Bab 5

26.5K 1.4K 23
                                    

Selepas subuh izzara bangun untuk menyiapkan sarapan dekat abangnya . Practice untuk bakal suami , hehehehe puih. Poyo je.

Luka ditangannya yang sudah kebiru-biruan dihiraukan. Sakit tu memang sakit, tapi... Dah kena nak buat macam mana kan. Lantak lah.

Peti ais dibuka. Terjojol mata izzara melihatnya , bukan sebab terlampau banyak dengan makanan tapi peti ais ni kosong! Dia mula menyelongkar peti ais itu dekat pelosok laci tapi haram satu makanan pun tak de. Abang aku ni makan apa dekat rumah?

Dia berjalan pula ke arah kabinet. Dibuka satu persatu kabinet itu. Tak berkelip matanya melihat satu lereng kabinet dengan keluhan berat. Semuanya kosong tapi cuma satu kabinet ni je ada maggie. Itu pun satu bungkus. Parah betul abang aku ni. Duduk rumah makan maggie je? Rumah besar , kereta besar tapi sayang sengkek sangat nak beli makanan bagi penuh peti ais tu.

"Zara, zara termenung apa tu? ".terjah Aiman sambil menutup mulutnya yang sedang menguap.

Izzara mengusap dadanya sebab terkejut. "Zara bukan termenung tapi zara cuma pelik ".

"Pelik sebab? ".

"Ye la abang kan kaya, kereta mewah, rumah besar, berkejaya tapi sayang sengkek sangat ke nak beli makanan mentah bagi penuh peti ais tu abang. Ni zara nak masak apa ni nak buat sarapan dekat abang".bebel zara tanpa berlapik. Lagi pun memang betul per apa yang dia cakap tu.

Aiman menjeling izzara dengan tajam. "Mulut kau tu jaga sikit eh zara. Lagipun abang mana tahu nak beli barang mentah. Cili padi pun abang tak tahu rupa dia apatah lagi nak kenal timun jepun macam mana".seloroh Aiman.

Izzara sudah menepuk dahi. Lingkup kalau macam ni. "Habis tu selama ni abang sarapan dekat mana? ".

"Dekat kedai mamak . Kalau abang kerja abang makan je dekat airport . Tak pun abang beli la nasi lemak dekat tepi jalan tu. Sedap pun sedap. "

Izzara mengangguk dengan senyuman dipaksa buat. "Abang hari ni kerja ke tak? ".

Aiman menggeleng. "Cuti. Kenapa? ".

Izzara memetik jarinya. "Okey cun. Kejap lagi teman zara pergi tesco ke giant ke sebab nak beli barang mentah. Biar senang sikit zara nak masak untuk abang nanti".

"Okey boleh. Pukul berapa nak pergi? ".

"Kalau boleh pukul 9 . Tesco pun dah bukak. ".ujar izzara dengan sikit senyuman. So lepas ni dia akan hias dapur ni dengan makanan muahahahaha. Tak sabar nya.

Aiman mengangguk. Rambutnya diserabaikan. "Okey. So pagi ni zara bantai je la masak maggie tu, itu aja pilihan kita sementara nak tunggu makanan penuh dalam peti".

"Okey".baru dia nak capai kuali tiba-tiba saja namanya diseru oleh Aiman. Kepalanya terus berpaling menghadap Aiman.

"Zara. Lebam zara dah okey? ".soal Aiman bila dia melihat ada kesan berbirat di lengan adiknya .

Zara mengangguk. "Dah okey. Abang jangan risau la, sikit je ni. Lagi pun zara dah terbiasa. Abang jangan risau eh .abang jaga zara pun zara dah bersyukur sangat-sangat ".katanya dengan senyuman hambar yang terukir di bibir. Lebam ditangannya dikerling sekilas.

"Abang mintak maaf la bagi pihak kakak. Zara tahu kan kakak punya baran macam mana. Lagipun abang percaya zara ".

Zara mengangguk perlahan. "Abang.... Thanks".

"No problem la kita adik beradik kan. So tak perlu nak berterima kasih sangat. ".balas Aiman. Baru dia ingin memunsingkan tubuhnya, nama dipanggil.

"Kenapa zara? ".

"Zara dah buat solat istikharah , tapi tak de jawapan dia lagi tapi.... Zara setuju dengan keputusan abang tu. Mungkin tu yang terbaik".dengan hati yang berat izzara berkata.

Cruel LOVE !  [E-Book]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant