14

160 11 12
                                    

"Minta perhatian semuanya ! Hari ini, saya nak umumkan gadis yang berada di sebelah saya ini adalah rasmi sebagai teman wanita saya."

Bukan saja aku, tetapi semua tetamu yang hadir sangat terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh Yoongi. Aku merenung Yoongi dengan pandangan tidak percaya. Namun wajah Yoongi sangat tenang, malah dia masih boleh tersenyum sedangkan aku sudah naik gila di sebelahnya.

Siapa Min Yoongi yang sebenarnya ? Siapa Suga pada Yoongi dan mengapa terlalu ramai manusia yang ingin mengetahui kisah peribadi lelaki itu.

Kalau yang ini kekasih Suga, jadi yang di dalam siapa pula ?

Soalan ini juga aku kurang faham. Siapa kekasih Yoongi yang berada didalam pula ? Sejak bila Yoongi mempunyai kekasih. Dan, kalau dia mempunyai kekasih, kenapa dia mengajak aku daripada kekasihnya sendiri.

Apa perasaan kamu bila terlibat dalam penciplakan lagu ? Betul kah kamu yang menciplak lagu kawan baik kamu sendiri ?

Yang ini aku masih tertanya-tanya. Adakah ini punca Yoongi berhenti dari kerjayanya ? Tetapi apakah pekerjaannya itu ?

"Min Yoongi !" Suara wanita 50-an lantang menjerit nama Yoongi sambil mendekati kami. Riak wajahnya seperti bingung. "Who is she, Min Yoongi ?" soalnya dengan nada marah. Aku baru perasan ada seorang perempuan cantik di sebelah wanita itu.

Yoongi tersengih sinis. "You told me to bring my future bride. She is," lelaki itu membalas dengan selamba. Tiada rasa ragu-ragu ketika dia berbicara. Pertuturannya sangat jelas dan tegas.

Kemudian, wanita itu merenung aku dengan pandangan tidak puas hati. Aku menelan air liur apabila dipandang sebegitu. Pegangan tangan Yoongi, semakin aku eratkan kerana terlalu gementar.

"Jangan pandang bakal menantu mama macam tu. Dia takut," kata Yoongi lagi.

"S..iapa nama kamu ?" soal wanita itu kepada aku. Terkejut juga aku apabila Yoongi menggelarkan dia Mama kerana dia kelihatan muda dan bertenaga. Aku semakin takut apabila Puan Min menarik tangan mendekatinya membuatkan pegangan tangan aku dan Yoongi terlerai. Aku memandang Yoongi dengan pandangan simpati.

"Erm.. Jeon Somi."aku membalas bersama senyuman nipis. "Mak cik, sihat ?" soalnya aku takut-takut. Puan Min ketawa tiba-tiba. Dia mengusap belakang aku.

"Apa pula mak cik, Somi. Yoongi dah setuju nak kahwin dengan kamu, panggil jelah saya Mama jugak. Tak lama lagi mama ada menantu baru kan, Yoongi ?" kata Puan Min dengan tawa yang masih bersisa. Matanya dijelingkan kearah Yoongi.

"Apa ni, Aunty !" marah perempuan yang berada di sebelah Puan Min itu. Dia menghentak kaki tanda protes dengan apa yang dikatakan Puan Min kepada aku. Aku dapat merasakan yang dia tidak menyukai kehadiran aku di sini. Lagi-lagi bila Yoongi menggelarkan aku sebagai teman wanita dan bakal isteri.

Begitu juga Puan Min. Aku berasa tidak sedap hati.

"Yoongi, pergilah bawa Somi jumpa birthday girl. Dia ada kat dalam bilik, tengah buka hadiah." kata Puan Min bersama senyuman yang seperti sengaja dilebarkan.

[DISCONTINUE] PreciousWhere stories live. Discover now