22

743 70 3
                                    

Amirul terduduk menahan sakit. Kalau bukan kerana aku meleraikan Syed dan Faiz, mungkin dah tak bernyawa budak tu.

Aku tahu, mereka tak berniat untuk membunuh, cuma ingin melepaskan geram.

Kami berempat hanya duduk membisu.
Dada aku naik turun dengan pantas, aku bernafas laju.

"Serious aku menyesal. Tolong maafkan aku."

Amirul yang masih kesakitan akibat dipukul teruk Syed dan Faiz tadi merangkak ke arah aku.

Aku terus bangun dan keluar dari rumah. Mengabaikan Amirul.

Hujan sedang turun renyai-renyai pada malam itu. Aku menghirup udara malam. Tak tahu nak buat apa dengan Amirul.

Hidup aku sudah jadi bercelaru.
Nak balik, jalan tak ingat satu hal.
Kereta pula sudah dirosakkan oleh Amirul ketika rumah sedang blackout.

Cermin dipecahkan.
Bumbung dikemikkan.
Tayar dipancitkan.
Rosak semua.

----------------------------------------------------------

Faiz memberi satu lagi das sepakan ke muka Amirul lalu meninggalkan hanya Syed dan Amirul di ruang tamu. Syed seterusnya mengikut Faiz keluar dari ruang tamu.

Amirul terjatuh dari posisi melutut dan terbaring akibat sepakan yang kuat itu.

Tiba-tiba kelibat Karmila muncul di hadapan matanya. Memandang dirinya yang sudah 'lunyai' akibat dibelasah.

"Puas?" Kata Amirul perlahan kepada Karmila.

Karmila hanya melempiaskan hilai tawa yang kuat.

Amirul tiba-tiba berasa 'panas' dengan hilai tawa Karmila.
Badannya yang sakit dipaksa bangun perlahan-lahan.

"Kau bodoh! Kau lagi percayakan aku dari Tuhan kau!" Kata Karmila sebelum ketawa dengan lebih kuat.

"Anak-anak buah setan kau jugak yang hasut aku!" Jawab Amirul.

Amirul segera mengambil pistol dan membidik Karmila.

Bang!
Satu das tembakan dilepaskan. Sekelip mata Karmila hilang dari pandangan.
Tiba-tiba Karmila berbisik di telinga kanan Amirul.
"Kau ingat kau boleh bunuh aku?"

Amirul segera berpaling ke arahnya lalu melepaskan tumbukan. Karmila hilang lagi sekali.
Muncul di arah lain pula.

Amirul melepaskan tembakan lagi. Tidak berjaya kerana Karmila menghilangkan diri dan muncul di sudut lain pula.

Kitaran tersebut berulang-ulang. Setiap tembakannya berjaya dielak Karmila.

Kelihatan amat mustahil untuk membunuh Karmila.

Tiba-tiba Syed, Faiz dan Faris meluru masuk.
Mata mereka sedang menyaksikan Amirul melepaskan tembakan ke merata tempat.

Faris segera berlari ke arah Amirul sambil mengelak peluru sesat.
Faris segera memegang kedua belah kaki Amirul lalu menumbangkannya.

"Apa kau buat ni?!" Soal Faris separa marah.

"Aku nak bunuh setan tak guna tu! Lepaskan aku!" Amirul meronta dengan kuat.
Amirul sudah kelihatan semakin bercelaru dan tidak tentu arah.

Entah bagaimana tenaga badan Amirul semakin kuat. Badan Faris ditolak ke tepi. Amirul segera bangkit.
Tangan kanannya masih memegang pistol.

Kelibat Karmila cuba dibidik dan beberapa das tembakan dilepaskan lagi.

Tiba-tiba Karmila muncul betul-betul di hadapan Amirul sambil tersenyum.

"Aku akan tamatkan riwayat kau!" Amirul turut tersenyum

BANG! BANG
Dua das tembakan dilepaskan. Peluru tersebut hinggap di badan Karmila.
Karmila tumbang.
Amirul ketawa lalu mendekati Karmila.

