twenty-six

3.9K 158 1
                                    

"Mummy... Niel pergi gym dulu eh" kata Niel. "Dah pukul 10:30 pagi. Dah nak lunch. Awak tu balik tak nanti" tanya Datin Hana. "Baliklah. Takkan nak kebulur kat sana" jawab Niel. "Yelah. Balik awal yee. Pukul 1 nanti Mummy tau Niel dah terpacak kat rumah. Siap mandi dan segalanya ye" pesan Datin Hana. "Alright! Niel pergi dulu" Niel sempat wink kearah Mummynya. "Macam-macamlah anak laki aku sorang ni" Datin Hana menggelengkan kepala saja. Makanan yang dimasak awal tadi nanti tinggal di panaskan aje.

"Kau dah masak ke Hana?" tanya Datin Aina yang baru pulang dari kebun bunga. "Dah siap dah semuanya Aina. Nanti tinggal panaskan aje." kata Datin Hana. "Sepatutnya masak sama-sama. Tapi kau dah masakkan pulak. Buat susah je" kata Datin Aina. "Takpelah. Malam nanti kita masaklah sama-sama." Datin Hana. "Aku masuk mandi dululah." Datin Hana hanya mengangguk. Datin Aina berjalan masuk kedalam biliknya.

------------
Gym~~~

"Selamat datang" sambut Nia si cantik yang berada di kaunter pendaftaran. "Morning si cantik Nia. Tak keluar dengan boyfriend ke" tanya Niel mesra. "Orang macam I ni ada kee orang nak?" kata Nia sambil mangambil huluran borang di tangan Niel. Sungguh dia tak ingat akan Qaira. "Hah! Sindir diri sendirilah tu. You ni, I kan ada" kata Niel. Datang nak gym ke nak mengurat Niel oii. Nia hanya tergelak mendengar apa yang dikatakan oleh Niel. Sungguh dia selesa bersama Niel. Nia pada mulanya suka akan Niel. Tapi bila dia tahu Niel sudah berkahwin, terpaksalah dia buang perasaannya itu. "Dah lah you, pergi gym sana. Kang isteri you nampak you borak ngan I nanti, habis." kata Nia. Niel hanya mengangguk dan berlalu pergi.
------------
Fast Forward

Qaira duduk dibirai katil sambil bermain dengan IPad Air putih miliknya. Lagu di IPadnya di bluetooth ke speaker. Kuat jugak bunyinya. Sampai Niel pun boleh dengar dalam toilet. "Apa bising-bising tu" tanya Niel sendiri "Qaira... Apa yang bising sangat~~tu. Emphh, kpop lagi budak ni" Niel membetulkan tuala yang melilit di pinggangnya. Qaira, memandang Niel sekilas dan kembali pada IPadnya. "Kejap, Niel! Abs?" Qaira mencuri pandang badan Niel. "Ada abslah. Eishh, Qaira jaga mata" marah Qaira pada dirinya. Eihhh, kau. selalu tengok abs k-idol takpe pulak, otak dan hati bersependapat.

"Taulah, you tengah intai I punya badan." desis Niel sambil tersenyum senget dihadapan cermin, sedang memakai baju. Qaira terus baring lalu menarik selimut hingga ke kepala. "Malu pulak dia. Seronok dapat balas dendam. Selama ini dia selalu cabar nafsu" kata Niel bersama senyuman jahat dia memandang Qaira yang sedang berselubung dengan ekor mata.

Rasa geram, comel, kelakar semua ada. Geram sebab Qaira suka mengenakan prank terhadap dirinya. Kelakar apabila tengok Qaira kelam kabut. Comel apabila dia melihat Qaira tersenyum. Qaira mengintai Niel dan pada masa yang sama dia ingin mengambil udara. Panas kot dalam selimut. Qaira masuk semula ke dalam selimutnya kembali. Dia memusingkan badannya kearah kanan, dimana tempat Niel baring. "Arghhh!" Qaira terjerit apabila nampak muka Niel betul-betul depan mukanya. Qaira berundur kebelakang bagi menjarakkan mukanya dengan suami tercinta. "Arghhhh!" Qaira menjerit sekali lagi apabila hendak jatuh. Tetapi, tangan Niel sempat menyambutnya. Muka Qiara dirapatkan semula kepadanya. Pada masa itu, Qaira tiada rasa hendak melawan langsung.

"Dah tidur okey" Niel mengucup dahi Qaira. Tangan Qaira tanpa sedar sudah berada di dada Niel. Selepas Niel melepaskan kucupannya di dahi, Qaira dan dirinya menutup mata untuk tidur. Mata Qaira kembali terbuka.

"Kenapa tak tidur" tanya Niel.
"Kejap" Qaira memegang pipi Niel lalu mencium bibir Niel. Niel mengalami culture shock. Tak pernah-pernah Qaira berani buat itu. Hidupnya saat itu rasa sungguh bahagia. Qaira terus menutup mata selepas mencium Niel. Malunya! Dirinya terasa terlampau berani untuk berbuat sedemikian. Akhirnya masing-masing lelap dalam selimut. Rasa panas sebab berselubung tadi tidak terasa langsung.

------------
"Kenapa Mama dengan Mummy panggil kitorang ni?" tanya Niel. Qaira mengangguk mengiyakan sambil memandang Abah dan Daddy. "Nak bagi korang sesuatu." Datin Aina memandang besannya. "Ni dia. Tiket honeymoon ke~" tidak sempat ayat Datin Hana habis, Qaira sudah menyampuk. "KOREA!! yeayy omma, appa gomawopta. Jinjja chowyo" keluar dah bahasa Korea budak ini. Excited bebenor. "Mana tau ni?" tanya Dato' Ramlan. "Of courselah tau" Qaira menjongketkan keningnya beberapa kali. "Kenapa Korea Mummy, Mama" kata Niel. Macam tak rela jee. "Kenapa? Niel tak suka ke?" tanya Dato' Syed. "Tak suka sikit" kata Niel. "Nak tukar ke? Nak pergi mana. Cer habaq kat den sikit" kata Dato' Ramlan. "Tak kisahlah janji bukan Korea" kata Niel. Qaira yang duduk disebelahnya hanya menahan geram. Iman mengabarkan adiknya itu. "Tak bestkan sayang. You kan dah selalu pergi Koreakan." Niel menoleh ke tepi, memandang Qaira. Qaira sudah berada ditepinya dengan muka bengis. "Okay lupakan, Niel ikut je. Korea" Niel terangguk-angguk. Jari kecil Qaira sudah berada dipinggang Niel. Kalau tak nak honeymoon kat Korea, aku cucuk pinggang mamat niyh!

Married To Mr. SeniorWhere stories live. Discover now