૪ maza

878 17 3
                                    

karina pov

Yang paling aku ingat petang tu cuma langit yang kemerahan dan berkilauan serta kekuningan, seolah-olah langit tu menyala untuk menyertai perayaan keluarga aku. Cahaya matahari berkilau dari salji yang dah dua hari kat tepi jalan, seolah-olah seseorang telah tanam sesuatu di dalam.

Aku rasa aku ingat semua benda pada hari tu. Aku berjalan untuk pulang. sepanjang perjalanan di tepi jalan yang lengang. oh masa tu hujung minggu, orang tak kerja. biasanya hujung minggu aku akan pergi ke Dobi Clean Bee. Bau cucian kering dan pewangi masih melekat pada pakaian dan kulit aku. Aku dapat rasakan darah mengalir kerana berdebar ketika aku berlari dan merasakan bahawa, kalau aku mengangkat tangan tinggi, aku mungkin boleh terbang, melintasi tempat yang ramai orang di perkampungan lama dan meluncur dengan amannya ke langit yang warna warni tu. mimpi.

Aku jenis yang sensitif dengan warna dan cahaya. Cahaya silver moonlight mempunyai kekuatan khas keatas aku. Dan cahaya matahari memenuhi diriku dengan kehidupan. Kadang kadang aku dapat merasakan elektrik mengalir kat badan aku.

Hari ini adalah hari paling bahagia bagi keluarga Yu.

Aku selalu fikirkan tentang datuk dan nenek aku, pasangan yang sempurna walaupun nama mereka nak dekat sama. Mereka datang sini dari Gyeonggi-do pada usia dua puluhan dan bekerja keras sepanjang hidup mereka untuk memulakan kehidupan baru dan membesarkan keluarga kami di sini.

  Tetapi sayangnya mereka dah tak ada untuk melihat suasana pada harini. ayah aku, Yu Jinmin anak paling tua, saat paling membanggakan. dari anak lelaki yang biasa biasa terus dia akan memiliki kandang tunggangannya sendiri. Tapi kami semua tidak boleh bangga sangatpun.

Parents aku dah pening selama berminggu-minggu. Aku melihat mereka tergelak dan mengangguk satu sama lain, senyuman lebar di wajah mereka yang biasanya suram.

"Apa yang korang berdua gelak sangat tu?" Tanyaku.

"Kami cuma happy je Karina," kata ayah. "Tarikh tutup kandang dah nak dekat. Salah ke happy?"

Aku tak dapat nak jelaskan kat korang betapa seronoknya aku melihat parents aku ceria dan ceria lagi macam tu. Hidup kitorang tak senang.

Semasa remaja, ayah pernah bekerja di Bucheon sebagai pekerja di kandang kuda. Dia kembali ke kandang sana setelah dua tahun belajar di sebuah kolej komuniti. Akhirnya, dia berjaya menjadi manager. Tetapi Lee, iaitu bossnya menjalankan tempat itu seolah-olah mereka adalah raja dan pekerja mereka adalah hamba mereka.

Mereka tak pernah nak biarkan dia lupa yang dia bermula bekerja dengan sekop di tangannya. Lee Jinyoung, pemilik kandang, selalu cakap kat Ayah betapa bersyukurnya dia, bagaimana dia akan kehilangan semuanya tanpa kebaikan ayah.

Ianya telah menjadikan hari ini, pembukaan kandang kuda Yu, even menarik. Satu kemenangan. Bukan hanya tentang kejayaan tapi tentang kemenangan ke atas ayah.

"Ayah, maksudnya harini kita akan jadi kaya ke?" Aku bertanya soalan tu ketika makan malam pada minggu lalu. Aku membayangkan beberapa sweater baru di dalam almari aku. Mungkin ada 45 video games yang macam korang boleh bawak pergi mana mana je tu? Mungkin aku boleh berhenti kerja dobi selepas aku graduate sekolah.

Ibu passing mangkuk salad. "Karina, kamu dah berumur enam belas tahun," katanya. "Kamu kene tahu apa yang baik bila bertanyakan soalan macam tu."

boy meet evil (⩩)Where stories live. Discover now