Sebilah parang di ruang tamu dicapai lalu Amirul menetak kepala dan badan Karmila berulang-ulang kali.
Amirul ketawa puas. Berjaya menumpaskan Karmila.

"Weh korang! Tengok aku dah bunuh dia!"
Kata Amirul sambil ketawa dengan lebih kuat.

Badan Karmila tidak berhenti-henti dikerat dan ditetak Amirul.

Darah memancut keluar dari badan Karmila.

Da-
Eh? Da...darah?

"Woiii! Apa kau buat tu bangang?!"
Teriak Faris.
Amirul memandang Faris.
Kelihatan Syed di sebelah Faris terkejut melihatnya.
Amirul tercengang.
Kepalanya perlahan-lahan dipalingkan semula ke arah Karmila tadi.

Lantai sudah penuh dengan darah. Tangannya juga penuh dengan darah segar manusia.
Kelihatan di hadapannya jasad Faiz sudah mati dibunuh Amirul.

Kepala Faiz terpisah dari badannya yang sudah hancur. Begitu juga kepala yang hancur seperti digilis lori balak.

Organ-organ dalaman badan Faiz juga hancur. Perut Faiz sudah terburai mengeluarkan darah dan beberapa organ kecil dan cecair yang membuatkan sesorang itu loya apabila melihatnya.

"Apa...a...aku buat ni? Tadi aku rasa a...aku...bunuh Karmila!"

Kata Amirul sambil melepaskan parangnya.
Kedua-dua tangannya memegang bahagian belakang kepalanya.
Terkesima dengan perkara yang dilakukannya sebentar tadi.

"Apa kau buat ni bodoh?!" Kata Faris sambil mengoyang-goyang bahu Amirul dengan kuat.

Air mata Syed sudah bertakung. Syed masih lagi berdiam diri. Masih tidak percaya apabila melihat Amirul menetak Faiz berkali-kali.

Amirul masih lagi terkejut. Tangan Faris ditolak. Amirul melihat tangannya.
Penuh dengan darah Faiz.

Dia segera berlari ke penjuru ruang tamu.
Pistol diambil.
Syed dan Faris memandang hairan.
"A...apa kau nak buat?" Soal Faris.

"Aku rasa...ini balasan yang setimpal untuk aku. A...aku nak mintak maaf...dekat korang. Selamat tinggal."

"Woii, kau janga-"
BANG!

Bunyi tembakan bergema di rumah agam Amirul.
Darah perlahan-lahan keluar dari kepala Amirul akibat tembakannya sendiri.

Pistol perlahan-lahan terlepas dari genggaman.
Badan Amirul rebah di atas lantai.
Amirul sudah pergi menghadap Ilahi.

Faris dan Syed terkejut dengan tindakan Amirul.
Mereka tercengang.

Faris melutut di atas lantai. Air mata mula menitis. Tidak percaya dengan semua perkara yang telah terjadi.
Penat. Kesal. Marah. Kecewa. Sedih.
Perasaan Faris bercampur-baur.

Tiba-tiba siren polis kedengaran di luar rumah agam Amirul.
Pintu rumah dibuka dengan kasar. Kelihat beberapa anggota polis menyerbu kawasan ruang tamu.

Syed dan Faris yang tersentak segera mengangkat kedua belah tangan seolah-olah menyerah diri kepada polis. Seluruh rumah diserbu dan diperiksa.

Kemudian Faizal dan Aman muncul dari belakang anggota polis.

"Faris!" Jerit Faizal lalu mendapatkan adiknya dan Syed.
Aman menarik nafas lega di belakang mereka.

"Syukur kau tak apa-apa." Kata Faizal sambil menenangkan adiknya yang masih dalam keadaan kaget.

"Encik Faris dan Syed?" Soal salah seorang anggota polis.

"Ya, saya?"
"Kamu berdua diminta untuk ikut kami ke balai polis untuk soal siasat."
Kata anggota polis itu lagi.

Faris dan Syed hanya mengangguk. Akur dengan arahan.
----------------------------------------------------------

JasadWhere stories live. Discover now