Bab 2 - Part 1

234 18 8
                                    

Bunyi pintu bilik dihempas kuat menyebabkan lagi tiga orang manusia yang sedang khusyuk menatap skrin komputer riba masing-masing terus bangun dan berlari ke pintu bilik. Pandangan pertama yang mereka nampak: Ijah dan muka bengisnya. Aiyeee seramlah pula!

"Ijah, kenapa ni?" Dania bertanya setelah penat bermain tolak-tolak dengan Diha dan Hana tentang siapa yang nak buka mulut dulu tanya Ijah apa yang terjadi. Yalah tengok muka bengis Ijah tu, siapa yang berani tegur Ijah kan?

"Ini semua salah kau, Dona." Keras sahaja bunyi nada suara Ijah.

Kening Dania terangkat sebelah. "Eh?"

"Kau paksa aku join team tenis!"

Dania dah ketawa. "Dah kau memang hebat main tenis. Takkan tu pun nak marah kot?"

Ijah merebahkan badannya di depan pintu yang dah tertutup. "Oleh kerana kau induce aku supaya join team tenis tu, aku terpaksa menghadap mentor aku yang kerek gila tuh! Uhuh!" Penumbuknya dijulang tinggi ke atas bagi menunjukkan betapa dia geram dengan mentornya itu.

Dania terus merebahkan badannya di sebelah Ijah di atas lantai ruang tamu bilik mereka sebaik sahaja mendengar perkataan mentor aku yang kerek tu. Diha dan Hana berlari dan terus mencangkung di sebelah Ijah.

"Mentor aku yang kerek gila? Apasal dengan mentor kau?" Dania bertanya dengan dahi berkerut. Jarang Ijah marah-marah macam ni. Ijah ni selalunya tenang sahaja. Walaupun banyak membebel, tetapi Ijah bukan jenis yang cepat naik darah.

Ijah jongket bahu. "Entah. Kau tanyalah dia."

"Siapa mentor kau?" Diha pula bertanya.

"Monyet."

Eh?

"Laa betul-betul la. Siapa nama mentor kau tu?" Hana mengulang soalan yang sama.

"Monyet tak menepati masa."

Diha dan Hana dah bantai gelak. Dania pula menggeleng kepala. Ijah masih tak habis lagi dengan muka ketat.

"Okey apa yang mentor kat buat pada kau, Ijah?" Diha bertanya, mahu tahu punca kemarahan Ijah yang agak luar biasa tahapnya.

"Pertama, dia datang lambat. Aku pantang betul orang yang tak menepati masa ni. Kalau dia bukan budak sini, aku faham. Tapi dia budak sini and to be specific, budak Mustangs Tennis Team kot! Lagilah kena menepati masa!"

IIUM Mustangs Varsity Team merupakan satu kontinjen atlet-atlet UIAM yang mewakili UIAM dalam pelbagai jenis perlawanan. Ada sukan tenis, memanah, boling, hoki, futsal, ragbi dan pelbagai sukan lain. They are pros among the pros.

"Lagi?" Diha bertanya lagi apabila dilihatnya Ijah bertukar senyap.

"Kedua, dia panggil aku Eliza. Tak pernah dalam hidup aku orang panggil aku Eliza weh. Lepas tu bila aku cakap nama aku Iza, dia persoalkan kenapa dia tak boleh panggil aku Eliza. Nama aku kan suka hati akulah aku nak orang panggil aku apa! Dia siap panggil Eliza tu panjang-panjang lagi. Elizaaaaaaa. Urghhh bengangnya aku! HE. IS. IMPOSSIBLE."

"Relakslah, Ijah. Janganlah marah-marah, nanti tak awet muda." Dania pula cuba menyejukkan hati Ijah yang kalau tak disejukkan, ada pulak yang naik hantu karang sebab bengang sangat.

Ijah tak membalas sebaliknya dia bangun dari baringan. Jari telunjuknya tepat ke muka Dania. "Apasal kau ada kat sini? Kau bukan sepatutnya ada kat CAC ke untuk teater?"

Dania menepis jari telunjuk Ijah. "Aku dengan Hana dah balik satu jam yang lalu."

"Eh awal kau orang balik?" Dahi Ijah berkerut. Selalunya kalau dah pergi CAC tu, malam karang barulah dia nampak muka Dania, Hana, Banie dan Mimi.

