6

231 23 13
                                    

Aku berdiri di hadapan rumah Yoongi dengan sekotak pizza di tangan. Ini semua angkara kejadian yang hampir memusnahkan hidup aku tempoh hari. Kalau bukan Yoongi yang menyelamatkan aku, mungkin aku sudah dijadikan hamba seks ataupun sudah mati diambil organ.

Aku mengeluh perlahan. "Terhutang budi lagi aku dengan dia,.." ujarku perlahan. Baru aku ingin mengetuk pintu rumahnya, pintu tersebut sudahpun terbuka. Yoongi yang ingin membuang sampah memandang kearah aku.

"Kau nak apa?" soalnya.

Kotak pizza aku hulurkan kepadanya.

"Saya nak ucapkan terima kasih untuk haritu. Kalau tak ada awak, mungkin saya tak tau saya masih hidup ataupun mati." kata aku sambil menundukkan badan.

Yoongi hanya memandang aku lama sebelum keluar dari rumah. Kotak pizza ini pun tidak disambut. Aku memandangnya dari jauh. Dia ni merajuk dengan aku ke apa? Kalau ya pun, sebab apa?

"Yoongi yah!" akhirnya aku mengikuti Yoongi dari belakang. Langkah Yoongi laju menuju ke tempat pembuangan sampah. Aku pun dah gila tiba-tiba nak ikut dia ke situ.

Saat dia sedang membuang sampah, aku berkata. "Saya cuma tak nak rasa terhutang budi. Ambil lah pizza ni,"

Namun aku masih tidak dilayan. Oleh kerana terlalu geram, aku menyambar tangannya.

"Saya tengah cakap dengan awak ni ! Saya penatlah asyik kena palau dengan awak tahu !" aku menjerit geram. Bercakap dengan Yoongi macam tengah bercakap dengan patung. Dia selalu buat aku macam tak wujud.

Yoongi merenung aku. Lama.

"Berambuslah kalau penat. Kisah pula aku kalau kau penat ke tak." ucap Yoongi sebelum berjalan pergi. Terdiam aku mendengar kata-katanya. Ya, aku sakit hati sekarang. Dia selalu nak menang kalau kita bergaduh. Selalunya aku yang mengalah.

Pizza di tangan aku tatap lama. Buat penat saja aku membelinya sewaktu pulang dari kerja pagi tadi. Itupun menyusahkan Chanyeol berulang- alik hantar aku dari kafe ke rumah. Selepas kejadian tempoh hari, aku takut jalan seorang diri.

"Orang nak balas budi dia, dia buat kita macam ni !" aku menghentakkan kaki dengan perasaan geram.

Aku tidak peduli. Pizza ini harus diberikan kepada Yoongi. Tidak kisahlah dia menyampah tengok muka aku sekalipun. Aku tak nak budi baik dia diungkit-ungkit.

Aku kembali ke apartment lalu menuju ke rumah Yoongi yang sudah tertutup. Pintu rumah lelaki itu diketuk berkali-kali sehinggalah dia membuka pintu. Yoongi mempamerkan muka dinginnya dihadapan aku. Aku hulurkan kotak pizza kepadanya.

"Saya beli untuk awak. Tanda terima kasih." kata aku. Yoongi tersengih sinis.

"Tak payahlah nak berterima kasih sangat dengan aku yang dah memenatkan kau. Buang masa kau je," balasnya sinis. Dia mahu menutup kembali pintu tetapi lekas aku menahan dengan kaki. Dia tersentap ke dengan ayat aku tadi?

"Ok ! Saya minta maaf ! Saya tak patut cakap macam tu. Tapi saya betul-betul berterima kasih dengan awak. Maafkan saya ?" aku cuba membuat muka comel agar dia memaafkan aku. Namun raut wajahnya seperti orang yang tidak ada perasaan langsung. Dia hanya diam membatu.

"Saya minta maaf ni. Awak !" kali ini aku cuba memegang lembut tangannya tetapi ditepis kasar oleh Yoongi. Aku memandang Yoongi sedalamnya. Nampak sangat dia menyampah sangat sangat dengan aku. Akhirnya aku mengalah. Aku penat nak pujuk orang yang langsung tak nak maafkan aku walaupun bukan aku yang bersalah.

Dia yang ego. Jadi aku pun nak ikut ego.

"Fine. Saya balik. Suka hati awaklah,"

Aku mengeluarkan kunci rumah lalu berjalan kearah rumahku. Ketika aku ingin membuka pintu, aku terdengar bunyi hempasan pintu. Mata aku memandang kearah rumah Yoongi yang sudah tertutup rapat. Sekali lagi aku mengeluh.

[DISCONTINUE] PreciousWhere stories live. Discover now