BAB 6

496 11 0
                                    

PINTU utama Klinik Amran ditolak perlahan. Kakinya melangkah ke kaunter pendaftaran. Satu senyuman diterima daripada seorang jururawat di situ. Edora hanya membalas dengan senyuman nipis. Entah ikhlas entah tidak.

"Ya, cik, boleh saya bantu?" tanya jururawat bertubuh tinggi lampai, bertanda nama Munirah sopan.

"Excuse me. Bukan cik. Miss Edora." Pantas Edora membetulkan kesalahan jururawat tersebut.

Riak wajah jururawat itu berubah merah namun dia masih tetap tersenyum.

"Maaf, Miss Edora. Ada apa yang boleh saya bantu?" Munirah mengulangi soalannya.

"Ah, ya. I nak jumpa dengan lelaki, pekerja Hotel Fantasi yang masuk wad ni semalam atau sebelum tu. Sebab dibelasah." Edora menyatakan tujuannya.

"Oh... Sekejap ya, Miss Edora." Munirah mencari-cari sesuatu pada skrin komputer.

Edora sabar menanti sambil matanya meliar memandang sekeliling klinik tersebut.

"Maksud cik, eh, maksud saya, maksud Miss Edora, Encik Wan Elias ya?" tanya Munirah inginkan kepastian.

Edora berkerut seribu. Dia tak tahu nama lelaki itu. Wan Elias? Betul tak ni?

"Dia pekerja Hotel Fantasi. Dibelasah teruk. Dia ke?" Edora menyoal jururawat itu semula.

"Ha'ah. Betul. Kalau ikutkan ciri-ciri yang Miss Edora senaraikan, memang Encik Wan Elias tulah pesakit yang Miss Edora cari," terang Munirah yakin.

"Maybe. So, I nak melawat dia," pinta Edora.

Munirah masih dengan senyumannya. "Silakan. Bilik nombor tiga. Miss Edora terus dari sini kemudian ambil kanan." Dia menunjuk arah.

"Thanks," ucap Miss Perfect itu sambil mengayun langkahnya ke destinasi yang diberitahu.

"Siapa tu? Kerek betul. I you, I you, kau." Jururawat bertubuh gempal bertanya kepada Munirah yang bersembang dengan Edora sebentar tadi.

Munirah menjongket bahu.

"Entah. Biasalah orang kaya," jawabnya sambil meneruskan kerja yang terhenti sebentar tadi.

# # # # # #

EDORA menolak daun pintu bernombor tiga lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik rawatan tersebut. Dia mendekati seorang lelaki sedang terbaring tidur. Diamatinya wajah lelaki itu lama-lama. Lebam dan bengkak.

Fikirannya dipaksa mengingat untuk mengecam benarkah itu lelaki yang dicari. Lama-lama wajah itu dipandang akhirnya dia mengangguk.

"Betullah ni. Teruk juga muka dia. Sampai tak dapat nak cam. Padan muka." Edora tergelak kecil.

"Apa yang kelakar?"

"Oi!" Edora terjerit kecil. Hampir-hampir sahaja dia terlentang ke belakang kerana terkejut dengan sergahan lelaki itu dengan mata terbeliak luas.

Elias ketawa kecil melihat riak wajah terkejut si perempuan gila. Matanya bulat. Tangannya mengurut-ngurut dada dek sergahannya.

"You gelak? Seronok kenakan I?" Edora serius sambil membetul-betulan kedudukannya semula.

Elias mencebik bibir dan dengan muka selamba dia menjawab sambil tersengih macam kerang busuk. "Emm... Seronoklah juga."

Edora menjeling tajam. Meluat melihat muka seronok lelaki itu dapat kenakan dia.

"Bak balik telefon I." Terus dia menghulur tangan, berbalik pada tujuan asalnya.

Elias memandang tangan itu. Tak berapa lama, dia bangun daripada baringan. Terkial-kial dia mencuba untuk bangun kerana menahan sakit dan sengal-sengal yang belum hilang.

MISS PERFECT KAHWIN MR MAIDWhere stories live. Discover now