BAB 7

511 12 0
                                    

"I nak you pastikan semua under control. Jangan buat apa-apa kesalahan. Kumpulan diplomat tu akan sampai esok pagi. I tak nak ada apa-apa masalah." Serius Edora menyatakan keperluan yang dikehendaki kepada pengurus kanannya, Aisyah.

Mereka kini berada di dalam lif untuk ke lobi.

"Baik, Miss Edora," angguk Aisyah patuh.

"I nak keluar sekejap. Ada urusan penting kat luar. So, you handle everything here," pesan Edora dengan riak yang masih serius.

Pintu lif terbuka.

"Hai, Edora," sapa seseorang yang sedang menunggu di hadapan pintu lif. Seolah-olah tahu sahaja Edora akan muncul dari pintu lif tersebut.

Edora mendengus meluat.

"You nak apa?" soalnya sekadar berbasa-basi. Sambil-sambil dia melangkah keluar dari kotak lif.

"Takkan BFF datang you layan macam ni?" soal Nana dengan senyuman melebar. Muka tak bersalah langsung. Macam tak pernah terjadi apa-apa antara mereka.

Edora memandang Nana kecil besar, kecil besar sahaja. Kalau ikutkan hati mahu saja dia menarik-narik mulut Nana sampai rabik. BFF? Boleh jalanlah.

"So, boleh I jumpa you?" Nana buat muka tak malu.

Edora mendengus. Jumpa? Dasar perempuan tak tahu malu. Kau dah dajalkan aku, kau boleh tunjuk muka kau kat sini?

Eee... memang aku bengkek aje tengok kau ni. Kalau ikut hati aku yang bengang ni aku lenyek-lenyek muka kau jadi kentang putar. Kemarahan itu sekadar dilepaskan dalam hati.

"Helo? Apa lama sangat you nak buat keputusan. You ada masa tak ni?" Nana memetik jari beberapa kali ke muka Edora setelah sekian lama perempuan itu tak memberi respons kepadanya.

Edora mengecilkan matanya ke wajah Nana. Marahnya dah makin berkobar-kobar. Bak gunung berapi yang menunggu masa hendak meletus. Bam!

Aku tak ada masa! Kau boleh berambus dari sini! Berambus! Berambus! Suara yang tersekat di kerongkong menyebabkan badannya bergetar. Digenggamnya penumbuk meminta kekuatan diri.

"Aisyah, you pergi dulu," arah Edora. Kalau lama-lama Aisyah bersama mereka dia takut Aisyah akan perasan suasana panas antara mereka berdua.

Aisyah mengangguk faham lalu terus berlalu.

"Dan, you ikut I ke pejabat," arah Edora kepada Nana sambil tangannya menekan punat lif untuk naik semula ke atas pejabat.

# # # # # #

"Apa kau nak?" Sengaja dia menggunakan perkataan kau bagi mengasarkan bahasanya kepada perempuan itu. Memang patut pengkhianat macam Nana mendapat layanan sebegitu.

Nana tergelak kecil dengan provokasi yang dibuat oleh Edora. Sayang seribu kali sayang, provokasi itu sikit pun tak mengganggu hatinya. Dia tanpa segan-silu melabuhkan punggung di kerusi. Duduk berdepan dengan Edora.

"Saja, aku memang sengaja datang sini. Nak tengok keadaan kau. Aku tertanya-tanya. Apa agaknya yang terjadi pada Edora ya lepas tunangnya ditangkap basah dengan kawan baiknya sendiri. Tangkap sendiri pula tu." Nana tertawa geli hati.

Hati Edora bagai terobek-robek mendengar tawa bekas kawan baiknya itu. Apa yang kelakar? Sampai Nana hahaha hihihi bagai? Seolah-olah kejadian itu satu pementasan dalam program Maharaja Lawak Mega pula.

"Kau ni memang tak guna, kan? Sanggup kau buat aku macam ni? Kawan baik kau sendiri." Akhirnya amarah yang sedari tadi terbuku di hati terluah kini.

MISS PERFECT KAHWIN MR MAIDOù les histoires vivent. Découvrez maintenant