1

3K 193 7
                                    

     Aku  berlari  sekuat  hati.  Aku  tak  tahu  apa  yang  sedang  berlaku. Perkara  terakhir  yang  aku  ingat  ialah  aku  baru  lepas  menonton  Real  Madrid  menentang  Barcelona  bersama  Aman.

Kemudian  aku  masuk  ke  dalam  bilik  untuk  tidur.  Apabila  aku  buka  sahaja  mata,  aku  sudah  berada  di  dalam...hutan?  Kiri  dan  kanan  aku  penuh  dengan  semak  samun  dan  pokok  yang  tumbuh menghijau.  Tiba-tiba  aku  terdengar  suara  seperti  seseorang, atau  sesuatu  menjerit  dari  arah  belakang  aku.

Apabila  aku  menoleh,  aku  lihat  ramai  lelaki  dan  perempuan  yang berkulit  putih,  pucat.  Mata  mereka juga  serba  putih.  Tiada  anak  mata.  Baju  mereka  lusuh  dan  banyak  kesan  terkoyak.

Tiba-tiba  sahaja  mereka  mengejar  aku tanpa  sebab.  Aku  berlari  sekuat  hati, cuba  mengelak  dari  ditangkap  mereka. Kegilaan  apa  yang  sedang  berlaku  ni?  Badan  aku  sudah  dibasahi  peluh.

Tiba-tiba  langkah  aku terhenti. Aku  terperangkap. Tiada  jalan  lagi  di hadapan  aku. Hanya  ada  gaung. Mereka  semakin  menghampiri. Aku  perlu  bertindak  pantas.  Tanpa  berfikir  panjang,  aku  terus  melompat  ke  arah  gaung dan-

KRIIINNGGG!!!

      Loceng  yang  datang  daripada  jam  yang  dibeli  di  pasar  malam  di  atas  meja  aku  matikan. Keadaan  di  bilik  aku  kembali  sunyi. Hanya  bunyi  kipas  yang  kedengaran. Aku  terjaga  dari  tidur. Nafas  aku  tercungap-cungap.  Dada  aku  turun  naik.  Aku  bermimpi  rupanya.  Tak  guna. 

Kenapa  boleh  mimpi  macam  tu?  Aku  menenangkan  diri. Nafas  ditarik  dalam-dalam, lalu  dihembus  tenang. Aku  cuba  untuk  melupakan  mimpi  aku  tadi. Pertama  kali  mimpi  macam  tu. Tapi  tak  apa  la.  Mainan  syaitan  je  tu. Aku  mengambil  masa  beberapa  saat  untuk  bangun  daripada  katil  yang  empuk  itu.

Biasa  la, bila  bangun  dari  tidur  je  memang  rasa  malas  tu  ada. Aku  mengeliat  sepuas-puasnya. Aku  menguap  besar. Selagi  mulut  tak  terkoyak,  selagi  tu  mulut  aku  ternganga  luas. Selimutku  dicampakkan  ke  lantai. Jam  menunjukkan  sudah  pukul  6.15  pagi.

     Sudah menjadi rutin harian aku untuk bangun pada awal pagi sejak dari sekolah menengah lagi. Lagipun aku tidak mahu terlepas solat subuh, sebab itu aku ingin bangun awal. Aku segera pergi ke tandas untuk mengambil wuduk lalu menunaikan solat Subuh. Air pada pagi ini yang sejuk membuatkan badan aku menggigil.

     Selesai solat subuh, aku pergi ke ruang tamu untuk mengejutkan Aman.

"Woii, bangun! Solat subuh!" aku cuba mengejutkan Aman yang masih lena diulit mimpi indah.
"Mmmm" respon Aman yang masih belum bangun.
"Bangun la Man, solat! Kau nak masuk neraka ke apa?"  tangan aku menggerak - gerakkan badan gempal Aman. Mungkin ayat yang aku gunakan sedikit kasar, tapi kitorang dah biasa. Tiada masalah.

     Aku pun bukan la alim sangat. Selalu juga aku lepak sehingga lewat malam. Tapi aku amat menitik beratkan solat dalam hidup aku. Aku teringat pesan mak, buruk macam mana pun perangai kita, solat mesti jaga.

     "Mmm... aku nak bangun la ni, sabar la..." balas Aman dengan nada yang malas.
Dia bangun perlahan-lahan sambil mengeliat. Matanya yang terbuka kecil itu memandang aku.
"Aku nak beli breakfast ni. Kau nak apa?" aku memandang Aman yang masih mamai. 
"Emmm, roti canai jela macam biasa. Kuah kari." jawab Aman sambil bangun dari sofa dan menuju ke tandas. 

Aku pelik jugak dengan Aman ni. Bilik sendiri ada. Dinding sudah siap dihias dengan poster Real Madrid kesayangannya.
Sofa yang sudah berusia 4 tahun itu juga yang selalu menjadi pilihan tempat tidurnya.
Sejuk tidur kat ruang tamu katanya.
Lagipun biliknya agak berselerak. Penuh dengan alatan gajet, komputer sana sini dan entah la apa lagi dalam bilik dia tu aku tak tau nama alat tu semua.
Tapi yang aku tau dia ni power bab-bab nak godam atau dalam bahasa yang kita selalu pakai ialah hack.

JasadWhere stories live. Discover now