20

1.6K 217 3
                                    

Jungkook

Aku merenung Taehyung yang sedang memegang erat telefon aku. Mampuslah aku. Kantoilah aku berhubung dengan perempuan.

"Hyung... Please -"

"Cakap cepat kalau tak hyung report dekat Namjoon dengan Manager. Siapa perempuan ni? Jap-" Taehyung memerhatikan semula wallpaper telefon Nahee.

"Ini bukan ke budak perempuan daripada restoran Dowboo kat lorong sana tu? Seriously,  Jungkook ?? Patutlah kau selalu ajak hyung pergi sana!" Mukanya mula berkerut seribu. Alamak salah faham lak.

"Hyung, let me explain! Dia ni... Dia lah kawan Jungkook time sekolah yang Jungkook cerita dulu tu... Em" aku mengusap belakang leher perlahan-lahan. Taehyung hanya memandang aku dengan dahi yang berkerut.

"Wat de ef? Bukan dia gemuk ke? " senyuman sinis mula terukir di  bibirnya. Aku mengangguk perlahan.

"But tu dulu hyung. Teknologi sekarang macam-macam. boleh je dia bedah lemak and bawak keluar, " aku cuba untuk mengagak sebab aku sendiri tak tahu macam mana dia boleh turun badan banyak macam tu.

Taehyung menggeleng dan menghulurkan semula telefon aku. "Hyung harap kau tak ada apa-apa hubungan dengan dia, " sejurus itu, dia terus beredar meninggalkan aku.

Okay bagus. Belum apa-apa dah kantoi. Sekarang ni, macam mana aku nak bagi balik telefon dia?

wae nae mameul heundeuneun geonde?

Satu panggilan masuk diterima. Nombor di skrin yang tertera nama 'Jeongha si kereta api'. Aku terus mengangkat panggilan tersebut.

"Yeo-"

"Yah Jeon Jungkook!! Bagi balik telefon saya! " aku terus menjauhkan telefon dari telinga aku. Naik pekak woi! 

"Nahee? Erm, sorilah. Saya pun tak perasan sebenarnya, " kedengaran Nahee mengeluh di hujung talian.

"Macam mana sekarang ni? Saya nak telefon saya balik!"

"Lagi satu! Jangan awak berani- berani nak selongkar telefon saya tu ek!! "

Aku tergelak pabila dia memarahi aku. Alahai mesti comel muka. "Gelak apa ha arnab??! "

"Chill la. Tengoklah camne ahahaha" aku menggeleng kepala sambil tersengih. Arnab pun arnab la wei.

"Eotokke!! Saya nak telefon tu balik, faham ke tidak? "

"Tak. Joke, joke. Hm... " aku mati akal. Dia dah tak kerja dekat restoran tu lagi, so macam mana? Takkan aku nak pergi universiti dia? Mau menjerit semua orang.

Hmm.. Tapi...

"Tak kan saya nak pergi U awak, kan? Em, awak duduk hostel atau duduk kat rumah sendiri? "

"Rumah sendiri. Wae?? Takkan nak datang sini, nanti orang nampak mati lah kita! Dahla esok awak nak comeback, kan? "

Betul jugak. Tapi macam mana lagi. Aku pun tak boleh nak simpan telefon dia. Nanti kantoi lagi dengan orang lain. Masaklah.

"Tapi tu je jalan paling selamat. Tak apalah saya datang malam ni. Tunggu semua tidur. Btw... Ada berita buruk, "

"Taehyung dah tahu pasal kita-" aku terus jauhkan telefon

"APA?? Tak- biarkan je lah- um kita bukan ada apa-apa. Ahahahahaha fuh-"

Sekali lagi aku ketawa.

"Mesej saya alamat awak, malam ni saya datang, " Nahee mengiyakan di seberang talian dan terus meletakkan panggilan.

Tak lama selepas itu, satu mesej masuk; alamat Nahee.

XxXxXxXxXxXxX

"Dia ni boleh percaya ke, Jungkook? " Taehyung bertanya pada aku. Kami kini di dalam lif. Dalam perjalanan untuk ke rumah Nahee.

Aku melihat jam di tangan, pukul 2.30 pagi. Aku harap Nahee tak tidur lagi macam dijanjikannya.

Tapi, walaupun dah pukul 230 pagi, kami kena berhati-hati. Seoul ni bandar yang hidup 24/7. Still akan ada manusia yang berjaga pagi buta ni. Mabuk, meroyan, yang masih bekerja pun ada mungkin.

"Jungkook? "

"Ah? Oh, boleh. Dia kan kawan Jungkook. Don't worry, I know her, " aku tersenyum tatkala teringat kenangan semasa di bangku sekolah lagi.

Lif berhenti di tingkat 17, tingkat ketiga paling atas disini. Kami mencari rumah bernombor 707.

Setelah berjaya mencari rumah tersebut, aku mengetuk pintu rumah dengan berhati-hati. "Pst, Nahee? "

Tiada respon.

Aku ketuk sekali lagi dan lagi. Beberapa kali jugak. Aku mula cuak. Dia ni okay ke tak? Sesuatu terjadi ke?

"Telefon lah dia," Taehyung menolak bahu aku. Betul jugak tu.

Aku mengeluarkan telefon Nahee untuk mendail nombor aku. Belum sempat aku tekan butang call, pintu rumah Nahee terbuka perlahan-lahan.

Kelihatan satu susuk tubuh berambut panjang sedang terbongkok.

"OMMA!!! " Taehyung dan aku menjerit serentak sambil berpelukan. HANTU!!!

XxXxXxXxXxXxX

Eyo anak2,apa khabar. Moga sihat selalu. Cam biasa ;

Comment, vote and feel my sarangs  💕💕

Sori lambat update T-T

Btw, aku ada buat fanfic baru fantasy pasai Jungcook; into you, check it out anak²~

And lagi satu fanfic fantasy lama, Taehyung;  satan in love!

direct mentionWhere stories live. Discover now