03

2.3K 334 24
                                    

IM NAHEE

aku gelak terkekek-kekek. Cis,aku tahu tu mesti army yang godam account BTS lepastu follow account dia sendiri. Then, nak menyamar nak ngorat aku pidah ! Ingat aku bodoh ke, ha? Come on, aku ni peminat CSI Cyber ok!!! 

ah,bosan! Malas aku nak fikir pasal penggodam topi hitam tu! Sekarang ni,macam biasa, ucapkan selamat pagi dekat Taehyung! aww Kim Taehyung pengarang jantung! Tiap-tiap malam dia muncul dalam mimpi aku,okay~ Tu maknanya, dia rindu aku! Lagipun comeback diorang baru-baru ni aku tak dapat pergi fanmeet. Busy study,semester pertama punya kenalah buat yang terbaik en?

Tapi,malam tadi Jungkook tiba-tiba muncul. Dia siram jus mangga aku dekat Taehyung habis basah! Rosak date kitorang!! Taguna punya maknae! Nasib baik gigi arnab tu comel. Haih. 

aku meneguk air masak yang aku sediakan di atas meja bersebelahan dengan katil ni. Ikut tips kecantikan dan hidup sihat lah katakan. Telefon yang masih dipegang aku tenung. '@BTS_twt dicari. Pusing,pusing pusing. aku tunggu je dia load.Tapi-


'user not found'


What???!! tersembur sedikit air yang aku minum tadi. Nasib baik aku tak mati sakit jantung tahu tak??Diorang deactivate account ke?? Mana boleh!! Taehyung aku!!

aku mula tak keruan. Jadi,untuk memastikan kebenarannya,aku terus telefon Jaemin, tempat aku berkongsi gedik disebabkan bangtan.

"Hello nyah,kenapa pagi-pagi telefon aku ni? Rindu ke?" suara lembut mengantuk dia membuatkan bulu roma aku tegak.

"Weyh,kenapa BTS deact account diorang?" 

"Hah??!! apa kau cakap senah?? Kau jangan main-main! aku carik ni!! aku carik!!" kedengaran bunyi dia kelam kabut kemudian senyap buat beberapa saat.

"Woi!! Woi!!" aku menjerit. Namun masih lagi tiada respon. Mungkin aku patut tunggu sekejap. aku memandang skrin telefon,eh dia letak- aku termenung. Pagi-pagi lagi hidup dah kucar-kacir!

all my ladies put yo hands up! 

korus Taehyung di dalam 21st Century Girl dimainkan sebaik sahaja skrin telefon menteterakan wajah Jaemin. Dah pondan ni nak video call pulak! aku pun jawab je.

"Hel-"

"Kau mengarut apa perempuan! ada je account diorang! Pagi-pagi dah kejut aku macam ni! HISH!!" suara jantan Jaemin menggoncang gegendang telinga aku sebanyak 1.7 skala ritcher. Sentap kau tahu dia panggil aku perempuan. Terus aku diam.

"Heish,sori. Sori! Kau kena tahu aku ni bukan morning person macam kau! Dah tak payah nak nangis! Tengok account abangtan kau ni ada je! Jungkook siap post lagi gambar dia dengan Taehyung kau tu!" Jaemin menunjukkan skrin laptopnya pada aku. Oh.

"Manalah aku tahu! aku search tadi tak ada!" aku memuncungkan bibir. 

"Ha! Cantik lah tu merajuk! Ugh! Pergi search balik! Dah,aku nak mandi kejap lagi nak pergi buat rawatan muka.Bye nyah,esok aku belanja kau ais krim okay.  Jalja~ Muah!" dia kiss skrin telefon. Ei,nasib kau lelaki lembut,kalau tak lama dah aku bunuh!

aku tutup telefon aku sekejap. Kita try tengok dekat PC boleh jumpa ke tak. 


XxXxXxXxXxXxX


Puas aku search twitter tu,tak dapat jugak. Haih. 

Tiba-tiba muncul mentol di kepala aku! Takkan lah... aku kena block? aku segera membuka semula direct mention aku dengan 'jungkook' lah sangat tu dan unblock dia. Tak lama lepastu, 'jungkook' menghantar screenshot,dia memblock aku menggunakan account BTS.


igotgoldenjams: ha,amacam?seronokkan kena block?

iocat: saya ingat awak ni penggodam...

igotgoldenjams: yeah,sure! account kitorang tak boleh digodam okay! Interpol jaga, sebab verified account. 

iocat: mianhae.. janganlah block saya lagi.. huhuhu

igotgoldenjams: boleh,tapi kasi gambar dulu!! Hehehe!

iocat: Taknak!

igotgoldenjams: okay,you asked for it-

iocat: okay! fine!


aku mengambil selfie dengan pose Taehyung dalam Blood Sweat and Tears. Muahaha! Ingat senang-senang nak kasi gambar kat orang? Jangan ingat dia Jungkook dia boleh dapat cairkan aku,Taehyung je boleh okay. (mohon tampar dia ni)


iocat: [photo attached]

igotgoldenjams: apa ni??? muka mana?

iocat: malu lah.

igotgoldejams: ok,nampak mulut,hidung,dagu pon boleh lah. hm

iocat: Taehyung tengah buat apa? hihihihi


aku tersengih macam kerang wangi. Walaupun aku belum mandi,tapi aku wangi okay! Lagipun, takkanlah nak lepaskan peluang ni? wahahaha! aku menunggu Jungkook membalas. Lama betul!


igotgoldenjams: [gambar dekat media]

iocat: OMMO

igotgoldenjams: cis,time saya hantar gambar saya,takde pulak nak macam ni!

iocat: you're not my style! Bwerk!

iocat: btw,korang tengah buat apa?

igotgoldenjams: tanak kawan

iocat: jangan gini~ saya selalu datang fanmeet okay! mohon hargai

igotgoldenjams: kitorang tengah~ ehemehem kekeke


WHUT- apa dia merepekk ni- NO!!! aku menggigit jari. Fanart yaoi yang aku pernah TERnampak semua melintas di kepala.


iocat: WHUT

iocat: Jangan cakap kat saya- korang...

iocat: so korang- em faham tak-

igotgoldenjams is typing...


Offline.

What?? Berani dia offline tanpa balas mesej aku???!

direct mentionWhere stories live. Discover now