Cerita Di Puing Haba

9 0 2
                                    

Matanya dibuka luas. Dengan sekelip mata, permandangan diperbukitan berubah warna. Gelap kelabu mula menyingkirkan putih biru sang awan. Percikkan halilintar kecil membelah awan hitam yang memberat.

"Mama..mama," kedengaran suara si kecil bergema di ruang kepala.

"Mama..mama," suara itu memanggil dalam desak dan esak. Dia menoleh ke belakang. Berjalan seiring kata hati yang mengarah. Untuk mengorak langkah. Dia berjalan perlahan. Melawan arah angin yang mula bertiup kehadapan. Menerbangkan khimar putih beralun-alun ujungnya.

"Mama.." suara si kecil meminta dia kembali. Dalam jiwa yang bercelaru, dia mengikut kata hati, mengorak langkah menuju ruang udara yang kelihatan berpuing bagai wap haba membentuk dinding.

Sebelum kaki menginjak dinding haba yang berpuing, dia menoleh semula kearah hujung bukit. Ia seakan enggan melepaskannya pergi.

"Katakanlah, si Khimar Putih..adakah kau akan kesini lagi?" Dia seakan mendengar. Lalu mengangguk. Melakar senyuman hambar.
"Buatkan aku buaian indah sebagai tempat dudukku tika aku kembali semula nanti.." pintanya tanpa menggerakkan bibir. Hanya hati yang mengungkap kata.

"Perbaiki corak fikiranmu, Si Khimar Putih. Tuluskan hatimu dalam menerima ketentuan. Redhakan hatimu dalam menerima kekurangan. Kiranya kau masih membalas dengan kekerasan dan kedegilan, kau akan terus disakiti dalam kerelaan. Jangan cari kesempurnaan pada hamba-Nya! Cari pada Tuhan. Nescaya kau akan mampu berlapang dada. Ingat, penderitaan itu adalah kerana kurangnya kau dalam bersyukur!", suara diperbukitan membiuskan semangat padanya sebelum melangkah pergi.  Ia menyentap kuat hingga kelubang hati paling dalam. Lalu, dia mengangguk. Sebutir mutiara jernih mengalir di pipi.

"Mama..." si kecil memanggil tanpa jemu. Walau hanya kedengaran di dalam kepalanya, namun dia yakin..si kecil itu memerlukannya.

Tanpa ragu, dia masuk membelah puing haba.
Untuk bernafas pada bumi sebenar!

Cerita Di Puing Haba
#WANITABERKHIMARPUTIH

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 07, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Si Khimar PutihWhere stories live. Discover now