Cerita Diperbukitan

11 0 0
                                    

Di atas sebuah bukit nan tinggi. Pemandangannya saujana mata memandang. Dengan kehijauan bumi yang indah. Awan beropol-opol putih bak kapas. Langit membiru bak lautan nan luas. Di perbukitan sana, terdapat sepohon pokok nan rendang. Daunnya merimbun hijau. Memutik bunga-bunga berwarna merah jambu. Sekelilingnya ditumbuhi rerumput pendek. Lalang-lalang saling bergesel riang pabila dipuput sang pawana.

Diperbukitan sana juga, berdiri seorang wanita. Mengenakan gaun putih yang labuh mengheret lantai bumi. Khimar putih hujungnya juga menjejak lantai. Dia berpeluk tubuh. Membuang jauh pandangannya kearah pemandangan dari bawah perbukitan. Matanya redup dengan kelopak yang memberat. Pipinya merona kemerahan tatkala menahan jiwa yang bungkam. Jantungnya berdetak lemah seiring hembusan nafasnya yang perlahan.

Kadangkala apabila rasa sudah sampai ke kemuncaknya, kita kehilangan kata-kata untuk mengungkapkannya!

Banyak yang terkandung dalam dada si wanita. Memberat dan berkarat. Hanya terpendam terkadang menjadi racun meniti urat. Lalu akhirnya ia terdampar dalam kegersangan jiwa yang menjerat. Terkadang bibir bak limau nan seulas, tersenyum pada jiwa yang lelah. Seperti mengherdik diri yang lemah sedangkan peringatan Tuhan selalu ada sebagai ubat.

Lalu dia menggenggam erat tangan didada, katakanlah wahai diri..Bertabahlah demi sebuah janji ruhmu pada Penciptamu. Andai sendiri itu cara bagimu meraih kekuatan. Bersendirilah..

Kerana, bersendiri mengajar kita berani. Tanpa mengharap, mendidik kita ikhlas dan kuat. Tapi, ingatlah..kita tidak pernah sunyi, kerana pada kita sentiasa ada PEMERHATI.

Cerita Diperbukitan
#WANITABERKHIMARPUTIH

Si Khimar PutihWhere stories live. Discover now