Bab 1 | Kemalangan Tidak Diduga

27 1 0
                                    


(Nurul Nazifah)

Baru sebulan aku menamatkan zaman persekolahanku. Terasa rindu mulai mencengkam diri. Rindu akan segalanya tentang sekolah. Rindu akan kawan-kawan yang sentiasa sekepala dengan aku. Rindu dengan cikgu. Rindu dengan crush (walau pada hakikatnya aku selalu bertukar crush saban tahun).
Ya, aku bukannya serius sangat dengan perasaan aku ni. Lagipun baru habis sekolah kot. Chill chill lah. Bukannya habis grade dah pun nak menggatal dengan lelaki. Aku pun memang spesies berpegang dengan prinsip 'Cinta selepas Halal'. Ceh.

Sedang aku menggeliat atas katil bilik aku yang empuk, suara umi mulai mengganggu konsentrasiku untuk terus mengulit mimpi.

'Apa umi nak pagi pagi buta ni Ya Tuhaaan. '

Ah. Satu keluhan panjang dilepaskan. Ini  bukannya kali pertama umi tiba-tiba mengejutkanku pada awal-awal pagi. Bayangkan. 4.30 pagi!

"Adik, bangun dik bersiap. Kita nak betolak pergi KL ni. Urgent! " Kelibat umi sudah mula melepasi zon merah pintu bilikku.
Ah. Aku tak suka. Aku betul-betul tak suka.

"Naik flight ke umi?" Aku mengharapkan jawapan yang sama.

'Tolonglah naik flight. Aku dah tak selera nak hadap jam dari JB ni ke KL.' Aku mengharapkan jawapan yang aku minta dilafaz umi.

"Kita pergi naik kereta je. Pak Mat yang drive. Abang kamu pun ikut sekali. Jadi back up driver." 
Wow! Harapan musnah sekelip mata.

"Ok umi." Aku dah memang hilang mood habis. Dengan badan yang lemah longlai selonglai puteri mayang mengurai, aku mencapai tuala lalu menginjak ke bilik mandi yang kurasakan sejarak 168.55 kilometer daripada katilku.
                               
                                 ~~•~~

Jam di telefonku sudah menunjukkan 7.00 pagi. Ini bermakna kami sekeluarga sudah mengharungi separuh dari perjalanan kami ke Kuala Lumpur.

Aku hanya memerhati pemandangan luar yang sudah sinonim buatku. Tiada apa yang menarik. Hanya bangunan pencakar langit yang bersilang silang menjamu mata. Seketika pepohon kayu rendang pula menjadi santapan pandangan.

Satu saat, umiku menjerit kecil. Aku hanya membiarkan. Tiada apa yang hendak dirisaukan. Mataku masih belum berganjak dari melihat ke luar jendela kereta.
Seketika, umiku mulai mengomel sendirian. Aku memandang sekilas dan ternyata bahagian bawah jubah yang dipakai umi sudah dipenuhi jus lemon  yang tertumpah.

"Umi, kenapa boleh tumpah ni? " Aku menyuarakan soalan sambil membuat aksi panik yang melampau.

"Ko ni dah kenapa dik? Umi yang kena, kau yang lebih kenapa?  Dah datang balik ke penyakit sawan ko tu ?" Abang aku tiba-tiba menyampuk. Ya Allah,berdas-das aku kena.

"Dah dah berhenti je dekat masjid mana² ke umi nak basuh jubah umi ni. " Umi akhirnya memberi cadangan.

Setelah hampir 15 minit kereta menyusur laju mencari lokasi masjid terdekat, mataku menangkap satu papan tanda yang memberi petanda masjid di simpang kiri jalan. Aku memaklumkan kepada Pak Mat yang seterusnya memberi signal ke kiri dan apabila kereta kami mula memasuki simpang,

"Boooooom. "

Kami semua mula merasa panik. Seorang lelaki muda yang menunggang motosikal dengan mengenakan topi dan jaket serta menggendeng sebuah beg besar ala-ala 'backpacker' tiba-tiba merempuh kereta kami dan seterusnya melayang ke bahu jalan.
Abangku yang berada di seat hadapan melulu turun daripada kereta untuk memberi pertolongan.

'Ya Allah dugaan apa lagi ni. Ko pon satu la jantan,tetiba je langgar keta aku ni kenapa? Pak Mat dah bagi signal kan tadi. Buta ke apa? ' Aku mengomel sendirian.
Aku dah la memang naik hangin dari tadi. Ditambah pulak masalah satu lagi ni. Alahai lah nasib hidup.

Pak Mat lantas mengambil posisi parking dan memberhentikan kereta kami di bahu jalan. Aku yang dah memang tak senang duduk mengambil keputusan untuk keluar daripada kereta mengambil angin sambil melihat keadaan lelaki yang mula cari nahas tadi.
Melihat abang aku memapah dia yang sedang kesakitan, aku cuba menghidu kecederaan yang dialami memandangkan aku dulu Pengerusi Bulan Sabit Merah di sekolah (walaupun kehadiran tak pernah penuh).
Dia lantas menggagagahkan tangannya membuka helmet yang hampir retak seribu.
Aku menatap wajahnya yang sedang menahan perit. 'Alahai manja betul. Jatuh sikit je pun nak lebih-lebih bagai macam ntah apa-apa'.

Dalam aku tidak sedar,dia juga sedang memandang ke arahku sambil mengukir senyuman.

'Alahai dia ni dah kenapa tiba-tiba senyum kat aku. Bukan ke dah hampir nak nazak ke tu? '
Aku kelu. Entah kenapa melihat senyumannya, aku berasa sesuatu. Kulitnya yang agak cerah dan parasnya yang elok mula dihiasi titisan darah kesan hantukan yang kuat di kepala.

'Ah Nazifah, persetankan perasaan ko yang ntah apa apa tu. Mentang-mentang dia hensem senang je ko nak kesian kat dia. Kau kena ingat yang dia yang dah langgar keta kau sampai kemik teruk.'
Mindaku yang negatif seakan menari-nari di halwa telinga. Melihat kepada reaksi Pak Mat yang menyuruh aku menaiki semula kereta untuk ke masjid berdekatan menyedarkan lamunanku. Seketika, siren ambulance mulai kedengaran.

~bersambung
                                 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 29, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jodohku di Simpang JalanWhere stories live. Discover now