"Hari ni latihan macam biasa je. Lagipun Director tengok kita orang semua muka lemau je, so dia pun bagilah balik awal. Tapi esok ada training sampai malam. Matilah."

"Ohh. Okeylah weh, aku nak mandi ni. Nak menyejukkan hati dan perasaan, selain badan aku of course, daripada teringat mentor kerek tu." Ijah bangun dan masuk ke dalam compartment-nya.

Dania, Diha dan Hana berpandangan sesama sendiri sebelum masing-masing berusaha menahan tawa daripada terburai.

******

"Weh Qif, apahal dahi kau lebam tu?" Isyraf bertanya dengan muka risau elok sahaja Thaqif duduk di hadapannya. Dia sengaja mengajak Thaqif serta lagi tiga orang umat manusia tu (Ahnaf, Adam dan Faris) makan di kafe berdekatan CAC. Dia baru sahaja habis latihan bersama budak-budak band dia di CAC tadi. Dia bukanlah pelajar di UIA ini. Dia ke sini pun atas jemputan Ayem, bandmate-nya ketika di Kolej Maharani dulu. Ayem beritahu mereka kekurangan gitaris, jadi Ayem minta dia cover. Dia pun perlukan sebab untuk pulang ke Malaysia, jadi dia setuju sahajalah pada jemputan Ayem itu.

Thaqif buat muka bengang. "Kena hentam dengan mentee aku la."

Isyraf dah ketawa. Pertama kali tengok Thaqif miserable macam ni.

"Apahal dia hentam kau?"

Thaqif beraura don't mess. Dan ini pertama kali Isyraf tengok ada orang sanggup cari pasal dengan Thaqif.

"Sebab aku panggil nama dia?"

Heh?

"Panggil nama pun nak marah?"

"Entah, tak faham aku minah tu."

"Perempuan? Mentee kau perempuan?"

Thaqif dah duduk di atas kerusi. Penatnya Tuhan saja yang tahu. Dia sudahlah hari-hari ada latihan tenis untuk MASUM yang akan datang ni, kemudian tiga hari daripada tujuh hari latihan dia tu hendaklah dikorbankan untuk mentee dia yang baru itu. Malang tak berbau, mentee itu pun bakal bertanding di MASUM juga sepertinya. Mana nak berlatih tenis, nak jadi mentor lagi, itu belum assignment yang bertimbun macam Gunung Everest.

"Haa la. Which part of minah yang kau tak faham?"

Isyraf gigit bibir. Sikit je lagi Thaqif ni nak dipukulnya dengan gitar yang Isyraf sedang pangku!

"Aku ingatkan mentee kau lelaki?"

"Aku pun ingat macam tu. Silap aku juga sebab tak tanya sir. Yalah, manalah aku tahu my mentee is a perempuan."

"This is sooo awesome! Tengku Thaqif Azfar kena hentam dengan mentee. And it turns out yang mentee tu perempuan! Should I announce that?" Isyraf dah muka keji.

"Jangan sampai aku bunuh kau." Thaqif mengugut sebelum acah-acah mahu merampas gitar Isyraf.

Isyraf ketawa sambil tangannya sibuk menjauhkan gitarnya daripada Thaqif. Tamat riwayat gitar ni silap haribulan!

"Yang lain mana? Takkan tak siap mekap lagi?"

Isyraf jongket bahu tanda tak tahu. "Entah. Lama aku tunggu, alih-alih muka kau yang aku nampak dulu."

"Haa awal kau habis hari ni?"

"Awal la, dol. Nak mati daripada pagi bertapa kat situ. Aku yang bukan budak sini pun habiskan masa kat CAC tu lagi banyak daripada kau, aku rasa."

Thaqif buat muka malas nak layan. "Weh, obvious sangat ke lebam kat dahi aku ni?"

Isyraf perhati lebam di dahi Thaqif kemudian dia mengangguk. "Mentee kau hentam dengan apa weh?"

"Bola tenis la, apa lagi."

Bahu Isyraf dah terhinggut ketawa. "Nasib baik bola tenis. Kalau dia hentam dengan raket tenis, arwah dah kau ni aku rasa."

"Mulut tak mengagak weh!"

Tawa besar terlepas dari mulut Isyraf. Thaqif malas dah nak layan terus buat-buat pandang ke tempat lain. Ish buat sakit hati aku ajelah si Isyraf ni!

Kismet; of the past and the futureWhere stories live. Discover now