Mengisahkan tentang seorang gadis iaitu Nurul Nazifah yang baru sahaja menamatkan zaman persekolahannya dan langsung tidak mempunyai minat untuk menjalin cinta disebabkan faktor umur yang dia rasakan terlalu muda untuk berkasih. Dibesarkan dalam keluarga yang berada dan agak beragama, dia lebih memilih konsep 'Cinta selepas Halal'. Namun disebabkan satu insiden di simpang jalan, hatinya mula bercelaru dan perasaannya mula memutik sesuatu. Apakah kesudahan cinta remaja yang dilalui oleh Nazifah? Dan mampukah cinta itu dihalalkan secepat mungkin? Ketahui jalan ceritanya dalam Jodohku Di Simpang Jalan.