Kim Jong In (Kai EXO)

1.8K 134 8
                                    

"Auww.."

Aku terus terkedu selepas dengar bunyi aduhan itu. Aku pandang tingkat atas. Macam dah agak apa yang terjadi. Segera aku campak majalah dan berlari naik ke atas. Pintu bilik aku tolak dan terus nampak dia tertiarap atas katil.

"Hei.. kenapa ni?" Aku menyoal lembut. Perlahan aku melangkah ke arah dia yang lemah meniarap atas katil. Tubuh dia yang tidak berbaju itu aku sentuh hujung jari.

"Sakit pinggang." Jawab dia. Aku dah agak dah. Ni mesti kes tak berhenti menari dari tadi. Aku labuhkan punggung di birai katil sambil menyentuh pinggang dia.

"Sakit sangat ke?"

Dia angguk sambil pejam mata. Rambut grey dia aku selak ke belakang dari terus menutupi dahi. Muka dia nampak penat dan aku yakin dia terlebih limit menari.

"Nak plaster berangin tak?"

Dia geleng kepala.

"Tak nak. Urutkan perlahan-lahan je. Sebab rasa macam ada bonggol kat pinggang." Katanya. Aku akur. Ikutkan apa yang dia minta. Perlahan-lahan aku urut. Sesekali terdengar dia mengaduh.

"Lain kali, jangan overlimit. Awak bukan boleh salah sikit. Nanti terus jammed tak boleh bangun." Aku mula membebel sakan. Geram kadang dengan dia ni. Langsung tak nak dengar cakap aku.

"Yelah, sayang."

"Yelah. Tapi nanti buat juga. Hish!" Aku tekan sedikit kuat pinggang dia sampai dia mengaduh.

"Jangan seksa saya. Sakit ni."

Aku ketawa kecil. Haihh.. susah nak dengar cakap orang. Degil.

[COMPLETED] Short Stories Collection: Love Each Other (K-IDOL)Where stories live. Discover now