bab 4

56 2 0
                                    

Rayyan memandang ke atas bintang. Malam ini sedikit berlainan kerana dia tidak tidur di rumah nya. Dia tidur di rumah mamanya.

"Rayyan.. tak tidur lagi?" Tegur satu suara di belakangnya.

"Belum, ma. Mama kenapa tak tidur lagi?" Rayyan membalas apabila dia tahu suara itu adalah mamanya.

"Meh kejap." Datin Ros menarik tangan anaknya untuk duduk di kerusi.

"Kenapa ma? Ada apa nak cakap ke?" Tanya Rayyan selepas mereka duduk.

"Ada. Penting sangat.." Datin Ros memandang ke mata anaknya.

"Ok ma.. tell me what is it."

"Mama.. mama ingatkan nak kahwinkan kamu.." Datin Ros berkata perlahan. Rayyan diam seketika. Kemudian dia ketawa.

Dahi Datin Ros berkerut melihat anaknya ketawa. Dia ada buat lawakkah tadi?

"Yang kamu ketawa kenapa?"

"Takde la.. mama buat lawak ke ni? Kahwin? Dengan sapa ma? Sapa yang nak dekat Rayyan ni?"kata Rayyan lepas ketawanya reda.

"I'm serius Rayyan. Mama nak kahwinkan kamu dengan anak kawan mama. Qaisara namanya. Kamu kenal kan? Dia dengan papa dia selalu datang office kita." Terang Datin Ros satu persatu. Rayyan terus berhenti ketawa. Wajahnya berubah serius.

"Hmm.. suka hati ma la. Rayyan tak kisah." Rayyan terima pun sebab dia berfikir sampai bila dia mahu bujang? Itu pun kira beruntung la ada orang nak.

"Betul ni Rayyan? Kamu setuju?" Beria-ria Datin Ros bertanya.

"Betul ma. Mak dengan ayah mesti nak yang terbaik kan untuk anak dia. So, Rayyan terima la." Rayyan tersenyum. Qaisara tidaklah teruk mana pun. Muka pun not bad.

"Alhamdulillah.. happy mama dengar. Hujung minggu ni kita masuk meminang ok?" Rayyan hanya menggangguk.

XXX

Datin Ros, Dato Karim dan Qaisara sedang menonton tv di ruang tamu.

"Sara.. mama nak tanya sikit ni." Kata Datin Marliza. Sejak makan malam tadi mereka sangat-sangat  rapat. Qaisara menerima layanan Datin Marliza dengan hati terbuka. Sudah lama dia tidak merasa kasih sayang seorang ibu.

"Ye, ma tanya la."

"Mama nak tanya. Sara ada kekasih hati ke?" Tanya Datin Marliza sedikit serius. Qaisara ketawa kecil.

"Sara? Kekasih hati? Mana ada mama. Kawan rapat adala." Kata Sara. Kawan rapat itu ditujukan kepada Emir.

"So, kalau mama nak kahwinkan kamu.. tak pe kan?"

Qaisara tersentak. Apakah ini? Kahwin? Mengapa tiba-tiba sahaja? Qaisara memandang wajah mama dan papanya itu. Memandangkan Dato Karim pun diam dan tidak berkata apa-apa lagi membuatkannya pelik.

"What are you talking about,ma? Pa?" Kedua-dua wajah orang tuanya dipandang. Meminta kepastian.

"Mama dan papa yakin dia sesuai untuk Sara." Kata Dato Karim pula.

"What?? Papa? Papa pun sama? Apa ni ma?" Tanya Sara. Duduknya jadi tidak tentu arah.

"Ala.. Sara bukannya tak kenal pun orangnya sapa" kata Datin Marliza bersahaja

"Siapa dia?" Tanya Qaisara. Dia sudah pasrah. Papa yang selalu menjadi pelindungnya pun bersetuju. Dia tidak tahu mahu melakukan apa lagi.

"Rayyan. Rayyan Zulkifli. Yang selalu bekerjasama dengan kita tu." Kata Dato Karim. Dato Karim tersenyum gembira. Dato Karim sudah berbincang dengan isterinya. Dia akhirnya bersetuju selepas dipujuk isterinya. Rayyan pun baginya baik je.

i hate you , i love youWhere stories live. Discover now