Bab 29 : Pertemuan Terakhir
Sesuatu cahaya mula menyinari mataku. Perlahan-lahan aku membukakan mata. Aku terus memandang sekeliling. Aku kat mana ni? Lantas aku teringat semula apa yang terjadi kepadaku. Segera aku meraba-raba perutku. Tiada apa-apa pun! Aku mengimbas semula tempat yang aku sedang berada sekarang. Perlahan-lahan aku bangkit daripada katil yang aku duduki.
"Aku kat mana ni..?"
Tiba-tiba , kedengaran bunyi seperti ketukan di pintu. Lantas , mataku mengerling ke arah pintu bercorak bunga sakura yang tak jauh dariku. Perlahan-lahan aku mengorakkan langkah lalu aku menggenggam tombol pintu tersebut. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya lalu memutarkan tombol tersebut. Alangkah terkejutnya aku apabila di hadapan pintu tersebut merupakan seorang insan yang amat dirindui.
"I-ibu...?"
Tanpa aku sedari , sesuatu cecair panas mula mengalir membasahi pipi. Ibu hanya tersenyum manis lalu menarikku ke dalam pangkuannya. Lidahku terkedu. Aku seakan-akan tidak percaya dengan adanya kehadiran ibu di hadapan mataku sendiri. Ibu mula mengusap-usap kepalaku yang membuatku menangis teresak-esak. Aku betul-betul rindu kasih sayang seorang ibu. Rindu sangat.
"I-ibu...."
"Shh..jangan nangis sayang..ibu datang ni nak jumpa Berry , anak ibu yang sangat ibu sayang.."
Aku mendongakkan sedikit kepalaku lalu ibu mengesatkan airmataku yang menitis. Aku menangis teresak-esak. Perasaan sedih bercampur gembira dapat kurasa sendiri. Mungkin orang lain juga sukar untuk dapat perasaan sebegini rupa. Perlahan-lahan ibu melepaskanmu daripada dakapannya lalu memegang kedua-dua bahuku. Aku mengesatkan airmataku lalu menahan diri daripada tangisanku mengalir lagi. Ibu mula tersenyum , begitu juga denganku.
"Berry..ibu datang sini sebab ibu nak berterima kasih dengan Berry..Berry dah tunaikan hajat ibu..Berry dah tuntut kematian ibu daripada pihak 'werewolf'.. walaupun ibu tau kamu sedih sebab kamu dah kehilangan seorang kawan baik kamu yang merupakan kawan baik kamu yang pertama tapi jangan risau lah.. dia tentu gembira dapat selamatkan Berry..lagipun kawan Berry tu ada sekali dengan ibu.."
Aku mengalihkan pandanganku ke arah pintu di belakang ibu. Muncullah Amber dari situ. Airmataku mula bertakung melihat wajah Amber yang riang tersenyum melihatku. Lantas dia mendepakan tangannya lalu aku berlari terus ke dakapannya. Aku memeluknya dengan erat. Walaupun tidak sampai satu hari Amber sudah pergi meninggalkan aku , tetap rasa sedih tu memang memeritkan. Aku memeluknya seerat-eratnya seperti itu kali terakhir aku memeluk Amber.
"Hi Berry , kau janganlah salahkan diri kau sebagai punca kematian aku ya. Aku buat semua ni untuk kau sebagai balasan aku khianati kau sebelum ni. Aku minta maaf ya Berry.."
"T-takpe..asalkan kita jadi kawan baik selamanya.."
Amber perlahan-lahan melepaskan pelukan tersebut lalu Amber mengorakkan langkah ke arah ibu. Aku ditinggalkan di belakang. Lantas aku berpaling ke arah mereka berdua penuh kehairanan.
"I-ibu...? A-amber..?"
Ibu dan Amber saling berpandangan antara satu sama lain lalu tersenyum ke arahku. Ibu mula bersuara sebagai wakil.
"Berry..ini kali terakhir ibu dan Amber akan bertemu dengan kamu , sayang.."
"Apa maksud ibu..? A-amber , apa semua ni?"
Jelas lagi nyata , mimik muka Amber bertukar menjadi sedih. Senyuman yang dipampangkan jelas nampak kepalsuannya.
"Saya minta maaf. Lepas ni kita takkan bertemu lagi. Ini lah kali terakhir awak dapat jumpa ibu awak dengan saya. Disebabkan awak dah selesai melaksanakan hajat Mak awak dan awak pun dah maafkan saya. Kami berdua perlu pergi sekarang. Ke tempat asal kami"
Aku mengangguk kecil. Dah biasa hadapi situasi macam ni. Biasalah sangat. Aku mengukirkan senyuman yang kecil sebagai tanda mengerti. Perlahan-lahan aku mengorakkan langkah ke arah mereka lalu memeluk mereka buat kali terakhir.
"Baiklah , kami perlu pergi. Selamat tinggal , Daughter of Light"
Perlahan-lahan aku meloloskan diri daripada pelukan mereka. Aku hanya tersenyum kecil. Ibu dan Amber mula melambai ke arahku sebelum menghilang ke dalam cahaya putih yang menerang. Aku hanya terkaku di situ. Rasa sedih masih ada tapi aku biarkan. Perlahan-lahan aku mengorakkan langkah ke arah katil tadi lalu membaringkan diri. Lantas , mataku dipejam.
YOU ARE READING
Daughter Of Light
Fantasy"Jangan risau , yang penting kamu selamat" - Mr.Darwin ------------------------------ Mengisahkan tentang seorang gadis berumur 16 tahun yang bernama Berry Darwin. Sejak dari kecil lagi , dia telah kehilangan kasih sayang seorang ibu kerana ibunya s...