part 11

89 2 0
                                    

Ting tong. Keesokan paginya, loceng berbunyi berkali-kali membuatkan Dayana tergopoh-gapah menyiapkan dirinya.

“sekejap”teriak Dayana sambil membetulkan tudung shawlnya dengan kemas.

“pasti Monster ni pukul 6:30 pagi datang ambik aku” bebel Dayana.

“sabarlah Dayana dengan perangai dia tu, kami nak buka pintu kau tak bagi. Kalau kami buka pintu pasti tak bunyi loceng berkali-kali ni, nak bernanah telinga aku dengar tau tak” bebel Farah pula.

Semua orang yang berada di rumah tersebut terjaga daripada tidur selepas solat subuh berjemaah  akibat bunyi loceng yang menyakitkan telinga semua orang di awal pagi.

“kalau kau buka pintu, confirm dia buat lagi bising” jelas Dayana.

Dayana telah membuka daun pintu rumahnya dan kelihatan seorang lelaki bersandar pada dinding sambil menyeluk tangan pada poketnya.

“kenapa tak cakap nak datang pagi” bebel dayana.

“ppali(cepat)” tegas Badrul.

Dayana hanya menjeling ke arah badrul, “dah mula lah tu nak cakap bahasa korea dia” cebik Dayana sambil menyarungkan kasutnya.

Apabila Dayana dan Badrul memasuki perut kereta Lamborghini merah milik Badrul, Dayana terus melelapkan matanya sehinggakan dia tidur dengan nyenyak. Badrul menghentikan keretanya di bahu jalan lalu menurunkan kusyen tempat Dayana tidur.

“mana pulak kain selimut yang aku bawa pagi takdi” rungut Badrul sambil mencarikan kain tersebut di dalam keretanya.

Badrul sengaja membawa kain selimut  tersebut yang dibawa dari rumahnya kerana dia tahu Dayana pasti akan tertidur di dalam kereta.

“jumpa pun” Badrul telah menjumpai kain selimut tersebut lalu menyelimuti tubuh Dayana daripada kesejukan akbibat air-cond keretanya.

Setelah sampai di kampung rumah kediaman keluarga Dayana, Badrul dan Dayana disambut dengan meriah sekali bagaikan seperti menyambut kerabat diraja.

“Assalamualaikum nenek, ummi, ayah, ramainya orang”Dayana terus bersalam dengan keluarganya sebaik sahaja keluar dari perut kereta.

Badrul turut bersalaman dengan ahli keluarga Dayana. 

“masuklah” ajakan ummi Dayana.

“ummi, kak long nak tidur dulu sebab penat sangat” beritahu Dayana sambil menguap.

“huduh pe'ei perangai nguh sorang ni”bebel ayah Dayana dalam loghat terengganu.

“Bad pun masuklah”ajak pula nenek Dayana.

“kak long, gitu sokmo ye bukan nak salam dengan orang dulu ke tapi nak gi tido dulu hok penting pahtu tinggal gitu je bakal suami dok jemput langsong masuk” belebel mak sedara Dayana yang dikenali mok su yang masih tidak berkhawin.

Dayana menjelir ke arah mak sedaranya dan terus melangkah menuju ke arah bilik tidur.
Badrul mengejar Dayana dari belakang dan terus menarik lengan Dayana.

“aku nak tanya ni, kau dah ukur kan saiz badan kau untuk baju pengantin nanti?” tanya Badrul.

Dayana menarik lengannya yang ditarik oleh Badrul dengan kuat.

“semua sudah, so sekarang kita just tunggu je bila hari majlis tu nanti” rengus Dayana.

•••

Pada hari majlis perkhawinan Dayana & Badrul..

Badrul dan Dayana sudah diijabkabulkan dan mereka sudah menjadi pasangan suami isteri.

Sebenarnya Aku Dah Cintakan KauWhere stories live. Discover now