi jalan. Dia matikan enjin dan keluar dari kereta. Dia berjalan menuju ke pintu Male Sports Complex sementara matanya menyeluruh kawasan di situ. Hmm lama juga dia tak ke sini!

Dari jauh dia nampak Thaqif sedang berlatih di gelanggang tenis. Kecil-besar-kecil-besar mata Ahnaf melihat Thaqif di atas gelanggang. Thaqif ni kecoh tau. Kata hari ni boleh habis latihan awal, itu yang Ahnaf gelabah-gelabah la datang sini sebab dia dah tahu dia lambat. Sekali Thaqif 'ayun' ni masih lagi sibuk berlatih!

Ahnaf duduk di bench yang disediakan di tepi gelanggang, kaki kirinya disilangkan ke atas kaki kanan. Thaqif yang sedar akan kehadiran Ahnaf hanya tersengih. Ahnaf tayang penumbuknya pada Thaqif yang kemudian Thaqif balas dengan menemukan kedua tapak tangannya tanda maaf.

"Lima minit!" Thaqif melaung.

Ahnaf angkat ibu jari kiri tanda okey.

Lima minit berlalu, Thaqif dengan muka dan badan yang berpeluh berjalan ke arah Ahnaf. Thaqif ambil kain tuala kecil yang tersadai di atas beg sukannya. Dia mengelap peluh di mukanya, lehernya dan juga badannya.

"Lama dah ke kau sampai?" Thaqif bertanya sambil masih lagi mengelap belakangnya dengan kain tuala kecil.

Ahnaf geleng kepala. "Tak adalah lama sangat. Aku ingat kau dah habis game. Choi penipu betul!"

Thaqif ketawa besar. "Aku tengok kau tak sampai lagi, aku pun sambunglah main. Mana tahu tengah aku main, kau sampai pulak."

Ahnaf tumbuk perlahan perut Thaqif. Thaqif ketawa lagi, tahu Ahnaf marah dengannya. Botol air 100 Plus di sebelah Ahnaf dia capai. Penutup dibuka, dia terus menogok air isotonic tersebut.

"Hoi kot iya pun dahaga, duduklah dulu."

Thaqif duduk di sebelah Ahnaf. Botol 100 Plus yang dah kosong dia campak ke dalam beg sukannya.

"Kau kenapa, bro?" Thaqif bertanya.

"Kenapa apa?" Ahnaf bertanya tak faham. Tiba-tiba sahaja Thaqif tanya dia kenapa. Pelik betul!

Thaqif menggoyangkan tangan kanannya ke atas ke bawah di depan mukanya. "Muka kau, macam ada masalah." Thaqif capai pula botol air mineral dari dalam beg sukannya. Penutup botol itu dia buka dan terus digogoknya air mineral tersebut.

"Aku accident tadi."

Hampir tersembur air yang belum habis menuruni rengkung Thaqif. Accident? Sihat walafiat je aku tengok mat ni.

"Bukanlah accident as in accident tuh. I bumped into someone."

"O....key. Then?"

"Orang tu perempuan."

"O....key. Then?"

Ahnaf menelan liur yang terasa kelat. "Dia macam Aina. Mata dia macam Aina."

Thaqif lipat maut berpaling ke arah temannya itu. Dia cuba membaca riak muka Ahnaf tetapi gagal. Ahnaf sebut tentang Aina. Sepatutnya Ahnaf bersedih apabila menyebut nama Aina tetapi riak muka Ahnaf terlalu tenang sampai terlalu sukar untuk Thaqif menelah.

"Aku tak tahu siapa dia." Ahnaf masih lagi dengan riak wajah tenang yang tak dapat Thaqif tafsirkan.

"Kau tak tanya nama dia?"

"Tak sempat."

Thaqif ketawa kecil. Kawan baiknya itu disiku. "Kiranya belum cukup hebat lagi la gelaran playboy of the century tu."

"Choi, kalau aku belajar sini, boleh la kau gelakkan aku! Ini ajak aku datang sini semata-mata nak tengok kau main tenis buat apa!"

Thaqif melambung-lambung botol air mineral di tangannya. "Ala kawan baik kau sendiri ajak sekali-sekala lepak sini, apa salahnya. Kau pun balik Malaysia ni setahun tak sekali. Nak harapkan lagi tiga orang tu? Hmm kalau tak ada aku, tak ada la reunion ni, tahu?"

Ahnaf mencebik. "Mulalah tu nak mendabik dada." Dia balik ni pun bersebab. Kalau difikirkan, rasa malas pulak nak balik. Cuti-cuti macam ni, seronok kalau pergi berjalan-jalan. Tapi entah kenapa hatinya berat menyuruh dia untuk pulang (sementara) ke Malaysia. Tidak dia sangka, kepulangannya memberi perkhabaran sedih buatnya. Aina kembarnya telah pergi buat selamanya, tanpa sempat dia temui buat kali terakhir. Aina yang pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya. Dan kini sebahagian daripada hidupnya itu dah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Aina dah bertapak-tapak jauh di hadapannya. Aina tak mungkin dapat digapai dek tangannya lagi. Damailah di sana, Aina!

Ahnaf pandang Thaqif. "Aku tak pernah nampak dia." Tapi aku rasa aku dah suka anak mata hitam pekat milik dia. Hati Ahnaf menyambung.

"Itu yang kau runsing ni?" Tak pernah lagi Thaqif tengok kawan baik dia ni tak bersemangat macam hari ni.

"Ada berapa banyak pelajar perempuan ada anak mata hitam pekat dalam universiti ni?" Soalan dibalas soalan.

Thaqif pandang tepat ke muka Ahnaf. What the....?

"Naf, kau kenapa?" Kening Thaqif ternaik tinggi. Okey, ini merupakan benda yang pelik. Sebab kawan baiknya ini bukan jenis yang cari perempuan, tapi perempuan yang datang padanya. He got the title playboy-of-the-century for reasons dan itu salah satu daripada sebabnya.

Tapi hari ini, di masa ini, sekarang ini, he's asking 'bout an unknown girl?

Ahnaf senyap tak membalas.

"Naf, kalau kau nak cari dia semata-mata sebab dia macam Aina, baik lupakan je niat kau tu. You won't find another Aina anywhere, dude!"

"Qif."

"Hmm?"

"Tolong aku?"

"Apa?"

"Carikan aku siapa budak perempuan tu."

"Kau gila??"

Ahnaf meraup rambut-serabut-macam-tak-bersikat miliknya.

"Haa aku rasa aku dah gila." Ya, Ahnaf dah gila dengan si mata cantik itu. Hitomi. Si mata cantik. Ahnaf merasakan dia seakan sudah disumpah oleh Hitomi itu. Entahlah, sebenarnya Ahnaf pun tak pasti kenapa dia seakan taksub dengan Hitomi itu.

Kismet; of the past and the futureWhere stories live. Discover now